21 Mei 2009

MONOLOG dengan jasmani


Sepanjang perjalanan dari rumah ke Inska/Suara Media pagi ni aku monolog sahaja. Kalau ada pemandu lain yang selisih dengan aku atau penunggang motorsikal yang sesekali menoleh kearahku tadi pastinya mereka akan kata aku gila. Bercakap sendiri. HUH!!..mungkin benar. Tapi monolog adalah satu cara untuk aku lepaskan tekanan. Sama juga macam kita berdoa saban waktu seusai solat, atau kala menggendong susah hati, susah jiwa, susah hidup. Bukankah kepada Rabbul Jalil kita panjatkan doa dengan cara bermonolog...

Lalu apa salahnya dengan bicara sendiri kepada diri. Aku rasa dengan cara itu, jiwa akan lebih jujur dengan diri. Hati akan lebih telus dengan diri dan hakikatnya kita takkan bercakap bohong dengan diri sendiri. Dan aku monolog kerana aku rasa terlalu lesu kala bangun tidur, letihnya benar-benar menekan. Bibir terasa kering. Tekak terasa kering. Sendi terlalu lenguh.Mulalah hati membuat spekulasi keracunan makanankah aku? atau apa.

Sebelum mula memandu tadi aku telan dua biji Panadol Extend yang kerap membantu kalau lenguh fizikal. Lalu sepanjang menyusuri DUKE aku bicara dengan diri. Tentang sakitnya badanku. Aku bicara begitu kerana ada seoraang pengamal perubatan Aura Metafizik pernah memberitahu, sering seringlah bicara pada fizikal anda ketika sakit atau ketika emosi sedang terdera, insyaallah seluruh jasmani akan berpakat membantu anda...

Pesanan itu aku cuba praktikkan hari ini, pagi tadi. Alhamdulillah ia begitu membantu. Aku katakan pada tubuhku, aku perlu siapkan tugasan hari ini. Rangka proposal majalah PL ini perlu segera dilunaskan hari ini. Dan kalau boleh ia dilunaskan dengan tertib serta wajar.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam man...sedih bacer kisah u biler teringat masa di mafraq....hakimkulai

emcee anda berkata...

thanks Akim..kamu memang terbaik.
sudi juga kamu singgah di laman asmara ini. Tapi tak daya k.as sembunyikan rasa terkilan yang sedikit ini, bila kita dengan khususnya menulis tentang seseorang yang baru menerima kelahiran baru. Aku menulis didalam catatan (komen) didalam blognya..dan memautkan catatan itu didalam blog pujangga ini. tapi hampa dan hampeh..usah kata nak menyapa, nak meninggalkan catatan pun jauh sekali. Mungkin dia yang tinggal di Kota Tinggi itu terlalu sibuk dengan urusan sebagai Cikgu..apatah lagi baru menerima baby baru.Tapi tank mengapa, Kak Noor dan Akim memang the great kerana masih mengikuti laman hidup k as yang jauh bergelandangan di kota ini.Thanks sahabatku.

Tanpa Nama berkata...

Salam man....tetiba je tersinggah blog awak....maybe tuhan ingin mempertemukan kita kembali...from sahabat lama...saya dah bookmark dah blog awak...memori di bumi urdun tetap terpahat dan berbekas di hati ini...from kawan lama...mafraq urdun