25 Februari 2009

Ke Makam Bonda-Usman Awang

kerana rindu yang datang menerjah, kutitipkan puisi indah ini untuk bonda


KE MAKAM BONDA-sasterawan negara Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

23 Februari 2009

MEMBACA KEAGUNGAN SILAM..sebuah notasi puisi yang dilontarkan oleh KUARS ARZMAND & SUFIANISMA MIRZA

SETELAH sekian lamanya..mungkin sejak 18 tahun nan lalu, akhirnya aku dan cik SU naik pentas semula. bukan untuk menyanyi, bukan menari atau jadi MC..tapi kali ini kami sama sama naik stage untuk mendeklemasikan puisi. OwwHHHHHHHHHHH...waw..sungguh mengujakan.

18 tahun lalu, sekitar 1991,waktu itu kami sama sama SPM di MML..kami pernah naik stage, aku wakil daerah Tumpat, cik SU wakil KB. Kami perfom, lupa dah aku dapat nombor berapa. tapi who care's pasal nombor, yang penting kami masuk.
Dan sajak yang lama dulu 'BURUNG BURUNG HITAM' karya Dr.Lim Swee Tin masih kuingat sikit sikit.

Tapi kali ini,sangat mengujakan bila kami dapat sama sama perform sekali lagi. Berkolaborasi lagi. MILLION thanks Fahmy kerna membuka peluang ini. Meski penampilan 'come back' kami ini demi Gaza sempena 'WASILAH CINTA PALESTIN', namun berdirinya kami berdua bersama di pentas terbuka Laman Budaya tepian tasik Bandaraya Shah Alam punya signifikan besar kepada aku.

Aku seronok gila. Rasa macam dirasuk dengan aura yang menakjubkan. Sesudah cikSU mulakan pengenalan tajuk Puisi dan Pengarang, aku bacakan sepotong ayat al Quran, lalu cikSU sambut dengan mafhum ayat...dan pause seketika. Lalu setelah abang Fareez si pemain gtar akustika yang hensem bagaikan Joe Radzwill itu memetik notasi pertama, aku pejamkan mata, terasa bagaikan tenggelam dalam merdu petikan solo itu....
kumulakan puisi dengan "Seluruh dunia mengahambur kutukan dan celaan...." hingga berakhir perenggan pertama lalu disambut oleh cikSU dengan perenggan seterusnya hinggalah habis puisi indah karya Ahmad Shukri Abdullah itu.

Kata Fahmy yang sedang menonton di bawah pentas. Aku bagaikan terpana dalam aura puisi itu.HUH!! biar benar, haha.

Tapi yang pasti aku hilang gementar stage freight berganti semangat kerana puisi itu bercerita tentang bumi GAZA yang kian diratah Zionis dan apa yang MUSLIMIN buat untuk memberhentikan kemelut itu. Hendak menunggu lahir seorang lagi kesatria muslim umpama Tareq bin Ziyad atau Solahuddin al Ayubbi yang entah bilakan tiba? Atau hanya selesa berpeluk tubuh sahaja...AHHHH!!pemimpin Muslim dari dunia Arab mungkin hanya selesa menunggu disuap Yahudi juga.huh..lebih kurang gitulah cerita disebalik puisi itu.

Justeru aku dan CIKSU berkolaborasi untuk kali pertama sepanjang hidup kami. Lalu kami menganggap itu adalah sesuatu yang teramat indah untuk dikenang. Terima kasih kepada teknologi insan yang mencipta kamera digital dan henpon berkamera,haha..dapat juga kami merakam momento manis itu...dan pastinya 2009 tidak sekadar menjanjikan kolaborasi come back seumpama itu sahaja..bahkan 2009 diharap menjadi tahun limpahan rezeqi buat kami insyaALLAH.

kami akan berpuisi lagi selepas ini..nantikan sahaja kolaborasi seterusnya.

LAMAN BUDAYA YANG DABBOOOMMM!!!!tQ mr Fahmy

HARI ini..22 Februari.., setelah berpenat lelah selama dua minggu aku, ciksu dan anak anak buah Shuffle aku melepaskan penantian dengan show kami di Laman Budaya, tepian Tasik Shah Alam yang permai.

Malam nie, aku tengok semula rakaman shuffle Freestyle Amer, Dol, Paan, Suhaimie dan Dzul..sayu pula terasa hati melihat kesungguhan mereka. Terutama pada korus minit keempat. Sewaktu kombinasi kipas dan akting tangan..sayu dan syahdu la aku trasa. dengan komposisi muzik string dan keyboard yang single. setiap dentingan papan kunci itu turut mendentingi perasaan aku.

Aku mengaku aku mmg jahil dalam dancing moden ni, tapi aku cuba fahami falsafah dan pengertian yang bebudak ini cuba terjemahkan dalam gerak mereka. menusuk beb... justeru kalau mereka berjaya menyampaikannya kepada nurani ku, maknanya erti shuffle GAZA JUSTICE ini pun harapnya sampailah juga kepada penonton yang hadir di tepian pentas terbuka tadi petang.

Aku boleh merasai kejujuran mereka. Kareograf yang tidak terlalu rumit, tetapi agak lama, iyalah..sehingga 13minit lebih. Tetapi mereka tetap berjaya melakukannya kerana mereka melakukannya dari hati yang jujur. dan bentukan formasi serentak yang memerlukan masa latihan yang panjang.dan mereka sanggup berulang ke dewan tingkat bawah flat sucHi ini saban jam untuk memahirkan gerakan. dan hari ini mereka berjaya membuktikannya. TAHNIAH adik adikku.. korang memang DA BESTTTTTT..........

dan sudah pasti dengan karenah mereka..yang kadang2 emmm alahai..membuatkan aku tersenyum sendiri. sampai aku kata kat ciksu..kalaula aku dah kawen, misti anak kitorang dah sebaya budak budak ni..

hormat mereka pada aku dan UDA (panggilan khusus buat ciksu dikalangan budak2ni) terlalu tinggi. Hakikatnya kami bukan mencari penghormatan dari sesiapa pun. dan ini membuktikan mereka sebenarnya anak anak yang baik dan menerima didikan yang baik dari orang tua masing-masing.

Lewat senja dalam lebat hujan kami redah juga. terus ke masjid Shah Alam bersolat Asar dan Maghrib. Berjemaah kami di anjung masjid. Lewat benar menunaikan Asar, namun sempat juga. Langsung menunggu untuk berjemaah maghrib bersama kariah Shah Alam. Sedikit sebanyak, aku terasa aku dapat juga menunaikan tanggungjawab sebagai orang tua kepada mereka. dan menjaga amanah yang diberika oleh orang tua mereka. Alhamdulillah. dan sekarang, aku mula terasa sedikit sunyi..tak tahu nak buat apa. selalunya dalam kepala dah tersedia jadual..lepas balik kerja selalunya aku akan turun ke bawah, jenguk mereka berlatih..tapi kini mula sepi..huhu..dah jadi macam AF dulu. lepas habis AF, tak tau nak buat apa..hihi..

anyway.. insya Allah, next time, kalau ada jemputan untuk show lagi,,...semestinya yang berbayar seperti hari ini, abang akan inform korang ek..OK..have a good rest korang.esok skolah..dah pegi tidur.bye

19 Februari 2009

alam yang tidak pernah berhenti mengajar kita

Sekitar pertengahan 1990, aku pernah hadir dalam satu perjumpaan bersama Tokoh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said di JKR 10, Kota Baharu. Beliau ketika itu sedang melancarkan mogok seni. Antara kata-kata beliau yang masih kuingat hingga kini ialah “Seorang penulis sejati itu ialah yang dapat menangkap, merakam dan menanggapi segala isu, cerita, persoalan, permasalahan yang berlaku di sekitarnya,penulis yang sejati ialah penulis yang sentiasa terkesan dengan persekitarannya...”
nah..hari ini sedikit sebanyak aku melalui apa yang pernah dilontarkan oleh Pak Samad. Meskipun kalau diukur bagai langit dan bumi aku dan pujangga ulung itu, namun keberadaan aku di dalam gelanggang seni kini tercorak dari langkahan pertama dulu. Apa yang ingin dikongsi kali ini dalam blog ini ialah ‘sebuah laluan perjalanan yang harus dilalui’, walau ingin atau tidak, perit atau suka, indah atau sebaliknya..ia adalah laluan yang perlu ditempuh.
Malam ini hujan turun lebat sekali. Walau ia tidak selebat musim tengkujuh yang baru berlalu, namun simbahan hujan di seluruh kotaraya Kuala Lumpur selama 15 minit tadi menyejukkan jiwa-jiwa yang kehangatan. Sedikit sebanyak mendinginkan ruang kota yang gelepar akibat sengatan suria siang tadi. Dan aku cepat-cepat membuka laptop ini untuk merakam getar perasaan yang tiba tiba mengalir diserebrum.
Malam ini juga, hampir dua jam aku bersama anak anak remaja pangsapuri suci yang kudiami ini untuk melihat mereka berlatih tarian Shuffle yang akan mereka persembahkan di Laman Budaya , Majlis Bandaraya Shah Alam 22 Februari ini. Bersemangat betul budak budak ni. Ada Paan, Anuar, Botak,Amer,Dolah yang baru join dan Hazrul yang bertindak sebagai DJ. Kami akan menyemarakkan petang hari minggu itu dengan seni tarian pecahan etnik Australia ini sebagai ekspresi protes terhadap kekejaman Zionis di Gaza. Dan sesuai dengan acara, grup Communita da Freestyle ini sepakat menamakan show shuffle nanti sebagai ‘Gaza Justice’. Mungkin tiada signifikan antara tari shuffle dengan protes terhadap Zionis dan Yahudi. Namun jika direnung sejenak, apalah juga ada pada lontaran puisi, nyanyian dan pentomen khusus mengekspresi protes yang serupa. Sebaliknya inilah sebahagian bingkisan seni yang diterokai remaja kota, ada juga value nya untuk dinilai sebagai penyertaan mereka di dalam masyarakat. Mereka berekspresi dengan cara mereka sendiri, bukan. Biar mereka meluahkan rasa dengan kaedah mereka sendiri. Agar seluruh dunia bersatu mencemuh dan membentuk paradigma bahawa dogma bawaan Yahudi Zionis adalah seteru yang patut ditentang. Dan aku, sebagaimana kata Zulfahmy yang amat besar jasanya menjemput kami, akan bertindak sebagai mr manager yang menguruskan mereka. Hihi.

Setidak-tidaknya, aku dapat buktikan kepada adik adikku itu, janjiku untuk tolong carikan mereka show tertunai juga. Apatah lagi, show pertama mereka ini berbayar. Cuma aku harap mereka tak kejar aku selepas show habis kerana proses bayarannya agak mengambil masa. But...dun wori bros..paling lama pun seminggu sahaja. en fahmy sudah uruskan semuanya.
Dan for the next time...selagi ada lagi orang nak tengok shuffle..kita akan teruskan juga mengenjut lantai dengan langkah freestyle da funky.
Malam esok pun mereka akan berlatih lagi sehinggalah petang Sabtu nanti. Tapi aku tak dapat join malam besok kerana ada satu lagi agenda penting bakal berlaku di PWTC. Ahli UMNO bakal mengadakan rapat umum sebagai tanda taat setia kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja- Raja Melayu. Justeru, aku kena ke sana malam esok dengan diva fotograferku, Puan Jay. So, adik-adikku sekalian...kena training sendiri yeeeee..malam lusa baru abang kau join. Orait.
And also...jam 5 petang Ahad 22 Feb itu juga..bakal menyaksikan kolaborasi terkini aku dan Suffian sahabat karibku selama 22 tahun mendeklamasikan puisi ‘ Membaca Keagungan Silam ‘ karya Mohd Shukri Abdullah. Tiada yang muluk-muluk dijanjikan..cuma penyertaan kami ini adalah sebagai pernyataan simpati terhadap bangsa seagama yang sedang merintih di bumi mereka sendiri...OHHHHH.

......
SAKIT AKU..AKU SAKIT.. KALAU SAKIT MANA LUKANYA..KALAU LUKA APA PENAWARNYA..
Harus juga aku akui...(kerana medan blog ini sudah menyuratkan secara alamiahnya agar sentiasa jujur dengan diri sendiri, biarpun ia adalah ruang paparan rahsia namun terbuka)..aku sangat sakit tika ini.
Bukan sakit fizikal. tapi, sakit perasaan dan minda. Aku saban hari sejak seminggu lalu sentiasa berpesan kepada diri kala bangun pagi, agar sentiasa menabahkan hati bila keluar bekerja. Aku saban waktu akan saling memotivasikan diri dan berkongsi rasa motivasi sesama teman ofis, agar senantiasa sabar dengan dugaan yang sedang melingkari kami di syarikat ini. hingga malam ini pun aku masih sukar tidur. Malam semalam lagi dahsyat. Sejam lebih berkisar ditempat tidur. Lalu aku angkat bantal dan baring diruang tamu. Selepas sejam baru dapat lelapkan mata.
Mampukah kelian tidur lena saban malam kalau hati gundah memikirkan posisi kami di syarikat itu. Dan syarikat kami sendiri ibarat telur dihujung tanduk. Aku sedar...kalau mentimun..mentimun juga.digolek terluka,tergolek pun terluka, kalau jatuh lebamlah aku.
Tapi rezeki itu bukan ditangan manusia. Sejemput kera pun rezeki ini bukan di tangan manusia. Rezeki yang jatuh ke perut manusia ini segalanya dari Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. ArRAZZAK.
Aku sedar itu.dan aku kena selalu sedar itu. Manusia hanya menjadi medium kepada manusia lain untuk menerima rezeki yang ditaburkan Allah di muka bumi ini. lantas manusia jangan takbur dengan posisi yang dimiliki. Posisi yang diduduki itu hanyalah pinjaman sementara dari ALLAH taala untuk manusia.
Justeru...untuk kesekian kalinya aku bangun sekali lagi mengetuk pintu-pintu syarikat mana mana yang sudi menerima aku sebagai pekerja mereka. Aku mula aktifkan diri sekali lagi kini sebagai penulis resume dan CV serta cover letter terbaik untuk memohon jawatan kosong di mana-mana sahaja. Semoga ada yang sudi menerima aku.Ambikla i...i PR baguuuuuuuuuuuuuuuusss. Tak rugi u all amik i..hahahaaaaaaa.

07 Februari 2009

rindu terubat

TEPAT jam 2.20 pagi tadi, aku sampai juga ke kampung Padang Rokma. Aduhh..rindunya dengan mereka yang tercinta. dengan Ayahanda yang telah lebih dua bulan tidak kutemu. dengan ibu tiriku yang baik. dengan rumahku yang kian uzur, pohon pohon bourgenvilla yang ditanam dan pernah dibela arwah ibu.dengan segalanya lah. terima kasih kepada Wan Sudin yang sudi menjemput aku di TM Point ketika sampai ke KB Bandaraya Islam. huhu......
dan seperti selalu...walaupun ayah telah aku pesan supaya tidak menunggu aku yang pulang hampir dinihari itu, tetap juga menggagahkan dirinya turun dari beradu untuk menyambut anak sulungnya ini pulang. segalanya teramat indah..kerana aku akan bercuti selama empat hari sehingga Selasa depan.

apa tidaknya ..aku memang sudah hampir dua bulan tidak pulang. dulu aku ada berjanji untuk balik bercuti pada Raya Haji, kemudiannya Krismas, kemudiannya Hari Raya Cina, tapi kerana kekangan tugas dan kewangan, aku tangguh dan tangguhkan niat suci itu.dan malam tadi aku lestarikan niat yang tidak pernah padam itu.

Balik kampung punya signifikan besar kepada aku. kerana aku ini anak Kelantan yang bergelandangan jauh ke kota Diva. lalu, kesempatan pulang bercuti ibarat pulang menyuburkan kembali kasih. pulang memperbaharui restu ayah. pulang memperbetulkan kembali niat dan tujuan aku ke kota dan pulang mengutip memori memori zaman kecil dan remaja yang kian tersirna.

dah...kata orang, kalau tidak berapa sanggup berjuang di kota, pulang sahaja ke desa. apa lagi..kelibat aku seakan terlalu attach dengan desa tercinta. tapi aku teguh hati menjawab. di kota Diva itulah aku mencari ilmu dan rezeqi selama ini. dan aku pernah berjanji aku akan membuktikan aku juga kan berjaya mencapai sukses tergemilang dalam duniaku dan dengan caraku. kerana Tuhan tidak akan pernah mempersiakan doa, pengharapan dari hambaNYA yang sentiasa ready dan redha dengan ketentuannya.

05 Februari 2009

AKU BERHARAP MENDAPAT SYAHID DI GHAZZAH-imam Qaradhawi

www.attakiri.blogspot.com menulis.....
“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin”
Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan Ghazzah telah menang
Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.
Ini adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!
“Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel ” tegas beliau lagi.
Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel . Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa keku atan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel . Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid.
“kemenangan di Ghazzah merupakan kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh dengan pembebasan bumi Palestin.”
“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sek atan dan melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk kepada Israel ”
Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau.
Palestin mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia juga menjadi perebutan antara tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di zaman Kristian berkuasa, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Di zaman yahudi, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Ketika Islam menguasai bumi Palestin, penduduk yang beragama kristian dan yahudi dibenarkan untuk melawat tempat ibadat mereka tanpa diganggu dan dizalimi. Inilah toleransinya Islam sehingga digeruni dan didengki oleh penganut agama lain.
Walaupun yahudi Zionis telah mengumumkan penarikan tentera di Ghazzah, tetapi penulis yakin, serangan itu pasti kembali. Yahudi adalah bangsa pengkhianat kepada perjanjian.Semenjak zaman Nabi Musa lagi, bangsa yahudi selalu melanggar perjanjian.
Perangai buruk itu terus menerusi diwarisi oleh anak cucunya hingga kini. pelbagai perjanjian genj atan senjata sudah dilakukan, tetapi akhirnya perjanjian ini terus dikhianati. Kemudian yahudi akan menuding jari kepada Hamas kerana menjadi penyebab kepada perjanjian ini dilanggar.
Amerika dan PBB terus menyokong yahudi Zionis dan terus menerus mempersalahkan Hamas setiap masa. Terbaru kenyataan Barack Obama yang mempertahankan tindakan Yahudi Zionis terhadap serangan tersebut. Penulis tidak pasti adakah kenyataan ini keluar dari hati nurani beliau atau terpaksa mengikut telunjuk pelobi yahudi di Amerika.
Yahudi berjaya mempengarui kuasa besar. Tetapi tindakan Hamas tidak mampu menarik simpati pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam sudah hilang sensitiviti terhadap nasib saudaranya sendiri.
Walaupun serangan Yahudi telah berakhir, boikot mesti diteruskan. Pastikan ekonomi yahudi lumpuh sehingga mereka terpaksa merayu kepada dunia Islam. Semakin kuat dokongan kepada ekonomi yahudi, semakin kuat serangan terhadap umat Islam.
Kristian pernah menguasai bumi Palestin hampir 100 tahun. Kemudian Sultan Salahuddin telah membebaskannya. Yahudi Zionis telah menguasai bumi Palestin hampir 60 tahun (1948-2009). InsyaAllah umat Islam akan kembali membebaskan bumi Palestin dalam masa terdekat ini melalui keku atan yang diberikan kepada Hamas.
Sama-samalah kita doakan
www.attakiri.blogspot.com

PENA; GEMILANG NAMUN TERBUANG

Terasing bukan diasing, terpinggir bukan meminggir, justeru kelangsungan peranan institusi ini amat dituntut seiring keperluan masa dan kehendak fizikal.

Oleh Azman Hj Mohd Nawi
Foto Jahariya Dominicus

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Setelah itu ramai sasterawan dan wartawan Melayu yang memainkan peranan penting di dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang berpusat di Singapura waktu itu, berpindah ke Kuala Lumpur.
Antara sebab perpindahan ini ialah kerana faktor berpindahnya ibu pejabat Utusan Melayu dan Berita Harian ke Kuala Lumpur, berpindahnya Dewan Bahasa dan Pustaka ke Kuala Lumpur dan dibukanya Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur mula menjadi pusat kegiatan bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Zaman awal merdeka juga menyaksikan kerancakan warga penulis tanah air menyusupkan idealisme pembangunan bangsa, nilai patriotik, keagamaan dan sebagainya menerusi penulisan dan hasil karya mereka.
Memikirkan pentingnya penggabungan masyarakat penulis waktu itu dan demi kelangsungan survival perjuangan memartabatkan dunia kepenulisan serta bahasa Melayu itu sendiri, maka PENA dilahirkan pada awal 1961.
Elok dan indahnya tika itu kerana PENA bukan sekadar persatuan penulis. Bahkan PENA adalah sebuah institusi, tempat berkubunya nasionalis Melayu yang memperjuangkan kepentingan Melayu. PENA menjadi wadah mencorakkan wajah dunia penulisan tanahair.
Dekad demi dekad berlalu, dengan perubahan sosio-politik yang merencam, hala perjuangan masyarakat semakin hari semakin bertukar daripada membina simbol kebangsaan kepada sebuah negara industri. Dan hal ini menjadikan PENA seakan makin terpinggir dan terasing daripada arusnya.
Lalu sehingga tahun 2000an, apakah PENA masih lagi relevan dengan rakyat Malaysia? Adakah PENA masih di tahap yang sama seperti 10 atau 15 tahun yang lalu? Ini adalah saatnya bagi seluruh penggerak PENA khususnya dan masyarakat Malaysia memikirkan bolehkah PENA terus memberi manfaat kepada pembangunan bangsa dan negara.
Namun demikian, hakikatnya masa depan PENA banyak bergantung kepada sejauh mana ia dapat meneruskan sikap progresif yang dirintis oleh tokoh-tokoh awalnya; iaitu sambil memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu, ia juga menjadi wadah patriotik.
Masa depan PENA sesungguhnya lebih kompleks dan mencabar kerana ia wajar menghadapi cabaran dan mehnah globalisasi yang cepat berubah. Pemimpinnya harus mempunyai keberanian intelektual yang bebas dan bertanggungjawab; sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai fikiran seniman tempatan dan dengan dialog yang universal.

Apakah masih relevan perjuangan Pena demi mendaulatkan bahasa Melayu atau kecundang ditelan kehendak ekonomi politik semasa. Apakah jeritan Pena seakan tidak didengari kala kedaulatan Bahasa Melayu kian terpinggir. Siapa yang patut memikul tanggungjawab lantaran keghairahan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam pembelajaran Sains dan Matematik peringkat sekolah. Apakah pula agenda terkini Pena bagi mendekati golongan muda. Fokus Suara Baru ada laporannya.

KEWUJUDAN YANG MENYATUKAN
Menyingkap Lembar Sejarah Mengiakan Sebuah Catatan

Perlembagaan PENA menyatakan, penubuhannya adalah untuk “Menyatukan penulis-penulis tanah air dari semua peringkat dan segala aliran pendapat; dan berusaha seluas-luasnya dalam lapangan bahasa, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan, bersesuaian dengan kepentingan-kepentingan nasional dengan tidak terikat kepada dasar politik kepartian dan terkeluar daripada bidang undang-undang negara” (Tujuan, Perlembagaan PENA).

Persatuan Penulis Nasional (Pena) bermula dari Asas 50 sebelum Malaysia merdeka oleh sekumpulan penulis yang memperjuangkan seni untuk masyarakat. Setiausaha Agung Pena, SM Zakir berkata, generasi pertama Pena tidak sekadar mencipta seni untuk dinikmati dan menghiburkan masyarakat, bahkan kesejatian seni adalah untuk membina kesedaran masyarakat bagi menentang penjajah Inggeris.
“Pusat Asas 50 terletak di Singapura dan pulau itu menjadi pusat sastera dan budaya Melayu. Di situlah berlakunya perkembangan kebudayaan, percetakan, keilmuan dan universiti. Gerakan Melayu pun lahir di Singapura. Penubuhan Asas 50 pada dasarnya untuk menyedarkan masyarakat bagi berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan tanahair. Apabila kemerdekaan diperolehi, Tanah Melayu terpisah daripada Singapura dan pusat pentadbiran negara mula beroperasi dari Kuala Lumpur,”
Selepas merdeka iaitu pada hujung tahun 50an, tiga institusi penting orang Melayu pada waktu itu iaitu Universiti Malaya dan Utusan Melayu telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Demikian juga Dewan Bahasa dan Pustaka yang sebelum itu beroperasi di Johor turut dipindahkan ke ibu kota. Hal ini menyebabkan para penulis yang berada Singapura kemudiannya turut berbuat demikian.
“Apabila berpindah ke Kuala Lumpur, penulis-penulis ini terfikir ketika memperjuangkan Asas 50; mereka berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajah. Tetapi kini sudah merdeka, jadi penulis-penulis ini seperti A.Samad Ismail , Usman Awang, Keris Mas, Kassim Ahmad, Syed Husin Ali dan lain lain pada masa itu terfikir untuk menubuhkan sebuah persatuan penulis, dan semestinya persatuan penulis yang yang baru itu bukan lagi seperti Asas 50,”
“Senario ketika itu jauh berbeza kerana negara sudah merdeka. Persatuan penulis itu ditubuhkan untuk menggagaskan bagaimana sebuah negara baru. Pengisiannya ialah untuk memperkukuhkan bahasa Melayu dan dasar-dasar kebangsaan. Antara dasar paling penting yang diperjuangkan ialah bahasa Melayu sebagai asas sebuah negara bangsa yang baru,”
Pada 12 Februari 1961, Persatuan Penulis Nasional (PENA), telah dirasmikan penubuhannya oleh Y.B. Encik Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran waktu itu, dalam satu persidangan yang dihadiri oleh kira-kira 65 orang penulis bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kelahiran persatuan ini adalah sesuai pada masanya dan sejajar dengan perkembangan dan perubahan-perubahan baru yang terdapat dalam negara. Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat kerana baru beberapa tahun sahaja mencapai kemerdekaan. Pusat kegiatan politik, ilmu pengetahuan dan kebudayaan telah berpind\ah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Universiti Malaya bukan lagi di Bukit Timah tetapi mempunyai tapak baru di Lembah Pantai; demikian juga dengannya Jabatan Pengajian Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, (PBMUM).

Markas surat-surat khabar dan majalah turut terlibat dalam perpindahan ke utara. Semua ini mempunyai pengaruh dan galakan yang sihat kepada pertumbuhan dan kegiatan-kegiatan kebudayaan dan kesusasteraan kebangsaan. Ia juga memberi nafas dan semangat serta kepercayaan baru kepada penulis mengenai tanggungjawab mereka dalam usaha-usaha mengisi kemerdekaan melalui kesusasteraan serta kesedaran untuk membela maruah dan hak-hak kaum sasterawan.
Tokoh-tokoh penulis yang menjadi pengasas PENA ialah Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Ali Haji Ahmad (Allahyarham), A. Samad Ismail, Said Zahari, Syed Husin Ali, Usman Awang (Tongkat Warrant) dan Yusuf Hitam. Mereka ini juga menjadi penggerak utama persatuan selain daripada tokoh-tokoh seperti Noor Azam, Hassan Ibrahim, Bakar Hamid, Adam Kadir, Salleh Daud, Omar Mohd. Hashim, Hassan Ahmad, Baha Zain, Kassim Ahmad dan Abdullah Hussein.
Kegiatan-kegiatan persatuan ini meliputi bidang penerbitan majalah seperti Suara Pena dan Penulis, juga ceramah, forum, diskusi buku, mengadakan kursus penulisan kreatif kepada bakat-bakat baru, seminar, pameran buku dan membuat lawatan-lawatan sambil belajar ke luar negeri.
Isu-isu terpenting yang telah diperjuangkan oleh PENA ialah mengenai penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia; taraf, kedaulatan dan perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan; soal hak-cipta, serta penyusunan semula kursus-kursus di jabatan Pengajian Melayu.

TUGAS PENA
Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Perjuangan hak cipta demi melindungi kepentingan pengarang
Perjuangan menjadikan Pena sebagai badan mampu menjana pendapatan

ASAS 5O

Nama ASAS 50 ialah singkatan daripada Angkatan Sasterawan 50. Ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950. Anggota-anggota ASAS 50 yang aktif terdiri daripada penulis, wartawan dan guru-guru Melayu.
ASAS 50 ialah pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 di Seremban pada 1 dan 2 Januari 1954, ASAS 50 menyokong usul kesatuan guru-guru Melayu Singapura supaya tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi.
Pada tahun 1954, ASAS 50 menghantar memorandum mengenai tulisan rumi sebagai tulisan rasmi kepada kerajaan. Pada 11 Jun 1956, ASAS 50 menghantar memorandum kepada kerajaan, supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa umum dan bahasa pengantar bagi semua peringkat, dari sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Apabila Laporan Razak 1966 dikeluarkan ASAS 50 sekali lagi menghantar memorandum mendesak supaya bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Kebangsaan.
Pada tahun 1956 juga, di dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-3 di Singapura dan di Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956, ASAS 50 mengemukakan memorandum yang sangat penting, iaitu antaranya:

1. Ditubuhkan Balai Pustaka (Kini Dewan Bahasa dan Pustaka)
2. Disatukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

3. SETENGAH ABAD MENGISI AGENDA

12 Februari 1961 : Bermula sejarah sebuah persatuan penulis nasional yang sangat penting iaitu
penubuhan Pena di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Januari 1964 : Majalah Penulis diterbitkan oleh Pena bagi memperluaskan komunikasi dan pengucapan sastera di kalangan pengarang Melayu dan bukan Melayu malangnya penerbitan penting ini tidak berterusan.

Sekitar 1967 : Pena secara tidak langsung melalui para aktivisnya melahirkan puisi-puisi protes yang keras melalui antologi Keranda 152 dan Telok Gong. Ketika ini antara penulis dan pemimpin kerajaan banyak perbezaan pandangan terutama dalam isu bahasa sehingga wujud ketegangan perhubungan antara kedua belah pihak.

Ogos 1967 :Pena mengambil inisiatif menggubal “Manifesto Penulis” sebagai menyuarakan kebebasan berucap untuk kaum penulis. Manifesto ini memperlihatkan peranan Pena sebagai jurubicara bagi penulis yang merasakan hak kebebasannya dipersoalkan oleh tokoh politik kerajaan.

13 Mei 1969 : Krisis 13 Mei membuka mata banyak pihak tentang perlunya perpaduan dan asas kebangsaan yang jelas demi kestabilan negara yang berbilang bangsa. Sejak peristiwa malang ini, antara intelektual dan pemimpin negara wujud kebijaksanaan untuk saling membantu.

Perkongsian pemikiran dan idea antara kedua belah pihak seperti penggalakan dan pengiktirafan sastera, dasar kebudayaan kebangsaan dan penubuhan UKM.

20 September 1969 : Sesuai dengan semangat Pena yang tidak kedaerahan, berpuak-puak dan perkauman, persatuan ini mengambil inisiatif membincangkan gagasan kerjasama antara badan-badan penulis negeri.

23 Oktober 1970 : Persidangan yang dihadiri oleh 13 persatuan penulis dari pelbagai tempat telah bersetuju menubuhkan Gapena (Gabungan Persatuan-persatuan Penulis Nasional).

Dekad 70an : Menjadi dekad yang sangat penting dalam perkembangan politik Malaysia. Pada dekad ini beberapa dasar diwujud dan dilakasanakan seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, penyeragaman ejaan Malaysia-Indonesia, penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar mulai di sekolah rendah dan pengiktirafan terhadap kesusasteraan Melayu.

Dekad 80an : Menjadi dekad pembangunan setelah beberapa dasar ekonomi dan budaya diwujudkan bagi membanteras kemiskinan, menyusun semula masyarakat dan meletakkan asas-asas bagi membina perpaduan serta jati diri bangsa.

1997 : Sebagai sebuah persatuan yang tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan banyak bergantung kepada derma luar, Pena selalu menumpang di sana-sini bagi urusan pentadbirannya. Hanya mulai 1997, Pena diberikan sebuah rumah kerajaan yang cukup besar dan menarik kawasannya di Jalan Dewan Bahasa



Dekad 90an : Sepuluh tahun terakhir abad ke 20 adalah era khas bagi Pena. Beberapa wacana besar telah memperlihatkan sikap terbuka Pena untuk berdialog dalam dunia universal meskipun dasar perjuangan kebangsaannya berlandaskan bahasa dan kebudayaan Melayu.

Saban bulan juga diadakan dialog dan perbincangan di kalangan penulis muda. Pimpinan Pena zaman 90 an banyak memberikan perhatian untuk meningkatkan kerja menghasilkan karya.

Dari tahun 1992 hingga 2004 sahaja sekurang-kurangnya enam memoranda penting dikeluarkan oleh Pena dan beberapa caangan Pena telah diperhatikan oleh kerajaan dan dilaksanakan seperti dalam bidang cukai, kemudahan kredit penerbitan, galakan membaca dan juga kegiatan kesenian di kalangan seniman tempatan.


Gambar hiasan: rumah pena, seminar penulisan, peristiwa 13 Mei, pembangunan negara.

5. PENA PERLU LEBIH ‘GARANG’
Kepimpinan Pena kini berdepan tugas berat iaitu mengembalikan maruah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara yang tercalar sejak 2003 ekoran PPSMI.
---

PERSATUAN Penulis Nasional (PENA) pernah menjadi tempat berkumpul para penulis dan seniman tanah air pada suatu ketika. Pena gagah melontar idea dan mengangkat isu kemasyarakatan hingga mampu melorongkan usul-usul penting seperti kemiskinan dan pembinaan tamadun bangsa.
Biarpun hanya badan bukan kerajaan (NGO) Pena dikenang kerana bertanggungjawab membawa perubahan struktur pembangunan bangsa menerusi penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga pembinaan pelbagai dasar negara.
Tetapi itu dulu. Kini Pena seakan makin lenyap peranannya.
Kini, kalau ada pun Pena cuma diingati dan dilabel dengan imej ‘sekadar berkeupayaan mengadakan acara baca puisi dan bengkel penulisan’ semata-mata. Bahkan ia dilihat tidak relevan oleh banyak pihak kerana perubahan zaman memerlukannya tampil sebagai badan yang lebih berwibawa. Pena dikatakan tidak lagi menjadi aspirasi penulis bahkan ia tidak bebas dan lebih mengidentifikasikan dirinya dengan pemerintah.
Hakikat ini diakui oleh bekas Setiausaha Satu Pena (setaraf setiausaha agung kini) Dr Syed Husin Ali, menurutnya, Pena membuatkan dirinya semakin tenggelam. Berbanding dahulu, persatuan itu kini semacam hilang peranan sebenarnya.
“Inilah yang berlaku apabila Pena cuba ‘nak mengikut line pemerintah. Apabila terlalu mengikut, ia takkan dapat melebihi tuannya. Seandainya sesuatu persatuan itu terlalu mengikut akhirnya orang yang berfikiran bebas sedikit- tidak semestinya pembangkang sekalipun, tak suka lagi berada di situ. Akhirnya, Pena bukan lagi penjelmaan kepada cita cita penulis. Lalu wujud tak wujud Pena tidak akan mempengaruhi nasib si penulis atau penulisannya,” jelas Syed Husin yang menduduki Setiausaha Pena pada 1961 hingga 1964.
“Pena masa kini lebih mendekatkan dirinya dengan pemerintah. Bagi penulis yang mahu lebih bebas tidak mahu ikut serta dan tak mahu menyumbang kerana kaum penulis adalah makhluk Tuhan yang bebas dan tidak mahu dikongkong. Sebaliknya, Pena boleh survive tanpa cara itu. Syaratnya penulis mesti kuat dan boleh menyumbang kepada negara tetapi hal ini tidak berlaku,” kata Dr Syed Husin yang merupakan antara pengasas Pena.
Penulis tegasnya, mestilah memainkan peranan utama mereka iaitu menulis. Dan penulisan yang dihasilkan perlulah lebih tinggi mutunya.
“Wajar diingat, penulis juga sebahagian dari masyarakat umum. Ia mesti bertanggungjawab dengan idea dan hasilnya. Serta mesti tahu kedudukan mereka dalam masyarakat. Justeru, jadi penulis yang betul penulis,” katanya lagi yang pernah menjawat jawatan profesor Sosiologi Universiti Malaya dan profesor pelawat Universiti Cambridge di England.
Sebagai salah seorang penggerak awal Pena, semestinya Syed Husin tahu apa yang diperkatakannya. Apatah lagi, lelaki yang bakal menjengah usia 73 tahun ini pernah berjuang di samping barisan ahli awal Pena yang komited seperti Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang sebagai Ketuanya.

BEZA PENA DAHULU DAN SEKARANG

Dahulu dan kini amat besar bezanya. Sekadar perbandingan asas kata Syed Husin, dahulu Pena dipimpin oleh wartawan dan penulis yang kebanyakannya mempunyai kesinambungan daripada tradisi penulisan yang komited dibawa oleh Asas 50.
“Anggota Pena zaman itu bukan sahaja mengutamakan soal penulisan dan karya. Mereka juga perjuangkan bahasa, hak Melayu dan yang penting hak cipta. Bahkan Pena pernah mengambil tindakan terhadap Oxford University Press kerana mengeluarkan kumpulan cerpen tahun 60an tanpa bayaran kepada penulis,”
“Tetapi tragedinya bila duit yang dimenangi dihabiskan bukan untuk kebajikan. Bukan untuk memperjuangkan agenda Pena, kebanyakannya diselesaikan melalui majlis-majlis anjuran Pena.
Jelasnya, peruntukan sebanyak RM30 ribu itu diberi kepada Pena untuk membentuk satu dana mempertahankan hak penulis dan kebajikan mereka. Dan 30 ribu waktu sangat tinggi nilainya. Insiden menyedihkan ini berlaku setelah enam bulan beliau dan Usman Awang berundur.
Syed Husin berkata, kini Pena seakan ketinggalan daripada menghayati dunia kesasterawanan secara yang wajar meskipun usianya hampir sebaya dengan umur negara.
“Sepatutnya dengan umur yang begitu matang, Pena sudah boleh melakukan sesuatu yang gah. Terutamanya untuk kalangan generasi baru dan mungkin ada sesuatu yang tertinggal di situ,” keluh beliau.
Memperincikan perkara itu, Syed Husin menjelaskan realitinya tiada kekurangan pun dari segi anggota dan pemimpinnya. Tetapi yang ketara ialah pada hari ini komitmen penulis tidak seperti dulu.
“Penulis hari ini gagal memberikan komitmen mereka. Demikian juga pimpinan dalam Pena dan Gapena tidak memberikan teladan yang baik untuk menulis. Perkara kedua ialah komitmen terhadap isu-isu yang utama seperti isu bahasa yang menjadi wahana penulisan.
“Kalau dahulu misalnya isu bahasa menjadi isu penting yang diangkat oleh Pena sebagai prioriti. Tetapi kini, bila soal bahasa timbul seperti soal pengajian Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), saya tidak mendengar suara yang signifikan sama ada daripada Pena mahupun Gapena berhubung perkara tersebut.”

KEMBALIKAN MARUAH PENA

Dalam kesibukannya sebagai Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), nyata Syed Husin masih punya waktu untuk duduk sebentar merenung survival dunia sastera negara. Baginya, kepimpinan Pena kini berdepan tugas berat iaitu mengembalikan maruah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara yang tercalar sejak 2003 ekoran PPSMI.
Semestinya, sebahagian besar orang Melayu menyandarkan harapan kepada Pena untuk memperjuangkan perkara ini memandangkan perkembangan mutakhir ini menyaksikan bahasa Melayu semakin diperkotak-katikkan bukan saja oleh orang awam bahkan kalangan ahli politik sendiri.
Hendaknya Pena sebagai persatuan penulis peringkat nasional sedia menggalas tanggungjawab untuk mengembalikan maruah bahasa Melayu di negara ini, meskipun tidak dinafikan ia memerlukan sokongan padu daripada pelbagai pihak untuk mengembalikan dasar yang dilaksanakan tanpa mendapatkan persetujuan Parlimen terlebih dulu.
Bagi Syed Husin, Pena tidak boleh mengelak daripada memikul tugas ini dengan alasan Kementerian Pelajaran tidak memasukkan persatuan penulis pada Persidangan Meja Bulat Pengajaran Sains dan Matematik yang sudah berlangsung sejak beberapa bulan lalu.
Semangat yang kuat daripada Pena dan sokongan pelbagai pihak penting bagi merealisasikan hasrat ini memandangkan ada saja alasan digunakan oleh kelompok yang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan kepimpinan politik Melayu pada masa ini sehingga sanggup menjadikan perkara tidak masuk di akal untuk menghalalkan tindakan mereka.
Sehubungan itu, komitmen kepada isu-isu yang membela nasib penulis juga perlu diambil kira. Bagi Syed Husin, tidak kiralah sama ada penulis itu establish atau pun tidak. Contohnya seperti masalah yang pernah dihadapi oleh A.Samad Said satu ketika dahulu. Beliau mengakui tidak mendengar satu suara pun daripada pertubuhan penulisan yang menjelaskan kedudukan dan pendirian mereka.
“Pada hari ini pula penulis muda menghadapi banyak masalah untuk menerbitkan karya mereka sebab ada penerbit yang hanya lebih berminat menerbitkan buku-buku dalam jalur tertentu tetapi tidak banyak yang berminat menerbitkan hasil sastera yang bererti,” katanya.
Hambatan masalah yang seumpama ini ujarnya, memerlukan perhatian sewajarnya daripada Pena. “Persatuan ini wajar mengambil peranannya. Pada suatu ketika kami pernah berbincang untuk mengadakan badan penerbitan dan itu adalah salah satu daripada tujuan sampai mengumpul RM30 ribu untuk membela nasib penulis. Tetapi nampaknya kini soal pembelaan atau kebajikan penulis tidak timbul sama sekali,” kata beliau.
Syed Husin juga mengakui terlalu banyak aktiviti yang dilakukan di dalam Pena yang beliau anggap sebagai aktiviti-aktiviti escapism; pergi ke luar negara untuk membincangkan orang Melayu atau konsep Melayu dan sebagainya, padahal masalah-masalah yang berlaku seputar orang orang Melayu berlaku di sini.
“Perkara ini berlaku kerana seolah rancangan kita adalah rancangan escapism. Salah satu puncanya ialah mereka tidak lagi merasa komited terhadap masyarakat. Dalam masa yang sama, kebanyakan penulis hari ini adalah dari golongan yang dikatakan kelas pertengahan dan hidupnya jauh lebih mewah dari masyarakat biasa. Justeru berkemungkinan dengan tiadanya komitmen, perkara yang penting di kalangan rakyat; dianggap sebagai perkara remeh temeh,” sela beliau.
Jika persatuan penulis seperti Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) mewangi namanya dalam peta sejarah sastera tanah air kerana perjuangan sehingga disebut-sebut sampai hari ini, hendaknya Pena kembali menyemarakkan maruah pengarang dan bahasa Melayu yang semakin lesu ditelan zaman.
Melihat kepada pelbagai isu yang menggempur, hendaknya Presiden baru Pena, Datuk Baharudin Zainal dapat mengembalikan perjalanan Pena agar tampil sebagai badan lebih berwibawa. Ini penting dalam melindungi hak eksklusif pengarang kreatif negara ini termasuk dalam hal hak cipta, agar dilihat terus relevan meskipun digempur dengan pelbagai hambatan.
Cukuplah persatuan penulis dilabelkan dengan imej sekadar berkeupayaan mengadakan acara baca puisi dan bengkel penulisan sehingga dilihat tidak relevan oleh banyak pihak kerana perubahan zaman memerlukannya tampil sebagai badan berintegriti dalam menggembleng maruah sastera negara.

Anggota Pena zaman itu bukan sahaja mengutamakan soal penulisan dan karya. Mereka juga perjuangkan bahasa, hak Melayu dan yang penting hak cipta. Bahkan Pena pernah mengambil tindakan terhadap Oxford University Press kerana mengeluarkan kumpulan cerpen tahun 60an tanpa bayaran kepada penulis,”

Gagasan Kebudayaan Mahathir lemah

Pena tegas mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, dan menurut Presiden Pena selama 22 tahun memerintah negara, Dr Mahathir telah gagal membina rasa hormat dan kemuliaan terhadap bahasa Melayu kerana falsafah pembangunan bekas Perdana Menteri itu disifatkan berat sebelah.

-----------------

PRESIDEN Pena, Datuk Baharudin Zainal atau popular sebagai Baha Zain berkongsi jiwa dan semangatnya dalam wawancara eksklusif bersama SUARA BARU tentang kepimpinan dan hala tuju Pena setelah menduduki kerusi Presiden Pena sejak November lalu.

Beliau menjelaskan mengapa Pena beria-ia benar menentang pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajian Sains dan Matematik (PPSMI).

Meskipun usia beliau bakal mencecah 70 tahun menjelang 2009, namun semangat perjuangannya seperti orang muda, beliau secara berterus-terang mengambil sikap menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

Datuk Baha menyalahkan sikap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang di sifatkan beliau sebagai “autoritarian yang menimbulkan rasa takut kepada khalayak,”.

Katanya, beliau tidak terpukau dengan pembangunan yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir, kerana “Gagasan kebudayaannya sangat lemah,”. Beliau bahkan menganggap 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir sebagai “lebih kepada melahirkan elit-elit kapitalis, elit-elit politik, sofistikated, tetapi pembangunan akal budinya terkebelakang.”

Dan tidak ketinggalan Baha Zain melepaskan sindiran terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkan beliau tidak mempunyai keazaman politik untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir.

Sebagai nasionalis Melayu, Datuk Baha tidak segan melahirkan rasa kecewa dengan sikap dan dolak-dalik pemimpin politik terhadap agenda memperjuangkan Bahasa Melayu dan agama Islam.

“Bagi saya tidak kira siapa pun yang jadi pemimpin, tidak kira siapa pun jadi Perdana Menteri, perjuangan nasional seperti bahasa dan agama tiada akhirnya.” Katanya.

Ikuti sedutan temu bual bersama Baha Zain bersama SUARA BARU.


SUARA BARU:Pada tahun-tahun awal perjuangan Pena, persatuan ini pernah gah di mercu. Apakah kekuatannya hingga berjaya mengangkat isu sezaman dan suaranya didengari oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang?

BAHA ZAIN: Dahulu budaya kesasterawanan berpusat di Singapura. Tetapi para penulis yang aktif di Singapura adalah orang Malaysia juga, dan mereka kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur lalu KL menjadi pusat pertembungan para budayawan dan sasterawan. Itu merupakan satu kelompok yang paling aktif dan bersifat nasional pada awal merdeka. Jadi dengan sendirinya, pada awal 1957 hingga 1967, Pena sangat aktif bersama Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM).

Pusat kegiatannya berlaku di UM, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Utusan Melayu. Tiga institusi itu merupakan tempat artikulasi perjuangan nasional terutama dari segi kebangsaan budaya dan linguistik.

Kemudian timbul semacam pertembungan intelektual antara establishment dengan kelompok-kelompok cendekiawan Melayu ini di dalam isu kemiskinan dan bahasa. Paling ketara di dalam Himpunan Sajak Keranda 152 kerana setelah kita merdeka, aspirasi kemerdekaan ini tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang merdeka ini dengan cepat, selain daripada wujud terlalu banyak tolak ansur dengan kelompok-kelompok lain.

Sampailah berlakunya kegelisahan sosial yang mencetuskan Tragedi Mei 1969. Jadi sebenarnya antara tahun awal 1960an hingga 1969, sudah berlaku perbezaan-perbezaan dan konflik pendapat antara intelektual Melayu dengan kerajaan.

Sajak protes seperti Telok Gong karya Usman Awang bercerita tentang soal kemiskinan dan bukan isu bahasa, bahkan kalau diperhatikan ianya ditulis oleh penulis yang mewakili suara rakyat terbanyak.

Di dalam isu bahasa, intelektual Melayu tidak puas hati dengan Akta Bahasa Kebangsaan. Masalah 1969 itu bukan masalah yang mudah kerana penulis menentang. Selepas 13 Mei 1969, demokrasi kita ditangguhkan. Dewan Rakyat digantung. Pena adalah satu satunya badan intelektual yang menghimpunkan pelbagai ilmuan dan budayawan. Ia bukan sahaja bercakap tentang bahasa, sastera dan budaya, tetapi juga soal ekonomi dan isu sosial sezaman.

Bagaimana ketika itu Pena berjaya memaparkan dirinya sebagai badan yang kuat dan berintegriti sehingga digeruni oleh golongan pembuat dasar?

Selepas Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibubarkan, dan Dewan Rakyat disambung semula, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri yang kemudiannya melakukan banyak pembaharuan termasuk memperkenalkan dasar baru yang sangat bermakna dan besar seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar.

Ini bererti Tun Razak menyambut baik reaksi rakyat dan sensitif terhadap suara-suara perjuangan pada tahun 1960an itu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan kemudiannya diperkenalkan oleh Tun Razak kemudiannya penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi kemuncak kepada perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan kemudiannya dilancarkan pada tahun 1970an dengan dirumuskan polisinya oleh para seniman dan pegawai kerajaan. Juga penyatuan ejaan dan Dasar Ekonomi Baru turut berlaku pada zaman Tun Razak juga.

Jadi kegelisahan rakyat disuarakan oleh Pena dan pembuat dasar pada zaman itu mengambil kira pandangan dan kegelisahan tersebut. Pena secara tidak langsung menjadi corong menyuarakan hasrat rakyat terutamanya orang Melayu dan golongan nasionalis.

Adakah Pena terus mempertahankan prinsip perjuangannya sehingga ke hari ini?

Pena hanya merupakan sebuah NGO, yang dalam serba serbi kekurangan , tidak mempunyai wang yang cukup, tidak mempunyai kuasa politik. Ia hanya mempunyai pengaruh yang terbatas, yang tidak boleh melihatkan hasil perjuangan dalam waktu yang terdekat, sebab tidak mempunyai kewangan dan politik, yang mana ianya sangat penting untuk merealisasikan idea. Pena selamanya bersikap patriotik tetapi realistik.

Dalam erti kata lain, Pena terus tidak berganjak daripada tujuan asal penubuhannya, untuk memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan sebagai bahasa persatuan penduduk, secara automatiknya bila dikatakan bahasa rasmi maka terangkum di dalamnya bahasa ilmu. Pena tidak pernah berganjak dan tidak pernah apologetik bila menyuarakan isu ini, ini bukan isu perkauman, bukan isu Melayu, tetapi ia adalah isu nasional.

Bagi saya, falsafah pembangunan Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun pemerintahannya boleh dikatakan terlalu berat sebelah, materialistik, saintifik dan teknologi, bukan yang berbudaya, akhlak dan kemanusiaan. Sepatutnya dalam pembangunan nasional ia mesti berimbang. Pembangunan yang mengambil kira pembentukan sosial, etika dan moral masyarakat. Ia tidak boleh sekadar pembangunan teknologi, kebendaan, ekonomi dan berasaskan ekonomi semata-mata. Di samping mengekori industri dunia, kita seolah-olah melupakan untuk memperkayakan golongan intelektual.

Datuk agak kritis terhadap 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, mengapa?

Kritikan saya ialah terhadap dasar pembangunan materialnya. Selama 22 tahun, zaman Dr Mahathir lebih kepada melahirkan elit-elit kapitalis, elit-elit politik, sofistikated, tetapi pembangunan akal budinya terkebelakang. Jadi bayangkan, selepas Dr Mahathir turun orang terus serang bahasa kebangsaan. Ini bererti selama itu hormat dan kemuliaan bahasa itu tidak dibina. Dia memerintah secara autoritarian yang menimbulkan rasa takut kepada khalayak, dan ini bererti pemerintahannya adalah pemerintahan yang tidak sihat.

Adakah Tun Razak tidak meninggalkan asas yang kuat sehinggakan pemimpin selepasnya tidak meneruskan dasar sedia ada?

Bukan salah menuju negara industri, tapi janganlah meminggirkan apa yang dah ada. Antara sebab ketiadaan penerusan dasar ialah, Tun Razak tidak memimpin lama. Tetapi dia telah meletakkan asas yang sangat hebat. Dan ini bererti dia memerlukan banyak modal insan yang hebat juga. Tapi belum dapat dilaksanakan.

Dan Tun Razak hanya sempat meletakkan dasar sahaja. Bayangkan tentang bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Dalam waktu itu, kita belum lagi ada 10 kamus yang besar-besar. Kita belum lagi ada ensiklopedia seperti Brittanica dalam bahasa Inggeris. Ini bukan boleh dibina dalam masa empat lima tahun. Banyak perkara dan proses yang diperlukan untuk mengisi asas-asas ini. Tenaga profesional kita masih belum cukup pada waktu itu. Inilah isu yang sepatutnya Dr Mahathir fikirkan. Kelalaian beliau adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

Jangan terpukau dengan pembangunan yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir. Gagasan kebudayaannya sangat lemah. Dia hanya mementingkan monumen. Memanglah ada teori mengatakan, kita boleh mengubah pandangan dan nilai orang dengan meletakkan benda-benda yang orang boleh nampak. Tapi itu sementara sahaja.

Bagaimana Datuk melihat nasib Bahasa Melayu di dalam pendidikan sekolah setelah kerajaan melancarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI)?
Apabila kerajaan lancarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, saya tentang habis-habisan, itu pendirian saya. Saya jumpa Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dua kali saya jumpa Pak Lah, saya cakap jelas-jelas, bukan emosional, tetapi ikut rasional. Kita konsisten, ini tidak bermakna kita tidak suka bahasa Inggeris, anak-anak saya pun belajar bahasa Inggeris, tetapi kena utamakan bahasa ibunda.
Perjuangan saya cukup jelas, walaupun saya bukan orang politik. Untuk perjuangan bangsa, tak semestinya jadi orang politik. Masing-masing ada peranan dalam perjuangan seluruh kehidupan kita, mesti maju dalam semua bidang. Kita perlukan peniaga, tukang kebun yang baik, barangkali pemandu teksi yang jujur juga penting untuk negara kita, bukan hanya menteri, ahli sukan pun sama, macam Datuk Nicol David (skuasy) dan Datuk Lee Chong Wei (badminton).

Apa pula sikap Pena di dalam hal ini?

Pena kekal dengan pendirian menentang PPSMI meskipun pendirian Gabungan Penulis Nasional (Gapena) berhubung perkara terbabit kabur ekoran sikap pemimpin mereka mendiamkan diri. Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dengan serius kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang pernah dimantapkan oleh Tun Razak. Saya yakin masyarakat Melayu tidak mahu melihat bahasa Melayu tergadai hanya kerana kepentingan peribadi sesetengah pihak. Kita perlu sedar bahawa PPSMI bukan saja menyebabkan maruah Melayu tergadai, malahan ia boleh menjejaskan golongan intelektual Melayu.

Adakah kepimpinan kita tidak menyedari pentingnya isu ini?

Inilah kelemahan Pak Lah. Dia tidak mempunyai political will tiada komitmen politik untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir. Sebab bahasa bukan sekadar ungkapan, tetapi ia adalah asas kepada pembinaan jati diri dan pembentukan tamadun sesuatu bangsa. Kedalaman pemikiran yang sebegini yang sangat lemah di kalangan pemimpin kita. Kita tidak seperti Jepun, Korea, China, Perancis, Amerika mahu pun England yang mendaulatkan bahasa mereka kerana mereka sedar asas pembinaan sesuatu tamadun adalah bahasa mereka.

Walaupun sesama China sendiri tidak mengerti bahasa mereka, tetapi identiti mereka adalah karakter dan kaligrafi. Itu menjadi satu lambang identiti bangsa. Kita sebaliknya menganggap enteng isu bahasa ini. Sedangkan bahasa Melayu adalah satu rumpun bahasa yang digunakan oleh hampir 300 juta orang di seluruh dunia.

Sebagai rakyat yang progresif dalam industri dan turut mendaulatkan budaya intelektualisme, apa yang boleh diharapkan daripada Datuk Seri Najib sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang akan datang?

Bagi saya tidak kira siapa pun yang jadi pemimpin, tidak kira siapa pun jadi Perdana Menteri, perjuangan nasional seperti bahasa dan agama tiada akhirnya. Sebagai orang Melayu dan Islam dan orang yang patriotik mestilah terus bersuara. Barangkali saya tiada kekuasaan untuk melaksanakan , tetapi kita harus bertolak daripada hati nurani, kita harus terus bersuara apa yang boleh untuk rakyat Malaysia.

QOUTE

1. Falsafah pembangunan Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun pemerintahannya boleh dikatakan terlalu berat sebelah, materialistik, saintifik dan teknologi, bukan yang berbudaya, akhlak dan kemanusiaan.
2. Apabila kerajaan lancarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, saya tentang habis-habisan, itu pendirian saya.


BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga di tutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen".

MENJARING ORANG MUDA
Pena dekad ini aktif menarik minat penulis dan seniman muda berbagai-bagai program dan projek yang diusahakannya.

“10 tahun terakhir abad ke 20 adalah era khas bagi Pena. Beberapa aktiviti seperti ‘Persidangan Penulis Se-Asia 1991’ telah dianjurkan memperlihatkan keterbukaan persatuan ini untuk berdialog dengan dunia universal meski dasar perjuangan kebangsaannya berteraskan bahasa dan budaya Melayu,” kata Setiausaha Agung Pena, SM Zakir dalam satu pertemuan khas dengan SUARA BARU.
Beliau menafikan bahawa Pena semakin lembik, tetapi katanya, Pena bergerak mengikut arus zaman. Dan Pena, jelas Zakir selalu mengambil langkah konsisten bagi memperjuangkan hak penulis dan seniman. “Sejak zaman berzaman, segala idea yang kita bahaskan, dicatat, dibuat memorandum untuk dikaji pihak berwajib agar dijadikan dasar dan dilaksanakan,”
“Selain daripada pelbagai memorandum tentang hadiah sastera, Pena juga mengeluarkan memorandum tentang perlaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan, tentang Pengajian Melayu di Universiti Malaya, tentang percukaian dan royalti. Dari tahun 1992 hingga 2004, sekurang-kurangnya enam memorandum penting dikeluarkan oleh Pena,” tegasnya.
Tambah beliau, beberapa cadangan Pena telah turut diperhatikan kerajaan dan dilaksanakan seperti dalam bidang cukai, kemudahan kredit penerbitan, galakan membaca dan aktiviti kesenian di kalangan seniman tempatan. Bahkan sejak Pena menduduki Rumahnya sendiri bermula 1997 di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, banyak sekali kegiatan penulisan, ceramah, latihan teater serta seni tampak berlangsung.
“Rumah ini kini menjadi tempat bakat baru dan lama berdialog, berkarya dan bereksperimen. Yang paling utama ialah berlakunya interaksi antara pencipta-pencipta lain lapangan seperti penyajak dengan pengarca atau pelukis,”
“Suatu program ‘Malam Baca Puisi Pena’ kini di langsung setiap malam Jumaat pertama saban bulan sedari 1998. Acara ini diadakan di ruang terbuka secara santai bagi mengundang lebih banyak penyertaan generasi muda,” katanya.

Lain Era, Lain Cerita

Menurutnya, pucuk pimpinan Pena era 90an memberi lebih banyak perhatian untuk meningkatkan kerja-kerja penghasilan karya, kerana akhirnya yang akan menjadi warisan bangsa adalah karya-karya berkualiti itu sendiri.
“Pena menaruh harapan tinggi kepada potensi yang ada pada generasi muda yang begitu cergas hari ini. Sehingga dalam jawatankuasa kerja Pena pun diperhatikan supaya adanya penglibatan penggiat sastera daripada golongan muda untuk bersama menentukan hala tuju Pena,” jelasnya.
Pandangan Zakir dipersetujui oleh seorang novelis muda, Zaifulnizam Wagiran, 28, yang juga aktif menghasilkan karya novel. Bagi Zaiful, menjadi harapannya agar kepimpinan baru Pena membuka ruang lebih besar kepada penulis muda untuk memberi impak terhadap kesinambungan perjuangan sastera tanah air kerana masih ramai kalangan mereka yang tercari-cari arah dalam memantapkan penulisan.
“Kepimpinan baru Pena perlu mengemudi kelompok ini ke haluan yang betul, sekali gus menunaikan tanggungjawab moral untuk menambah dan melahirkan lebih ramai bakal sasterawan yang bukan hanya pandai bersenandung, tetapi sebagai pemikir masyarakat,” ujarnya.
Nyata Zaiful seorang pengamat sejarah Pena yang setia. Persatuan ini ujarnya menjadi tempat berkubunya perjuangan sastera tanah air. “Sejujurnya ruang vakum yang dikatakan wujud pada satu peringkat dalam sejarah Pena sebenarnya tidak wujud secara langsung. Cuma antara zaman kebangkitan orang muda di tangan Zakir dan Samsudin Osman wujud gerakan yang memacu kami anak-anak generasi baru.”
Zaiful juga menjelaskan 2004 adalah tahun terpenting dalam hayat kesusasteraannya kerana pada tahun itulah beliau aktif secara langsung di dalam Pena. “Gerakan Pena begitu segar sejak 2004 dan ke atas. Zakir dan sahabat-sahabatnya menggerakkan banyak aktiviti untuk orang muda, saya sendiri diamanahkan untuk menggerakkan Biro Penulis Muda dan sebagai penyelaras Penulis Blog Malaysia.

Kurang Bercakap, Kuat Bekerja

“Justeru saya menafikan adanya vakum itu. Mungkin orang luar tidak nampak adanya gerak kerja kerana kami menumpukan kepada aktiviti peringkat nasional. Kami bergabung tenaga mengadakan program budaya serumpun 2007 yang melibatkan peserta dari seluruh rantau Asean.
“Masyarakat mula membuka mata bila kita mula mengadakan bicara-bicara ilmu dan kemudian dengan penyertaan Sindiket Sol-Jah iaitu Maskara dan program Bicara Pinggir yang melibatkan golongan muda.
“Saya perhatikan orang luar kurang memberi perhatian kerana kurangnya promosi. Manakala bagi anak muda pula merasa janggal dan tidak peduli dengan sastera arus perdana tetapi mereka berminat dengan sastera secara tidak langsung seperti berpuisi atau mendeklamasikan sajak. Tetapi mereka kurang ambil tahu dan merasakan terlalu formal untuk memberi publisiti acara mereka di ruang sastera di dalam akhbar. Pada mereka penyiaran sebegitu hanyalah untuk orang sastera yang ‘core’ dan arus perdana sahaja. Jadi mereka rasa janggal dan terpinggir.
“Kami di Pena bersama sahabat-sahabat dari Sindiket Sol-Jah cuba mengubah senario itu. Kami menarik orang dan bercakap di dalam bahasa mereka. Kelompok muda ini sebenarnya kehausan dan tiada platform untuk berekspresi. Lalu kewujudan Maskara dioptimumkan sepenuhnya.
Zaiful mengakui kualiti yang wujud pada sebilangan peserta namun masih memerlukan bimbingan. “Sastera arus perdana memiliki piawai tertentu yang perlu dipenuhi. Kelompok muda ini pula memang berbakat tetapi kurang memenuhi piawai dan itu menjadikan mereka agak tersisih. Tetapi tanpa sedar jika berada terus berada di luar lingkaran mainstream, mereka tak akan pergi jauh kerana arus perdana khususnya akhbar belum lagi memandang secara menyeluruh golongan underground ini,” jelas beliau lagi.

Sindiket Sol-Jah

Sementara itu, bagi Azlan Hussain atau masyhur di petak blognya sebagai Sinaganaga berkata idea mengadakan acara seumpama Maskara atau Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-kawan Yang Kita Suka di bawah kerjasama Pena dan Sindiket Sol-Jah ibarat memberi peluang kepada penulis dan penggiat seni yang belum mapan.
“Ia juga bersifat sebagai mengumpul semua manusia untuk berkongsi minat yang sama. Sebagai medan pertemuan sahabat dan menjadikan medium ini sebagai tempat neutral untuk semua bertemu tanpa mengira ideologi dan pemikiran,” katanya penuh makna.
Acara ini juga harapnya akan kekal menjadi medan promosi diri untuk penulis baru atau lama yang telah menerbitkan buku. “Kami tidak mengharapkan majlis ini sebagai senjata utama untuk menaikkan taraf sastera dan seni negara. Cukup sekadar memainkan peranan kecil untuk satu ikatan persahabatan sambil mencurahkan kreativiti terpendam. Sebagai satu ruang berkarya, maka kami harapkan agar ia menjadi acara yang tidak dibebankan dengan soal wang,” jelas Azlan seraya menjemput semua pihak menziarahi laman sesawang www.sol-jah.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti mereka.



SINDIKET SOL-JAH

Fokus utamanya banyak tertumpu kepada bidang penulisan. Sehingga kini terdapat 11 judul yang telah diterbitkan di bawah label Sindiket Sol-Jah meliputi antologi (Kudeta, Kalashnikov, K-8 dan Romlah), Blook (You Wanna Gum Sol-Jah, Jongkang Jongket, Ayah Kita Bos, Sabotaj, Roti dan Kopi dan Gangguan Teksual), buku puisi (Sajak-Sajak Suci Abdullah Jones) dan novel (Menara Gedembai). Dalam pada itu, ahli-ahlinya turut aktif dalam gelanggang deklamasi sajak, lukisan, gubahan lagu dan tiga dari sembilan ahlinya mempersembahkan filem pendek mereka dalam acara tayangan filem pendek; Maskara Shorties, dan paling mutakhir telah menganjurkan Malam Balak Malaya khusus untuk jejaka urban menampilkan karya mereka pada Disember 2008 lalu.

MASIHKAH RUH PUISI BERSEMANGAT WAJA MERAJA DI JIWA?

Puisi dikatakan salah satu genre yang khusus di dalam kesusasteraan. Menurut William J.Grace bait-bait kata yang terdapat dalam puisi bukanlah sekadar simbol idea sahaja, malahan lebih daripada itu. Grace berpendapat lagi dalam prosa penulis sering kali berbicara tentang sesuatu melalui kata-kata, sementara dalam puisi pula penulis memberikan sesuatu yang luar biasa melalui kata-kata.
Penulis novel klasik War and Peace, Leo Nikolaevich Tolstoy pula dipetik sebagai berkata, terdapat dua asas makna dalam interaksi manusia. Asas pertama ialah manusia berkomunikasi dengan ungkapan pemikiran, dan kedua manusia berinteraksi dengan mengungkapkan perasaan.
Tujuan kesenian atau kesusasteraan pada Tolstoy ialah menyatukan kemanusiaan melalui perkongsian perasaan. Berdasarkan pernyataan-pernyataan tesebut kita dapati bahawa kesusasteraan penting dalam pemikiran dan perasaan manusia.
Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad pula mengatakan, dua elemen asas wajib dijiwai ketika menghasilkan karya sastera ialah pemikiran dan kreativiti. Tanpa gandingan kedua-dua elemen ini, maka tulisan itu sukar diterima sebagai karya sastera.
Karya seni ialah satu pelarian dalam diri di mana adunan mantap antara pemikiran dan kreativiti mampu menyemarakkan imaginasi, intelek, simpati serta moral. Kesasterawanan bermain dengan pemikiran melalui keunikan daya kreativitinya.
Menurut Shahnon lagi, dalam kesasterawanan popular, cerita menjadi keutamaan sedangkan dalam kesasterawanan serius, cerita hanya alat yang tersirat, yang banyak menggunakan simbol-simbol untuk meninggalkan kesan estetikanya.
Puisi adalah lantunan luahan jiwa penyair. Ia adalah asas komunikasi penyair, di antara naluri diri dan konstruk imaginasi. Lalu bagaimanakah bentuk sebuah puisi yang bagus?
Pegawai Kebudayaan Istana Budaya, Rahimidin Zahari menjelaskan puisi yang matang haruslah diangkat dengan ekspresi yang jujur, dan menampilkan satu naratif yang hidup.
“Puisi yang baik sewajarnya diungkap dengan kata-kata yang telus dan mudah: tetapi bukan dipermudah-mudahkan. Ia juga harus pintar mengadun sedikit elemen misteri dan provokasi, tetapi bukan suatu yang terlalu abstrak dan kalut,”
“Sebuah puisi yang bagus semestinya harus mempunyai kesan sentuh dan tujahan makna yang sangat dalam kerana sastera yang indah selalunya lahir secara bersahaja, bukan dipaksa-paksa,” jelasnya yang aktif melahirkan puisi-puisi Islam.
Menurut Rahimidin lagi, berbeza dengan penulis-penulis sebelum merdeka seperti pada zaman penjajahan mereka menulis kerana ada sesuatu mesej yang tertentu iaitu untuk menghalau penjajah dan bertapak terus di bumi bertuah Malaysia yang kita semua cinta.
“Penulis-penulis sebelum merdeka atau pra merdeka bolehlah digolongkan memperjuangkan konsep sastera memimpin. Apa juga karya-karya sastera yang mereka hasilkan seperti cerpen, sajak, novel, drama dan seumpamanya mempunyai mesej-mesej tertentu di sebalik yang tersirat dan yang tersurat. Mereka memperjuangkan semangat kebangsaan dan meniupkan serta menyalurkan semangat dan idea-idea agar negara dibebaskan dan belenggu penjajahan menerusi karya-karya mereka,” ujarnya.
Tulisan-tulisan mereka cuba memimpin pembaca dengan menerapkan dalam karya-karya mereka semangat patriotik, jihad dan membakar semangat juang penduduk peribumi agar memperjuangkan nasib dan kedudukan mereka yang kian terancam di negaranya sendiri.
Sasterawan-sasterawan seperti Ishak Haji Muhammad menerusi novelnya Putera Gunung Tahan, Keris Mas menerusi cerpen-cerpennya, Ahmad Boestamam menerusi novel-novelnya meniupkan semangat memperjuangkan kebebasan rakyat negeri dan belenggu penjajahan dan bangkit menentang penjajah kolonial Inggeris dan Jepun pada masa itu.
Karya-karya mereka memimpin pembaca dan membangkitkan kesedaran yang keras dan mendalam agar segera bangun dari tidur yang panjang membela hak-hak asasi orang-orang Melayu sebagai peribumi.
Begitu juga sajak-sajak yang dihasilkan semasa zaman pendudukan Jepun atau Inggeris, menerusi sajak-sajak mereka ‘memimpin’ pembaca agan bangun berjuang membela hak dan kebenaran. Sajak-sajak yang dikarang rata-ratanya meskipun berunsur propaganda agar bangun berjuang, masihmengekalkan unsur-unsur seni dan sasteranya.
Berbeza dengan kedudukan sastera kita masa kini yang lebih menjurus ke arah sastera terpimpin. Penulis-penulis kebanyakannya tidak menulis sesuatu tema yang besar yang boleh dibanggakan hingga ke peringkat antarabangsa. Penulis-penulis dan sasterawan kita masih leka dengan tema-tema biasa yang tidak mencabar daya intelektual dan pemikiran yang mendalam ataujauh jangkauannya. Meskipun begitu di celah kejatuhan mutu sastera kita muncul juga sebuah dua novel yang boleh dibanggakan.
Novel-novel Melayu pada masa kini yang boleh dibanggakan seperti Seorang Tua Di Kaki Gunung, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Sesudah Fajar Selepas Senja, Saga dan sebagainya yang begitu popular di mata umum.
Fungsi puisi bagi para pemerhati, pengkaji dan pencinta seni kreatif dilihat sebagai satu manifestasi daripada kecintaan manusia yang tinggi terhadap hidup, kehidupan, kemanusiaan, alam dan segala isi jagat yang diciptakan Tuhan. Hal ini ditegaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (Pena), Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir).
Ujarnya, wujud jalinan fizikal dan spirituil yang kelak dapat memperkaya pengalaman hidup kita. Kerana itu, puisi dilihat sebagai mempunyai auranya sendiri dalam satu jalinan atau tautan yang mesra kepada pencintanya.
“Puisi adalah cabang seni yang sangat penting. Selaras dengan ajaran agama, puisi menganjurkan bagaimana seharusnya manusia berkomuniti dan menjalani kehidupan yang murni di dalam sesebuah negara.,” ujarnya.
Menyorot kepantasan hidup rakyat Malaysia pada hari ini yang dikatakan semakin meminggirkan puisi di dalam kehidupan, SM Zakir menjelaskan, “ Inilah harga yang perlu dibayar lantaran kemasukan hegemoni budaya Barat yang terlalu mengangkat elemen hiburan.
“Sedangkan hakikatnya puisi adalah media budaya. Peranan puisi sangat besar. Tamadun Arab Jahiliyah contohnya memiliki penanda arasnya tersendiri terhadap puisi,”
Demikian juga tamadun India yang menerbitkan puisi daripada bait bait petikan Kitab Veda iaitu penyampaian dari alam ketuhanan ke alam manusia. Ia disampaikan bukan dengan bahasa biasa bahkan disampaikan dalam bentuk nilai intelektual.
Tegasnya, kini oleh kerana umat moden terlalu banyak ruang hiburan maka rakyat semakin dilumpuhkan dari mencipta peradaban kerana Barat telah mengambil peranan meneruskan hegemoninya; bukan hegemoni politik tetapi hegemoni budaya.

a little thought...a BIGGG idea

Syed Husin Ali Deputy President of Parti KeADILan Rakyat (PKR) and former Secretary of Pena
Language issue, in the past, was given high priority by Pena. But now, I do not hear any significant voice neither from Pena nor Gapena on language issue when subject of Math and Science are taught in English.
A former Secretary of Pena Syed Husin Ali feels the burden awaiting Pena's leadership, now leaded by Datuk Baharudin Zainal or his penname Baha Zain, to bring Malay language back to its position in national education system, which he thinks was tarnished when English is used as the medium of teaching and learning in 2003.
Surely majority of the Malays hope Pena, as national writers association, will push the issue to the limit as it is has been a ball game for general public as well as politicians. There is no excuse for the writers association to avoid the responsibility just because the Ministry did not include them for the roundtable discussion. As the struggle against PPSMI is going to be tougher when certain group of people are taking advantage over the weak leadership of the Malay politicians, Pena must have strength and support from various parties to go against PPSMI.

03 Februari 2009

Oral Seks' & Hukumnya

Soalan
Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.
- Anak Empat -

Jawapan
Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan...

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
19 Muharram 1429 H
28 Januari 2008

dipetik daripada laman sesawang Ustaz Zaharudin (zaharudin.net)