22 November 2007

cerita demam


Dua hari aku terlantar. Bukan tidak boleh bangun.Tapi belakang dan kaki terasa berat. Cirit birit, pening kepala saling bergilir. Demam, batuk bergantian. Hanya Sufian menemani. Dan Suffian pula dengan penuh rela meninggalkan hobi azalinya iaitu berchatting lewat malam dengan menemani aku. Terima kasih sahabat.


Antara Selasa dan Rabu aku bagaikan terawangan. Petang selasa itu aku ajak Pyan ke klinik untuk ambil MC, dalam pening pening lalat, dan gemuruh kerna demam aku gagahkan diri bertemu Dr KS Bhullor.


Ah...pulang dari klinik, ku ingatkan demam berakhir, tapi Rabu itu aku dicutikan sehari lagi olehNya...mungkin Allah sedang menghantar isyaratNya. dan sebagai hamba aku wajib patuh, bahawasanya tubuh juga perlu diberikan haknya untuk berehat...


time-time sakit macam nie..mula la aku teringin nak makan macam2..nak makan ikan Ayeer singgang la, nak makan ketam masak lemak la..hish..nak makan dadih perasa lidah buaya..(ada ke)..ada..semalam kat Giant aku beli. memangla aku boleh masak semua lauk pauk tu ikut selera jiwa aku, tapi rasanya takkan sama sepertimana sedapnya air tangan arwah bunda ku.


Oh!! time-time keseorangan dalam bilik mengadap siling selama 9 jam Selasa dan Rabu..sambil sesekali mata terlelap akibat dos ubat selesema dan ubat batuk yang mengkhayalkan..terbayang silih berganti wajah arwah bunda.. yang sentiasa senyum dan mendoakan kebahagiaanku.


...Aku kurang rehat.kata Dr Bhullor,..aku stres, kurang rehat, tidak beri peluang pada tubuh untuk bertenang. Terlalu memaksa diri untuk bekerja hingga mengabaikan hak jasmani bukanlah amalan terbaik..dan Hari ini..khamis,,aku ceria sekali..hidup rasa tenang dan damai sekali..mungkin ini hikmahnya, mengapa hari Sabtu dan Ahad itu diciptakan..hehe ALHAMDULILLAH..

a GOOD thought...


Thoughts ini aku petik dari sekeping emel terbang.. aku rasa ingatan ini amat indah..kerna aku yakin aku juga kerap menjadi seperti itu..
Jauh di sudut hati aku selalu mempersoalkan adakah ada insan lain yang pernah menyimpan kenangan aku bersamanya ..tapi aku akur..walau tiada orang yang mengingatiku sepertimana aku mengingatinya, sekurang-kurangnya aku masih punya naluri keinsanan yang melayakkan aku sentiasa mengingatinya.




SAMA-SAMA K ITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]

17 November 2007

wali....yang mengingatkan siapa kita

Aku nonton drama WALI.Terkesima sebentar.
Terkadang bukan pujian atau penghargaan yang kita pinta dari sesiapa, cuma sedikit pengertian. Mengertilah..Insan lain pun berhak bernafas di bumi Tuhan dan dibumbungi langit Tuhan. Dan ini...lagu latar drama ini seakan meminjam jiwaku...


Di Dalam Sepi Itu -by Sudirman Hj Arshad

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani
Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu

Lalu hati jadi rindu( 1 )
Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan( 2 )

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah

Di antara kita
Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku( ulang 1 & 2 )

09 November 2007

hati malaya yang indah dan penuh jiwa

entah berapa kali air mataku gugur sewaktu menyaksikan filem ini...hebat sungguh perjuangan orang dulu-dulu.Shumi memang pembikin filem yang cerewet lalu tidak hairanlah filem ini berjaya dibikin dengan fakta, jiwa dan patriotisme yang sarat, hinggakan Shumi tahu Tunku seorang yang sangat menggemari roti bakar dan berjaya pula mengarahkan pemeran watak Tunku dan Dato Onn menjiwai karektor mereka sepenuh tenaga..TAHNIAH 1957: Hati Malaya.






18 Oktober 2007


Imran Ajmain - Seribu Tahun

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia……

09 Oktober 2007

27 RAMADHAN

hari ini Ramadhan ke 27.
kalau diikutkan masih lagi dalam lingkungan 7 likur atau 10 malam terakhir..
Habib Yusri menelefon tadi mengatakan langit malam tadi indah sungguh..
tapi bila aku alih kereta parking di belakang kilang ni jam 1.30 petang tadi, cuaca panas..membahang macam selalu..
dari apa yang aku tahu bila malamnya Lailatul Qadar, siangnya pasti nyaman amat..indah amat..dan syahdu semacam,,
lagi satu..bani insan mudah benar terjaga pagi tadi..selalunya bila malam Qadar, ada yang terbabas sikit subuhnya..tapi entahlah..segalanya dalam rahsia Tuhan..hanya Dia yang tahu...dan seandainya malam Qadar belum lagi bertamu langit dunia untuk tahun ini..aku bermohon agar Allah taala mengizinkan aku ikut bertemunya kerana aku juga ingin merasai syahdunya jiwa kala digenangi setanggi cinta Tuhan..Ameen


iftar di tingkat 42..

05 Oktober 2007

iftar di petronas Twin Tower KLCC




zalmi,E,Kairy,Sephia and Me

nice thought...pada penghujung ramadan

'A true friend is someone who knows you're
a good egg even if you're a little cracked.'

21 September 2007

GODAAN


mungkin tidak bagi korang..tapi aku akan teruja dengan keindahan manisan ini

sebuah hati yang rindu

puisi untuk RAMADHAN

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami
di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha.... bersedia. ..meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat diriku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

18 September 2007

..AKU PULANG

14 September lepas aku balik kampung. Setelah berbulan tidak menjenguk desa aku pulang jua. Banyak benar dugaan mendatang.Daripada saat aku ambil keputusan untuk beralih kerja ke tempat baru, hinggalah keretaku ditarik, pedihnya meminjam wang sana-sini untuk menyelesaikan tunggakan kereta di bank. Setelah berminggu berusaha barulah gaji tertunggakku di tempat lama dapat diselesaikan. dan dengan duit itu dapatlah tampung sedikit untuk menebus keretaku kembali. kini Wira WLV 1809 itu kembali ke garaj ini.Walaupun aku terpaksa pula menyelesaikan hal baterinya, tayarnya dan sebagainya. Tapi bila Jeff kembali...aku sudah puas hati.

Patutnya 7 September lalu anakanda pulang ayah. tapi kerana masalah yang terlalu menekan jiwa itu menyebabkan anakanda terpaksa menangguhkan dahulu niat. Bukan tidak mahu pulang ke kampung tapi, dengan wang yang hampir nipis dipoket, niat itu terpaksa dipendam dulu.Tapi alhamdulillah, barakah Ramadhan itu sebenarnya terlalu indah Ayah. seminggu berlalu anakanda akhirnya bersedia untuk memandu seperti lapan bulan lalu ke kampung, dan insyaAllah selepas ini setiap dua bulan aku akan kembali ke Wakaf Bharu menemuimu. Berteduh di bawah restumu..

fajar ramadhan nan syahdu dari desaku

RAMADHAN INI

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadahan datang lagi. Ramadhan telah tiba. Kedatangan bulan yang mulia ini menyediakan pelbagai keistimewaan dan diiringi dengan rahmat Allah s.w.t., keampunan dan janji pembebasan dari api neraka.

Marhaban berasal dari kata rahb yang berarti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan dan perasaan tidak selesa. Ceria dan suka dalam menghadapi kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan.

Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda: "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah.

27 Ogos 2007

SEDAP LAGU NIE...

LELAKI INI
song by Anuar Zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

02 Ogos 2007

PROMOSI..en khairy Ng..jangan marah

iklan percuma..


DAPATKAN MAJALAH MILENIA MUSLIM keluaran SEPTEMBER DI PASARAN ...jangan lupa baca ARTIKEL SAYA
.. ORANG ASLI DAN POTENSI DAKWAH DI RIMBA RAYA..
CEPATTTT, DAPATKAN NASKAH ANDA HARI INI.

MY SEPTEMBER ISSUE



This Month...I got to prepare da story based on wtc. It's a sort of mengingati 9/11. pening la juga nak memikirkannya sebab dah banyak story pasal WTC dikeluarkan diseluruh dunia. dan dah beratus ribu wartawan di serata globe ini yang menulis tentangnya. plus, the story itself had already being the common news/thing allover the world. I have to find and identify a fresh new thing about that tomb.such as........islamophobia(?),media manipulator,(?),dansebagainya...hemmmm....5hb Aug ni deadline...wish me luck

mood tengahari..dah kenyang../.nak mengeram laa pulak


dan momen itu memaksa aku mencatur hidup..

hafsham dalam iklan petronas di TV berkata: Jalan mesti kedepan, bukan kebelakang.." besar pengertian kata-kata itu. dan besar juga penerimaannya. tapi bagaimanakah caranya yang terbaik untuk menelah pola kehidupan. sedang hari berlari. sedang aku rasa tidak mampu berkayuh lagi.

kata orang lagi, pesonakan minda, gagahkan jiwa agar akal dapat memandu dan batin dapat dilentur.tapi hari demi hari berlalu, aku pilu dan sendu..bagaimana?
AAAGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHH!

aduh Allah..tolonglah aku....

lagu kenangan terindah samsons dalam radion berputar tiba2. dan memori berwarna oren dan ungu datang menerpa...itukan warna korporat mmp....Ya Tuhan..

05 Julai 2007

PERGINYA SEORANG MENTOR

28 Jun 2007 – 9.30 pagi:

Ahmad Jaidi Sahar meninggal dunia di rumahnya di Taman Sri Segambut. Beliau yang berusia 41 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi setelah pulang menghantar anaknya dari sekolah berdekatan.

Ahmad Jaidi merupakan anak kelahiran Kampung Balan Dalat, Sarawak, meninggalkan seorang balu, Nurzalina Ismail, 40 dan dua orang anak, Ahmad Baihaqi, 15 dan Zarazuri, 2 tahun.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Qurtubi, Taman Sri Segambut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Lima, Jalan Ipoh dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam.

Menurut adik iparnya, Nasir Ibrahim, 45, ahli keluarganya tidak mengetahui Allahyarham menghidap penyakit jantung kerana tidak pernah menunjukkan simptom-simptom penyakit itu.

Allahyarham mula bertugas di Utusan Melayu (M) Berhad pada Julai 1994 sehingga tahun 1998 sebagai wartawan di Meja Sukan sebelum ditugaskan di Meja Mingguan Malaysia.

Beliau juga pernah bertugas di Natseven TV Sdn. Bhd. (NTV7) sebagai penyampai berita sukan. Pada 2005 dan 2007 Jaidi pernah bertugas di MMP Communications Sdn Bhd sebagai Wartawan dan kemudiannya sebagai pemangku Editor untuk majalah Milenia Muslim
Ahmad Jaidi yang kini bertugas di FM Production sebagai Ketua Bahagian Pembangunan Kandungan Serantau, dijadual mengetuai pengambaran ziarah di Bosnia Herzegovina pada 18 Julai hingga 5 Ogos ini.

************************************************************************************

KAKU aku menerima berita itu. aku dalam bus rapid menuju ke MMP untuk menyelesaikan beberapa hal yang belum setel. sms daripada zila benar-benar membuat jiwa bungkam. Tika itu bas memasuki KL sentral. lalu sampai sahaja di depan MMP aku berlari naik ke atas.dan suasana jadi semakin mencengkam. kami semua beramai-ramai ke kediaman Jaidi di Seri Segambut. aku satu kereta dengan Azeman Said, Abang Yus, Haji Burn dan Pak Abu. Rakan yang lain kesemuanya telah mendahului kami. Terima Kasih kepada Omar kerana tahu jalan ke rumah arwah.

sebuah memoir: Arwah Jaidi seorang kelakar.dia jarang serius. aku kenal dengannya pada pertengahan 2005 lalu. mulanya aku segan maklumlah dia seorang yang popular dan seorang senior dunia jurnalis. mukanya pula selalu keluar TV.tapi dia sangat humble. mudah mesra. senang dibuat kawan dan yang paling penting Jaidi tidak kedekut ilmu.


ingat lagi, satu malam di bulan januari lalu, Jaidi, Omar dan aku berkejar ke KLIA untuk scoop datuk abdullah md zain. dalam kesibukan sebagai acting editor, jaidi masih sempat melakukan kerja-kerja reporting dan lebih awla lagi dia membawa aku bersama. Dari situ aku belajar caranya, tekniknya dan stail menemubual VIP dengan lebih tuntas.

jaidi juga banyak memberi aku peluang menonjolkan karya di Publishing. dia mengajar aku kaedah terkini dan paling baik untuk mempersembahkan laporan. dia sesungguhnya sangat pemurah.

sebagai bapa Jaidi aku lihat sangat pengasih kepada Puteri bongsunya Zara Zuri. Baby kecil itu memang tidak tahu papanya telah pergi. Tapi aku tahu kasih sayang Jaidi pada anak-anaknya Ahmad Baihaqi dan Zara tidak pernah kering. Buktinya, setiap kali berbicara, pasti terpacul nama anak-anaknya. pasti ingatan pada ibunya di Sarawak akan menghiasi tutur katanya.

Dia juga seorang suami yang romantis. Sering juga Jaidi hilang kala tengahari katanya ada lunch date dengan wifenya. Diam-diam aku menyimpan impian untuk jadi seorang suami ideal dan bapa pengasih seperti dirinya.

Walaupun aku cuma mengenali dia cuma 2 tahun lebih, tapi setelah dia resign dari MMP, kami sering berhubungan. Aku akan selalu menitipkan khabar kepadanya. Bukan denganku sahaja, aku tau Jaidi juga sangat rapat dengan Omar dan rakan kami di MMP. Ke mana dia pergi, ke Sarawak, Sabah, Jakarta atau Thailand pasti akan di SMS kan khabarnya.

Cuma, pada terakhir kali itu.. aku pernah katakan pada Jaidi, aku akan menyusulinya ke tempat kerja sebagai pembantunya atau wartawan di situ..tapi hajat itu tidak kesampaian. Mungkin tiada rezeki....

Abang Jaidi...Hanya kasih sayang antara kami semua yang pernah mengenalimu akan menjadi pengikat memori manis kita semua.. kepergianmu yang abadi pada pagi Jumaat 28 Jun 2007 hanyalah perpisahan kita yang sementara di dunia nan fana ini. Kelak di hari akhirat kita 'kan bertemu kembali, insya Allah. Semoga ALLAH menempatkan ruh abang Jaidi Sahar di tempat hamba-hambaNya yang dikasihi dan terpuji.

Tenanglah dikau di sana.
AL FATIHAH




22 Jun 2007

AKU SEPI

25 jun nanti aku akan meninggalkan MMP, untuk memulakan tugas baru ditempat baru di KKSB.
tapi hari ini aku rasakan dunia ini terlalu sepi. all editorial team pergi kursus..kawan2 marketing pula dalam perjalanan ke terengganu untuk promosi majalah.aku?

aku keseorangan di sini..di ofis yang sejuk ini. aduh!..pada kak pah aku katakan.. saya ditinggalkan sebelum saya meninggalkan mereka."

Tak pernah aku rasakan sesepi ini..dalam sendu pagi Jumaat 22 Jun 2007 ini, aku tengok meja Anna.kak Dell, Liya.Zilla.Saiful..Tone..Yus..Jas..Fariza.Jaa.Kak Liza, Lisa, Roi..kosong..sekosong dadaku yang keharuan..kerana aku tidak akan lagi berpeluang duduk Yam Cha dengan mereka seperti rutin selalu..tiada lagi keseronokan kami berhujung minggu di GSC..atau sesekali makan luar lalu balik lewat kala rehat atau merencana outing setahun sekali di pantai. atau membising hingar di penjuru pejabat saban hari hingga menjadi ISSUE
..tiada lagi usikan manja kak dell.."bila kau nak kawin Man,kalau aku ada adik aku kawinkan dengan kau..hehehh", tiada lagi rengekan Tone pada abang yang seorang ini..Tiada lagi tawa riang Liya Albina Sari yang indah..(Gestalt Theory) tiada lagi senyum simpul Jas kala digosip dengan Yeop Azrin..Tiada lagi senyum Anna sambil mencubit lenganku tatkala aku terlebih mengada-ngada..tiada lagi lawak jenaka dialek Kelantan yang unik aku dan Zilla..dan Tiada lagi 'rokok time' aku dan abang Yuss, Saiful, Hafizi, Husna dan Lisa...

Semuanya kan berlegar menjadi MEMORI YANG TERPALING INDAH DALAM HIDUPKU SELAMA empat tahun stengah AKU DI SINI...SEMUANYA KAN ABADI..SELAMA NYA NYAWA DIKANDUNG JIWA...

semakin lama...Radio IKIm yang bersuara kecil disutuh MMP..terasakan nyaring kerana aku seorang yang mendengar tika ini.Aduh Tuhan..pedihnya hati..kelu lidahku..sayu dikalbu..aku akan merindui mereka.

12 Jun 2007

LAMA juga tak buka blog nieh. Sebenarnya aku baru balik dari tugasan penting di Gua Musang. Kawasan pedalaman Kelantan yang aku sendiri tidak pernah menyangka akan berpeluang untuk menerokainya.

Sedikit demi sedikit kisahnya kusingkap. selongkar dan kupas cerita tentang kaum Orang Asli dan usaha dakwah ke atas mereka. jauh dibenakku terasa, betapa mereka dipencilkan daripada arus kemajuan negara.

Terfikir juga mengapa di saat negara yang hampir mencapai 50 tahun Merdeka ini, dan ketika negara begitu mewah menggali material dunia, gah memacu nama negara di kutub, puncak Everst, atau menjadi terpaling hebat di seluruh alam; orang asli yang tidak sampai 500 ribu jumlah di seluruh pelusuk Malaysia ini masih dibelenggu kemiskinan dan serba ketinggalan.

Mungkinkah wujud usaha memencilkan mereka di situ? atau pihak berwajib sendiri terlupa, nun di dalam hutan sepanjang banjaran Titiwangsa ada kampung kampung orang asli yang wajib diberi pembelaan. Bukan sekadar dari perspektif ekonomi, pendidikan, sosio budaya malahan yang lebih aula lagi..demi agama. kerana mereka sebenarnya terdedah dengan pelbagai anasir jahat muballigh agama bukan Islam dan ajaran sesat.

Tidak cukup dengan itu, aku juga berjaya merungkai 1001 kisah dan cerita insan-insan terpilih yang menginfakkan jiwa raga mereka semata-mata untukbersama berselut lumpur, bermandi keringat dengan masyarakat orang asli emata-mata untuk melihat etnik Bumiputera ini juga bangkit seperti kaum lain di MALAYSIA.

Kupasan lanjut di dalam Milenia 2007 Ogos ini...

kuching hensem--cuba cari misainye..

Dalam Milenia Julai..I tulis tentang Khasiat Daun Misai Kucing.. u oll tau ke apabende Misai kucing tu..ia sama sekali tiada kena mengena dengan binatang cute yg pakai crown itu..

MISAI KUCING-KHAZANAH NUSANTARA UNTUK DUNIA

Sejak zaman berzaman herba telah menyumbangkan khasiatnya kepada nenek moyang kita. Rantau Nusantara khususnya amat terkesan dengan penggunaan bahan ini. Sama ada ia dijadikan ramuan pembangkit selera di dalam masakan, atau penyembuh di dalam adunan ubatan, herba juga diiktiraf sebagai terapi untuk melestarikan seri wajah dan fizikal penggunanya.

Kajian oleh Malaysian Herbal Corporation pada 1999 mendapati jualan produk berasaskan herba di Malaysia mencecah RM4.55 bilion setahun. Mengikut pecahan, RM2 bilion dibelanjakan bagi herba rawatan, RM1.6 bilion wangian dan RM0.95 bilion untuk farmaseutikal dan pemakanan nutrisi. Angka itu cukup untuk menerangkan betapa besarnya prospek dan jumlah pengguna, begitu pun masih banyak perlu dilakukan oleh pengeluar produk herba tempatan bagi menembusi pasaran global.

Antara herba popular yang telah diangkat sebagai komoditi eksport ialah Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia), Kacip Fatimah (Labisia Pumila) dan Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) yang merupakan antara produk semula jadi tempatan yang berjaya menembusi pasaran Jepun yang dianggap sangat kompetitif.

Ketiga-tiga bahan itu diperkenalkan di pasaran Jepun sejak beberapa tahun lalu dengan beberapa pengimport Jepun memasarkannya dalam bentuk yang berlainan.

Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Tokyo, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata ketiga-tiga bahan ini popular di negara matahari terbit itu. Bagaimanapun, kebanyakannya dipasarkan dalam bentuk tablet atau ubatan semula jadi.

Beliau berkata ini disebabkan ia tidak dikategorikan sebagai bahan herba memandangkan Jepun mempunyai peraturan yang sangat ketat bagi membolehkan sesuatu bahan itu dikategorikan sebagai produk herba.

“Proses untuk mendapatkan kelulusan sebagai bahan herba sangat ketat,” katanya sambil menjelaskan mana-mana produk yang dikategorikan sebagai herba perlu menjalani proses kajian dan analisis saintifik yang memakan kos yang tinggi. Sehubungan itu, pendekatan yang berkesan bagi menembusi pasaran Jepun itu ialah dengan memasarkannya sebagai bahan semula jadi untuk kesihatan badan.

Idea ini didapati sangat berkesan memandangkan penduduk Jepun cenderung kepada bahan semula jadi dan mementingkan kesihatan badan. Justeru, bahan semula jadi seperti tongkat ali, kacip fatimah dan misai kucing mempunyai potensi yang besar di negara ini,” katanya.

Sejajar dengan hasrat itu, apabila Alternate Advance Sdn Bhd mengorak langkah mengkomersilkan produk minuman kesihatan berasaskan tumbuhan misai kucing wajar dianggap sebagai dokongan terhadap merealitikan usaha pihak kerajaan.

Pengarah Urusannya, Khairani Apandi sangat optimis bahawa usaha yang dilakukan itu mampu menjadi pemangkin ke arah merealitikan industri bio-teknologi herba dengan lebih berkesan lagi di Malaysia, ditambah lagi dengan perubahan gaya hidup hari ini telah meningkatkan peranan herba.

“Kehadiran herba di dalam apa jua produk disifatkan sebagai memberi nilai tambah kepada produk itu sendiri. Misai kucing umpamanya kini bukan sekadar pemakanan tambahan bahkan satu sajian keperluan bagi menjana hidup yang sihat dan membekalkan tenaga yang diperlukan,”jelasnya yang kini sangat produktif menghasilkan dua jenis produk minuman iaitu teh dan kopi misai kucing dengan jenama Herbest.

Memperincikan lebih lanjut Khairani berkata, Alternate Advance yang ditubuhkan pada 1996 adalah sebuah syarikat yang berteraskan bioteknologi herba dan kini terlibat secara langsung di dalam penyelidikan dan pengawalan mutu produk dari pokok misai kucing.

“Minuman harian jenama Herbest mempunyai persamaan dengan jenama minuman herba lain dari segi jenis tumbuhan yang digunakan. Perbezaannya dapat dilihat dari segi warna dan rasa yang datang dari kualiti tumbuhan yang berbeza serta proses yang digunakan dalam penyediaannya. Tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, penambah perisa, kafeina atau pewarna tiruan,”

Kesungguhan Khairani di dalam mengusahakan hasilan produk ini dibuktikan dengan pembukaan ladang misai kucing di Kepis, Negeri Sembilan seluas 17 ekar.

Beliau menjelaskan, produk keluarannya mengutamakan kaedah berteknologi tinggi bagi menjamin hasil mengikut piawai yang dikehendaki. Bermula dengan penjagaan di peringkat ladang semaian dengan pengawalan taburan hujan ideal sebanyak lebih kurang 3000 mm setahun. “Kawalan suhu panas sederhana dan dengan sinaran matahari turut diberi keutamaan,”ujarnya.

Kawasan ladang misai kucing miliknya berada pada ketinggian optimum 500 hingga 1200m di atas paras laut dan media tanaman seperti tanah gembur, subur dan mengandungi banyak bahan organik mampu menggalakkan pertumbuhan misai kucing dengan lebih subur. Ujarnya lagi, untuk perolehan hasil yang optimum, hanya daun pucuk muda yang terpilih sahaja dipetik sebelum dikisar.

“Kami sentiasa menjalankan pemantauan berterusan. Justeru, Herbest menjalankan kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur di Melaka, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Pertanian Malaysia bagi memastikan produk yang dihasilkan mematuhi standard yang diluluskan.”

Jelas Khairani lagi, untuk pengekstrakan (extraction) pula pihak Herbest menjalin kolaborasi bersama Phytes Biotek Sdn Bhd. Ujarnya, kajian menunjukkan penghasilan produk herba secara ekstrak adalah lebih selamat, bermutu dan berkesan berbanding diproses secara serbuk.

Syarikat ini juga memiliki sebuah kilang di Kota Kemuning, Shah Alam yang berfungsi sebagai lokasi pemprosesan produk, selain dijadikan tempat penyimpanan, pengumpulan stok dan bekalan. Khairani menjelaskan kemudahan dan kelengkapan yang digunakan oleh pihaknya adalah mengikut piawaian HACCP untuk memastikan produk yang dihasilkan bermutu tinggi.

Dalam pada itu, Khairani turut menyuarakan pandangan yang sangat perlu diberikan perhatian iaitu industri herba tempatan, khususnya yang diusahakan oleh Bumiputera perlu dibantu dan disokong dengan makmal yang dilengkapi teknologi moden supaya mereka tidak tersisih daripada persaingan selain bertindak sebagai pusat sehenti industri herba.

Aspek-aspek penyelidikan di dalam pembangunan produk dengan matlamat untuk menjadi sebuah syarikat perindustrian yang berjaya di dalam penghasilan produk baru serta mampu memperbaharui produk yang sedia ada dan membangunkan berberapa produk yang berteraskan herba dengan usaha sama beberapa universiti dan pusat penyelidikan tempatan, di samping mengfokuskan kepada pembangunan dan membekalkan produk yang berkualiti tinggi kepada pengguna. Produk yang berkualiti tinggi dipercayai mampu bertahan lebih lama dan mampu mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada pelanggan.

Perusahaan herba mengungkap makna yang lebih jelas tentang perniagaan dan industri herba. Faedahnya bukan sahaja kepada para usahawan herba iaitu para pengusaha dan pembuat, bahkan kepada pengilang, pengamal perubatan tradisional, penanam dan juga pihak yang berkaitan untuk lebih komited dan bersama mengambil bahagian dalam jaringan dagangan herba ini.

Justeru, anjakan paradigma yang lebih mampan diperlukan dikalangan penggiat herba. Pada masa yang sama seiring dengan matlamat untuk mempersiapkan modal insan untuk dibawa ke tahun hadapan, industri herba berpotensi diketengahkan sebagai salah satu produk pelancongan yang tuntas dan memberi pulangan yang terbaik.


Misai Kucing ialah pokok herba renek nusantara yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 m. Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja serta tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Bunga terdapat pada ‘verticils’ lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. Untuk pemprosesan minuman sihat, hanya bahagian daun yang digunakan. Kajian oleh Fakulti Sains Farmaseutikal dan Farmasi, Universiti Fukuyama di Jepun beberapa tahun lalu mendapati terdapat bahan antihipertensi dalam daun Misai Kucing yang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.


29 Mei 2007

perluke?..tapi ini soal hati

aku rase aku dah mula suka dia..tapi dia suke ke kat aku? persoalan yang tinggal persoalan..aku nak tanya..tapi rase blom sampai masa..boleh ke dia trima aku..ah.ini bukan kali pertama aku jatuh hati pada seorang wanita. tapi kali nie lainla.. kena ambil masa dulula kutt..

HIDUP KAK DELL

Meeting hari nie best sekali.yang bestnye selesai setiap majalah,diended oleh kak dell.hujah penggulungannya meletoooop. so sesape yang makan cili terasa la pedasnye..MRASSA!!!

23 Mei 2007

Terkini dari gua di MILENIA MUSLIM

MEMUGAR SOLUSI UNTUK MAT REMPIT

Mat rempit bukan bermusim sebaliknya telah melanda negara sejak lebih 20 tahun lalu cuma namanya sahaja kerap berubah mengikut aliran zaman. Kalau dulu ia dikenal dengan nama ‘mat rewang’ atau ‘mat motor’ dan sebagainya, kini nama ‘rempit’ pula mengambil alih. Entah daripada mana lahirnya kata ‘rempit’ ini sedangkan kalau dirujuk Kamus Dewan Edisi Tiga, kalimah rempit sekadar membawa erti: perbuatan menyebat atau menyesah dengan rotan dan lain-lain.

Sejak lima tahun lalu, rempit amat sinonim dengan perbuatan menunggang motosikal secara berbahaya, laju, mengabaikan aspek keselamatan diri sendiri dan orang lain. Kebiasaannya perbuatan ini dilakukan oleh remaja kerana amat pelik malah terlalu janggal sekali kalau perbuatan merempit ini dilakukan oleh orang tua dan dewasa.

Mungkin penerimaan slanga telah menzahirkan kalimah rempit lantas telah diterima pakai oleh umum. Justeru perbincangan seterusnya akan mengekalkan perkataan rempit di dalam penulisan ini.

Harus diakui isu mat rempit kerap dipaparkan media sama ada daripada sudut negatif individu yang terlibat, punca dan kesan langsung gejala rempit terhadap belia negara. Menyedari hakikat ini Milenia Muslim hanya akan melihat gejala merempit dari sudut empirikal iaitu pemerhatian yang lebih praktikal dengan menawarkan kaedah penyelesaian terbaik bagi menanganinya.

Dalam pada itu ada yang mendakwa tidak semestinya mat rempit terlibat di dalam kegiatan lumba haram, tetapi kebanyakan yang berlumba haram itu merempit. Bak kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said sewaktu pertemuan Milenia Muslim dengan beliau baru-baru ini, tidak semua orang yang naik motor ini jahat. “Kenyataan sedemikian adalah sangat tidak adil kepada semua penunggang motor. Kita tidak boleh membuat persepsi sebegitu hanya kerana dua tiga orang menghimpit kereta. Bahkan kenyataan sebegitu sangat tidak adil kepada orang-orang muda.”

Apa pun rempit sama juga dengan gejala sosial yang lain. Ia adalah fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Sepanjang tempoh perkembangan keremajaan, seseorang akan berdepan dengan siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri.

Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk mengatasi masalah sosial yang dihadapi remaja. Remaja merupakan satu kumpulan individu yang kompleks. Sebahagian masalah yang dihadapi mereka adalah juga masalah sosial yang dihadapi orang dewasa.

MAT REMPIT AKA LUMBA HARAM AKA ‘TAK SAYANG NYAWA’...

Sejak 25 tahun lalu, hampir 10 buah filem tentang lumba motor atau penonjolan terhadap motor berkuasa tinggi pernah berputar di pawagam tempatan. Kalau anda masih ingat filem Azura lakonan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud; Gila-Gila Remaja lakonan Faizal Hussein; Pelumba Malam, Maria Mariana, KL MENjerit 1 dan 2. Terkini Ahmad Idham pula melahirkan filem Remp-it dan dengar khabarnya tidak lama lagi akan keluar pula Remp-it 2.

Tidak cukup dengan itu terbit pula filem tentang lumba kereta. Pelbagai judul pernah ditayangkan dan antaranya seperti Gangster. Malah beberapa bulan lagi pencinta filem Melayu akan berpeluang menonton aksi drift ala Malaysia di dalam Impak Maksima dan Evolusi KL Drift.

Tidak kiralah sama ada paparan layar lebar tersebut mengungkap aksi lumba motor atau kereta secara halal atau haram, yang nyata tema kelajuan enjin memang menjadi pilihan.

Sekali pandang seolah karya sebegini seakan tiada arah dan tiada pengisian. Tetapi penerbitan genre seumpama ini membenarkan moto ‘Filem Kita Wajah Kita’ kerana dengan sedikit pemerhatian, filem-filem ini sebenarnya mendokumentasikan bingkai kehidupan anak-anak muda mengikut zaman masing-masing.

Nyata pembikin filem gemar mengetengahkan warna-warni kehidupan remaja kota atau anak muda luar bandar yang terkena kejutan budaya kota.

Sekiranya dilihat dari pespektif lain pula, percaya atau tidak aksi-aksi keterlaluan mat rempit sejak akhir-akhir ini, sedikit sebanyak berpunca daripada pendedahan keterlaluan di dalam media.

Hakikat ini disahkan Setiausaha 1 Persatuan Penulis Nasional (Pena), Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir). Beliau mengakui medium filem memang menjadi punca. Remaja yang kerap menonton filem di dalam genre sebegitu akan menganggapnya sebagai role model. “Filem bersifat escapisme atau cara melepaskan perasaan juga memberi tunjuk ajar di dalam pelbagai cara. Ia mampu menjadi agenda yang memberi model kepada khalayak untuk diikut. Kalau filem menunjukkan contoh gejala yang tidak baik, mungkin orang cepat ke arah itu,

“Aspek lain yang boleh dilihat adalah daripada sudut capitalisme mass culture. Di samping mengaut keuntungan dan budaya popular, filem mempunyai kesan besar kepada masyarakat yang kalau tidak dikawal akan melumpuhkan tamadun dan melemahkan pemikiran serta gagal berfikir secara rasional dan intelek.”

Pandangan SM Zakir diakui oleh seorang bekas mat rempit yang bernama Hairani Abdul Basit. Berusia 25 tahun dan berasal dari Gombak, Selangor. Hairani atau mesra disapa dengan panggilan Run berkata, paparan aksi ‘wheelie’, ‘wikang’, ‘superman’ atau ‘pacak 90 darjah’ oleh mat rempit di dalam dokumentari dan rancangan bercorak penyiasatan di televisyen serta penerbitan bercetak turut menyokong kepada penonjolan ‘kehebatan’ mat rempit di mata masyarakat.

“Untuk apa sebenarnya ditunjukkan aksi itu, kalau kelak akhirnya akan menambah lagi bilangan budak muda yang kepingin mencuba,” Run mempersoalkan. Run kini telah bebas sepenuhnya daripada merempit sejak tiga tahun lalu. Diminta mengimbas memori lalu ketika aktif di jalanan, dia bersedia berkongsi cerita.“Saya mula gila merempit sejak usia 17. Biasalah jiwa remaja. Nak mencuba apa sahaja. Dulu saya biasa race di Jalan Ipoh berhadapan bangunan Tabung Haji Lama.”

Run berkata mat rempit pada zamannya jauh bezanya daripada kini. “Dulu tiada kes ragut, pukul atau belasah orang sesuka hati seperti sekarang. Mungkin kerana itu kami tidak begitu dihiraukan sangat. Tambahan pula tiada media yang kisahkan kemunculan kami merempit di jalanan. Berbeza hari ini, banyak perkara memalukan membabitkan remaja bermotosikal. Inilah punca mengapa mat rempit kian dibenci hari demi hari,” tambah Run kesal.

Sambung Run lagi, sepanjang dia merempit berkali-kali dia terbalik motor, hampir kemalangan maut dan keluar masuk lokap polis. “Kalau setakat luka, itu perkara biasa, bahkan saya pernah boloskan diri daripada ‘road block’ polis,” ujarnya mengenangkan. Tetapi Run akur, dia tidak pernah bangga dengan masa silamnya.

“Saya mula nekad ingin berhenti merempit setelah melihat kawan baik masuk hospital. Kecederaannya parah dan itu amat menakutkan. Tambahan pula ketika itu saya telah pun bertunang dengan seorang gadis. Terfikir juga, takkanlah masih menggila sedang usia makin meningkat dan tak lama lagi bakal bergelar suami orang.”

Run kini bahagia dengan keluarga, ditambah pula dengan kehadiran cahayamata yang kini berusia …tahun. Dia akur merempit tidak ke mana sudahnya. “Lebih baiklah kalau dialihkan minat dan gejolak jiwa muda itu ke bidang sukan, lebih banyak faedahnya,” Run mengerti minat kepada enjin akan lebih bermakna andai dialihkan ke tempat yang halal seperti bersukan atau berlumba di litar yang sah.

Kisah Run hampir serupa dengan *Najib Abdullah,23. Remaja kelahiran Machang, Kelantan ini kini nekad menjalani hidup barunya di Kuala Lumpur. Doa ibunya saban malam rupanya di dengar Allah.

Justeru tawaran sebagai kakitangan awam yang diterimanya empat bulan lalu, disambut dengan penuh kesyukuran oleh keluarga. Bak kata ibunya, mungkin lebih molek kalau tinggalkan kampung halaman memulakan hidup baru daripada terus menetap di sana, kalau hanya merisaukan orang tua saban malam. Apa tidaknya, kegemaran Najib hanyalah satu, merempit, merempit dan merempit.

Benar, anak muda berbadan tegap ini adalah mat rempit paling tersohor di kampungnya. Puas sudah ibu ayah menasihat, masuk telinga kanan-keluar telinga kiri sahaja lagaknya.

“Usah dimarah, ditegur atau dipukul, semuanya tidak memberi kesan. Saya bagaikan tidak peduli dengan status bapa; seorang berkedudukan penting dalam kampung dan abang sulung pula seorang anggota polis. Hinggalah suatu hari bila saya diperangkap oleh rakan baik sampai akhirnya saya dimasukkan ke dalam lokap, semuanya bagaikan titik perubahan yang memberikan keinsafan,” luah Najib mengimbas nostalgia lalu.

Setelah keluar lokap, Najib tertekan dengan pandangan masyarakat. Walaupun sebahagian mereka tahu cerita sebenar di sebalik tangkapan itu, namun segelintir yang lain tetap mencemik kala terserempak dengannya.

“Rupanya itulah perjalanan takdir saya. Itulah permulaan saya mengambil langkah memberhentikan terus aktiviti merempit, demi ayah dan ibu dan demi masa depan saya. Walaupun saya tidak mengalami kemalangan, patah atau cedera tetapi mengenangkan maruah keluarga yang dipandang rendah oleh orang gara-gara sikap sendiri membuatkan saya berfikir dan merenung dalam-dalam, dan saya yakin inilah laluan terbaik yang perlu ditempuhi kini,”ujar Najib mengakhiri.

Tidak cukup dengan dua pengakuan mat rempit insaf, kami kemudiannya menemui Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia, Wilayah Persekutuan, Dr Haji Masjuki Mohd Musuri. Masjuki amat berpengalaman mengendalikan kes-kes kebejatan sosial. Pendedahan daripadanya amat mengejutkan.

Kisahnya adalah tentang *Sheila, 17. Masjuki memberitahu, semasa rawatan pemulihan dibuat di hadapan ibunya, dia mengaku telah menjadi bohsia dan pernah ditiduri 285 lelaki. Daripada soal siasat yang dilakukan akhirnya Sheila mengaku ketagih hubungan kelamin.

Buktinya setiap kali memasuki bilik air dia akan melakukan onani. Menjadi perkara biasa baginya dikendurikan oleh enam hingga lapan orang mat rempit pada setiap malam.”

Mengandung? Mungkin kerana fizikalnya sudah dibiasakan dengan aktiviti hubungan jenis tanpa batas sejak usia terlalu muda, menghalang Sheila daripada mengandung, Masjuki membuat kesimpulan.

Aktiviti liar tetapi tersusun itu menyukarkan orang tua Sheila untuk mengawalnya. Gadis terdesak itu akan keluar lari dari rumahnya pada tengah malam, mencari lelaki di pasar malam, tepi jalan atau kelompok mat rempit yang berkumpul. Setelah puas dia akan pulang ke rumah pada dini hari dan keesokan paginya akan bersekolah seperti remaja lain.

Selepas tujuh bulan dirawat di Pekida, Sheila masih begitu walaupun zahirnya menunjukkan telah melalui fasa perubahan yang positif. “Cuma kita tidak mampu mengawal hal peribadinya. Sehingga tujuh bulan kemudian ibunya menjemput dengan harapan dia sudah berubah.”

Akhirnya Sheila keluar juga daripada rumah kerana bapanya tidak dapat menerima hakikat anaknya seteruk itu. Dia kembali meneruskan aktiviti seksnya dan terus tidak pulang ke rumah hingga ke hari ini,” Masjuki menjelaskan.

Milenia Muslim terus menjejak mat rempit yang masih tegar. Kelibat mereka masih ada sebenarnya. Lalu pada suatu hujung minggu, kami meneruskan pencarian di Dataran Merdeka dan beberapa ‘port’ lagi di sekitar kotaraya dan hasilnya, kami menemui *Korie.

Walaupun kelihatan agak bosan, Korie, 18, masih memberi ruang kami berbual dengannya. Dan inilah cerita Korie.

“Hujung minggu tidak akan lengkap kalau tak ke Dataran Merdeka. Kawan-kawan sudah siap bersedia dengan motor masing-masing. Seperti malam-malam minggu yang lain, bermula di Dataran Merdeka, menuju ke Jalan Raja Laut melintasi kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Chow Kit ke Jalan Tuanku Abdul Rahman akan menjadi medan bagi menunjukkan ‘kejantanan’.

Sambil tersenyum, Korie menyambung “Selesai berjuang, yang menang akan digelar ‘jantan sejati’. Kemudiannya akan dihadiahkan awek dan mungkin sedikit wang taruhan.”

Korie sendiri pun beberapa kali menang. Di tambah wajahnya yang ‘ada rupa’ memang mengumpan ‘minah rempit’ untuk ikut membonceng setelah selesai beraksi di litar haram. “Selalunya saya memang menjadi pilihan awek-awek untuk ikut balik,” ujarnya mengundang kepiluan dibenak saya, begitu rapuhnya pegangan anak bangsa hari ini.

Naik motor laju, tak ingat mak bapa ke? Korie tak takut mati? soal saya. “Ah, lantaklah apa pun orang kata, saya peduli apa. Dah jiwa rempit, masuk keluar hospital, saya merempit balik. Apa boleh mereka cakap?”

Saya cuba mencungkil lagi rasa hatinya. Nyata di hujung sanubarinya masih ada kebaikan. Kata Korie, “Saya ‘ni belajar tak pandai bang, habis PMR (Penilaian Menengah Rendah) saya ‘dah kerja di sebuah pusat cuci kereta di Jalan Kelang Lama hinggalah sekarang. Saya dah ada pendapatan sendiri, dengan duit itulah saya repair motor, bantu keluarga sikit-sikit. Aktiviti di sini (merempit) cuma pelepas bosan sahaja.”

Korie juga meluahkan rasa hati dengan menyatakan pihak berwajib tidak sediakan litar halal untuk berlumba. Katanya, yang ada pun terletak jauh dari mereka atau mahal bagi remaja yang berpendapatan rendah atau masih belajar.

Penjejakan mat rempit pada malam indah itu berakhir di situ. Walaupun sedikit takut dengan senario yang ‘teruk’ ini, namun di hati tersemat impian bahawasanya masih ada sinar harapan menanti andai kita serius menangani kegawatan ini. Gejala mat rempit sama sahaja dengan gejala lain. Ia perlu kerjasama tuntas daripada semua pihak dan perlu ditangani segera andai kita ingin melihat generasi penerus kepimpinan negara diisi dengan benih yang murni dan beriman.

nak baca lagi?...belilah Milenia Muslim Jun 2007

catatan untuk cinta lama ku

bercinta 3 tahun...tapi sepuluh tahun lamanya terpisah..dia masih nak gua..sedangkan dia dah ada org lain..akhirnya gua terpaksa terima hakikat..dia dicipta untuk org lain..gua hepi tengok dia hepi..

22 Mei 2007

Aura KEMAAFAN Menyerlah

Barangkali ada hikmahnya hati ini disakiti Khamis lalu. Kalau tidak kerana itu, sampai sekarang aku masih ada bekas geram pada dia. Tetapi kawan-kawan keliling yang sentiasa faham aku selalu katakan maafkanlah dia. Lalu pagi tadi aku melangkah ke dalam biliknya. Kuketuk pintunya dan kutenung wajahnya setelah dipersilakan masuk.

Aku hulurkan salam memohon ampun maaf. Dan dia dengan penuh ikhlas menerima. Aku tergamam juga seketika. Tapi aku sedar aura keihlasan mengalir dari hatinya itu.


Walau selama ini dia kurasakan paling anti aku, paling negatif dan paling buruk melayanku, tapi pagi ini kurasakan dia adalah manusia yang paling luhur. ada titis air mata bergenang dipelupuk mataku dan kabut memenuhi kaca mata tebalnya, aku mula sedar dia juga manusia biasa. Hatinya cukup mudah tersentuh..
Hari ini aku realise..lelaki yang aku takuti...alias menyampah dan paling aku tak kuasa di pejabat ini tetap memiliki jiwa kemanusiaan. Dan kemanusiaannya memang tahap diva.

Benar kata Yus,.. walau siapa pun yang benar dan siapapun yang salah antara kami.. tetapi aku sentap tempohari atas dasar kerja dan bukan sekali-kali menyangkut personal. Lantaran itu tiada salahnya aku merendah diri memohon maaf. Kerana aku ini orang muda dan dia wajar kuhormatkan kerana umurnya dan umurku 25 tahun beda.
Itulah kaedah terbaik untuk menundukkan manusia secara reverse psychology..kata Yuss.

Aduhai...dan dia sedia menerima permohonan maafku lantaran aku melayannya dengan cara yang amat kurang ajar minggu lalu. Perbualan kami hanya biasa biasa sahaja mulanya tetapi semakin rancak.
Benar...kalau difikir-fikirkan, ada asasnya mengapa aku melenting minggu lepas. Satu pejabat malah sudah tahu, bagaimana rentaknya dia mengendalikan kami. Teramat choi dan rude..that's why la aku naik setan minggu lalu.

Tetapi hari ini aku nak mula settle down dan memperbaiki hubungan dengan manusia di sini.
Manalah tau one aku blahh dari sini or maybe sebulan dua lagi ..at least aku tinggalkan pejabat @ kompeni yang kuanggap rumah kedua yang amat kusayangi ini dalam keadaan yang harmoni, kemesraan dan kasih sayang... catatan: 19:28. 22052007

18 Mei 2007

HARI INI HARI JUMAAT

aku nak cuba mengawal emosi hari ini. hasilnya alhamdulillah berjaya. sehingga jam 12.40 tengahari ini, aku sukses.

semalam memang worst.but thanks to anna, liya, tone , hafizi, yus and kak dell yang banyak menyaport aku. its not becoz of anger management or losing controll,it the matter of frustrations. when u find its hard to express ur inner feeling in a proper way, macam nielah jadiknye.-dalam posting selepas ini aku akan siratkan kenapa aku jadi cam tu..

solat jumaat dulu.daa

12 Mei 2007

BUKAN DIRIKU- SAMSONS

Setelah kupahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu
Tak dapat kusanksikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu,
bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu
bukan santunku terbungkam
hanya hatiku terbatas
‘tuk mengerti kamu
maafkanlah aku

reff:
Walau ku masih mencintaimu;
Ku harus meninggalkanmu;
Ku harus melupakanmu

Meski hatiku menyayangimu;
nurani membutuhkanmu;
ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku,
ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang dapat menyantunmu,
bukanlah diriku

kembali aku


assalamualaikum wbt.

dulu aku pernah ada blog..dekat setahun lebih aku pakai blog tuh, tapi nak wat cmane tableh bukak la pula. semua kerna aku lupe password aku tu. Bukan salahku barangkali, dah lupe nak buat cmane.
anyway. ..aku masih di sini.di syarikat publishing magazine ni. mengejar dateline..deadline, tak habis habis..

posting pertama PELAYARAN tu just nak test blog baru aku nie.

Posting KEMBALI AKU ni baru benar benar belahan jiwa ku. ..Hari ni aku masih di sini. Walau badai tsunami empat tahun yang lalu amat kuat memukul muka dan belakangku. Allah Taala masih masih sayangkan ku dan DIA amat menyayangiku. Mungkin DIA ingin aku tetap disini buat waktu ini merencana, memikir dan menjadi pelaksana tugas untuk meneruskan pelebaran kasih sayangNYA di muka dunia ini.

perjalanan

When it comes to future, there are three types of people
Type1: Those who let it happen
Type 2: Those who make it happen
Type 3: Those who wonder what might happen

I wanted to be Type 2, but most of the time, I’m type 1, but on several occasions, I fell under Type 3.