11 September 2009

puasa si miskin..mewahnya kita.

tadi saya dan housemet, suffian berbuka di Grand Season memenuhi jemputan Pusat Pungutan Zakat. Biasalah berbuka di hotel. Makanan penuh dimeja buffet. dengan aneka kuih barat ke timur, lauk penuh dipinggan dengan nasi bariani sejemput. Pulang dari GS kami singgah di Masjid Bukit Aman untuk bertarawih..entah kenapa dihujung Ramadhan ni, trasa sayu benar..dan saya di duga lagi bila henpon murah yang banyak berjasa ini telah kong untuk selama-lamanya. Aduhh..dugaan sungguh. Mujur Suffian menawarkan hp nya sebagai gantian sementara saya dapat beli hp baru.. Thanks sahabatku..okla tu, ciksu ni banyak hp..

Pulang kerumah saya buka kotak mel dan mata terus menjamah mel ini.
sekeping emel yg diforwardkan oleh sahabat saya, Junanidah Grafik Artis di Gombak.. membacanya hingga keakhir amat merentap jiwa saya. Sengaja saya letak sekali dengan nama pengirim pengirim asal, agar setiap dari mereka dapat juga kredit pahala, sekurangkurangnya..bila anda membaca. Dan agar tali keinsafan sesama kita akan bertali tali..dan saya tersandar seketika sambil mengacipkan bibir...alangkah tidak sedar nya aku selama ini.hari hari sepanjang ramadhan berbuka dengan mewah..sedang ada insan insan lain yang masih melarat..kasihannya..bacalah..


----- Forwarded Message ----
From: Noorazlin
To: Noorazlin
Sent: Thursday, September 3, 2009 9:36:45 AM
Subject: {GE2u} FW: Puasa Si Miskin

Daripada: AiDA
Subjek: [sim] RENUNGAN : Puasa Si Miskin
Kepada: "SIM"
Tarikh: Rabu, 2 September, 2009, 12:59 PM


PUASA SI MISKIN


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

08 September 2009

JALAN LUAS AKAN TERBUKA

SETIAP masa anda dan saya tentu pernah menemui sebuah persimpangan dalam kehidupan. Ketika itu perlu pula membuat satu pilihan yang tepat. Pilihan hati atau pilihan iman. Kalau diikut pilihan hati seronoklah rasanya, andai diikut pilihan iman pula,rasa susah sungguh di dalam dada. Pilihlah…dan tentukanlah apa yang terbaik.
Bagi anda pembaca Muslimin, ketika itu benamkanlah perasaan ke dalam diri dan pulangkanlah segala persoalan kepada Allah SWT menerusi ibadat solat dan berdoa dengan bersungguh hati, manakah satu pilihan yang sebenarnya yang telah diperuntukkan untuk kita. Manakala bagi pembaca bukan Muslim pula, bertafakkur seketika mencari keputusan paling tepat adalah terapi terbaik.
Orang tua-tua selalu berkata, ‘tepuk dada tanya selera’. Benar, maksudnya, tanyalah apa yang diri kita mahukan, kemudian persoalkan kembali benarkah itu pilihan terbaik yang sesuai buat kita.
Selera maksudnya keinginan atau nafsu. Kehendak nafsu tidak akan pernah diam dan berhenti. Ia akan terus hendak dan hendak lagi. Justeru, yang terpenting adalah kemungkinan besar apa yang hati inginkan dan selera mahukan adalah pilhan yang bukan diperlukan oleh iman.
Sebab itu, Islam menganjurkan agar, ketika hati berdepan dengan persimpangan yang nyata, agar jiwa segera kembali undur selangkah dan berastaghfar. Ketika itu, renung kembali apakah matlamat kita. Palingkan kembali, apakah sebenarnya niat kita lalu “tepuklah dada dan tanyalah iman”..insya Allah, DIA akan luaskan jalan-jalan hikmahNya untuk kita.
Sengaja saya sentuh persoalan ini kerana saya sedar kita semua akan sering bertemu konflik sebegini. Yang terbaik adalah sentiasa meredakan diri menerima segala ketentuan Yang Maha Kuasa dengan seadanya. Apatah lagi bagi anda pembaca budiman yang masih muda, kadang kala bila tersilap percaturan membuat keputusan pada hari ini, implikasinya akan berlarutan bila dewasa nanti. Fikir-fikirkanlah, kerana ‘hidup hanya sekali, dan ianya terlalu indah untuk dipersiakan..’