20 Januari 2010

PERGI

Saya menerima berita mengejutkan pagi ini. Tuan Haji Abu Bakar Ismail telah pulang ke Rahmatullah pada jam 11.30 mlm td. SMS saya terima dari no.hp nya dikirim oleh anakanda almarhum. Saya tatap dan baca berkali-kali mencari kepastian. Tapi itu hakikatnya. Saya sempat berkhidmat selama hampir 4 tahun di bawah seliaan arwah di MMP Communication dari 2003 hingga 2007. Hj Burn (nickname manja kami pada beliau) adalah seorang konsultan editorial yang sangat kebapaan, marahnya pada kami anak-anak buahnya di ofis kecil itu berseli senyum,jentik kata beliau bersulam kasih sayang, beliau yang interview saya sebelum diterima masuk ke Milenia Muslim, beliau banyak mencurah ilmu editing berita,pemilihan syot foto untuk siaran,teknik mengembangkan cerita dan banyak membantu saya dalam kerjaya sehingga saya mampu berdiri seperti hari ini. Walaupun saya telah berhijrah ke payung penerbitan baru, Hj Bakar tetap menelefon saya sesekali dan kami akan mengeteh bersama berdekatan kediaman beliau di Melawati. Beliaulah yang menebas lalang buat pendakwah Islamic Outreach ABIM pada Mei 2003 hingga membawa kepada suburnya dakwah Islamiah di Pulau Ketam, Kelang Selangor yang mana sejak 25 tahun lalu syiar suci ini telah diabaikan-dan catatan travelog dakwah MMP di Pulau Ketam,telah saya rangkumkan dalam beberapa siri artikel sejak Mei itu hingga tahun2 berikutnya. ALFATIHAH buat almarhum Ayahanda Hj Abu Bakar-semoga ruhmu tenang di sisi Yang Maha Berkuasa.

04 Januari 2010

2010..& CERITA KEDAI KOPI

ASSALAMUALAIKUM WBT.. SELAMAT TAHUN BARU 2010..SALAM KEHARMONIAN..KASIH SAYANG..DAN AKU DOAKAN SEMOGA BARAQAH ILAHI 'KAN SENANTIASA MEMAYUNGI ALAM SELURUH PELUSUK HIDUP KAU DAN AKU WALAU DI UFUK MANA PUN KITA BERDUA BERDIRI..

TAHUN BARU..ALHAMDULILLAH AKU MASIH LAGI DIBERI RUANG, LUANG DAN PELUANG OLEH-NYA UNTUK MENCICIP BAU SEGAR BUANA INI. AKU MASIH LAGI DIIZIN-NYA UNTUK MENULIS DISINI. MENGUNGKAP RASA DARI DADA, BIARPUN SEDIKIT CUMA, KERANA KALAU DIBERI SEMUA APA LAGI YANG TINGGAL UNTUK AKU SIMPAN SEBAGAI RAHASIA HATI SENDIRI...KAN.

MALAM TAHUN BARU AKU TIDAK SAMBUT SEPERTI TAHUN SEBELUMNYA..KALAU DAHULU BERIA BENAR KELUAR KE KOTA..AMBANG 2009 AKU SAMBUT SAMBIL BERSILA DILANTAI KLCC MERAKAM FOTO BUNGA API DENGAN SUFIAN, SUDIN DAN SYAZWAN. AMBANG 2008 DI TENGAH KEMARUK DATARAN MERDEKA, AMBANG 2007 TERSEKAT DI HUTAN BATU BANGSAR DAN LOLONGAN BUDAK GILA MENYEMBUR BUIH TIRUAN DAN SPRINGLER BAK AIR BATU..AMBANG 2006 PUN DI BANGSAR..

TAPI AMBANG 2010..AKU DAN HAUSMET SUFIAN, MENGAMBIL KEPUTUSAN DRASTIK UNTUK TIDAK KELUAR..DIA SENDIRI MENGGULUNG JASADNYA DALAM CADAR YANG BARU DIANGKAT DARI JEMURAN YANG MASIH FRESH DENGAN BAU SOFTLAN ITU..AKU..? HMMMM MULANYA BERCADANG TIDAK MAHU KELUAR, KEMUDIA MAHU KELUAR...TAPI SELESAI MAKAN..BILA PERUT KENYANG..MULALAH MEMBARINGI DIRI..WALAU IZWAN MENGAJAK KELUAR..JOMMM LA KELUAR KATANYA DALAM SMS JAM 11.15PM..TAPI AKU TERLEBIH SELESA MELIHAT PERMAINAN KERJA API (FIRE WORKS KATANYA) DI TIVI..HUH..SEMUA CHANNEL DENGAN TEMPO YANG SAMA..NYANYI, TERHENJUT DI PENTAS..DAN DETIK DUA BELAS MALAM 1 JANUARI 2010..SELURUH APARTMEN KAMI DIHUJAN HUJAN METEOR BUATAN.. DENTUMAN..PALUAN BOM YG DIGEMARI ORANG ORANG SUKA MEMBAZIR..CANTIK PERCIKAN BUTIR2 ZARAH API HALUS..TERPESONA AKU..DAN 20 MINIT BERLALU..AKU DI ANJUNG JENDELA MELIHAT SELURUH BUKIT OVERSEAS UNION GROUP JALAN KLANG LAMA ITU TERANG SEBENTAR BERGANTI SURAM PEKAT TENGAH MALAM..AMBANG 2010 BERLALU..BERGANTI SATU JANUARI YANG AKAN DITEMPUH BERSAMA HARAPAN BARU DAN TERBARU..

Aku CUKUP CUKUP suka lagu ni...malique ..dulunya bersama Joe..tapi dengar dengar nya mereka masih bergabung..(ahh..itu cerita mereka)..tapi bila sesekali mamat berdua ni keluar dengan kerja terbaru, aku cukup cukup adore..

CERITA KEDAI KOPI..mengingatkan aku tatkala aku pernah interbiu dua brothers ni di Seri Kembangan tahun 2004..(kalau tak silap itu ofis Positive Tone)..masa tu mereka keluarkan ALHAMDULILLAH feat Yassin dan Dian Sastro..TOO PHAT memang ada taste.. dan hasil terakhir yang mereka produce sentiasa up to the world standard.

Cerita Kedai Kopi merenjatkan minda aku saat pertama kali cupingku disapa dengan melodinya. Dan tiapkali radio memainkan lagu ini, aku ikut bersenandung. Sementelah aku pun memang pemberahi kopi dan penagih tegar Nescafe. Bila ada pula lagu yang merungkai tabiat melepak dikedai kopi sambil bercerita hal dunia dan bukan bercerita kisah dalam kain orang semata-mata, aku jadi terpesona dan teruja sudah tentu. Aku tidak pasti siapa penulis asal lagu indah ini,mungkin Malique dan Salam sendiri, tapi semestinya penulis lagu ini tahu memanfaatkan setiap baris rhythm dan poetry nya dengan baik. Kerana penulisnya tahu orang orang atas angin nun di Amsterdam sana memang menjana minda bukan semata-mata mengejar glamorama tapi glamour dijana untuk bentang idea dan hulur buah minda. Dreadlocks mereka bukan sekadar ikutan mendiang Bob Marley tapi ada inti yang sentiasa melazimkan diri memerah otak.

Aku hidangkan lirik lagu untuk anda semua..dan aku tuangkan secawan kopi tahniah yang paling pekat untuk Malique dan Salam yang sukses mencipta lirik dan melody ini.

untuk anda semua..inilah dia CERITA KEDAI KOPI.


(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah