18 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA

Setiap ahad ketiga bulan jun adalah hari bapa. Mengingati bapa, ayah, abah, papa, babah, abuya, chek, wan,appa, papi,bak,bapak, pak (dan segala macam gelar istimewa dan khusus untuk lelaki yang telah menumpah keringat dan sentiasa melindungi kau, aku dan sesiapa sahaja dibawah lindungannya)adalah terlalu penting.

Mengingati hari ini bukan bererti hari lain aku dan kau tidak perlu mengingatinya, tetapi menjadikan hari yang kebetulan tarikhnya jatuh untuk 2009 ini pada ahad 21 jun menjadikan perwira ini lebih istimewa dan diingati. Bukankah lebih baik mewujudkan satu hari yang khusus untuk mengenang mereka daripada hanya menyebut sahaja tanpa rasa special.dan demi setiap titis darah yang mengalir di dalam pembuluh seluruh jasmani setiap anak adam, kehadiran manusia bergelar ayah adalah amat bermakna sekali.

Mungkin ada antara kita yang ayahnya telah pergi menghadap Ilahi, kenangilah dia dengan mengirim doa, bacaan ayat suci, amal, kasih dan keredhaan dengan kepergiannya..dia tahu anaknya di dunia ini yang sedang menempa jaya tidak pernah lupa dan tidak pernah melupakan segala ilmu yang pernah dia titipkan ..dan bagi yang ayahnya masih lagi sihat, cergas dan aktif, inilah masa terbaik untuk sentiasa berbuat bakti kepadanya. Ayah sebenarnya tidak pernah minta jasanya dibalas atau ditabur Ringgit Malaysia..tapi dia sungguh rela anak yang jauh sentiasa pulang menjenguknya.

Lalu, seringlah pulang menjenguk ayah..kata kelopak mata ayah setiap kali aku bersalam mencium tangannya sebelum memandu pulang ke kota. Dan aku berazam untuk pulang setiap awal bulan ke desa menjenguk ayah. SELAMAT HARI BAPA.

ayah.



15 Jun 2009

KETIKA NADI MASIH BERDENYUT

Aku tertarik membaca kisah bekas jaguh bina badan tersohor, Malek Noor. Apa yang dilaluinya, pengalamannya dan momen hidupnya selama ini menjentik rasa sesiapa sahaja yang mengikuti likuan yang pernah didepaninya. Hebatnya Malek kerana dia berani mengakui kekhilafannya dan berani pula untuk berpatah balik mencari akar budi, akal budi dan akar umbi yang telah ditinggalkan. Aku titipkan kisah Malek di sini untuk peringatan aku.


ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 08/06/2009
Penghijrahan Malek Noor
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.
Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.
Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.
zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.
"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

13 Jun 2009

MIGRAIN,..sambil membaca mesej yang dihantarNYA

NIKMAT hidup pada yang bernyawa; nikmat sihat pada yang terlantar sakit; nikmat mewah pada yang papa,...kontradik.rupanya kata akronim boleh dihubung menjadi ayat antara kedua-duanya. Terlebing derita dipulas migrain selama lebih 14 jam membuat aku celik dalam gelap. Loya tekak terana nak menghambur isi perut, namun puas dijolok tiada yang keluar. Lugar tekak membusuk.Pijar dahi kiri melantun lantun serasa nak ku hantuk kedinding batu. Lemah lesu jasad.

Sebenarnya dah lebih setahun migrain tidak menziarahi kepala aku.Kali terakhir pada pertengahan 2007.-Dua hari selepas aku pulang berbekam di Gombak. Lebam enam tompok bulat berbentuk mangkuk lilin sebesar penumbuk budak kecil kesan dari sedutan darah kotor di belakang aku selepas berbekam menandakan segala penyakit jasmani aku kian surut. Dan esoknya aku terkena migrain lagi untuk kali terakhir.-

Lalu selepas hampir dua tahun, baru inilah kali pertama aku disampuk lagi. Mujur tika itu aku bersama Fyan dan Su. Niat asalnya kami ingin menziarahi jiran yang terbakar tubuhnya gara gara cuba mendapatkan belon berisi gas(...tapi kecuaian menimpa kerana tersilap membuka ikatan belon itu dengan bakaran api lighter..lalu wap panas belon menyambar muka dan badan)

Sebaik dua sahabatku itu berlalu ke wad, sedang aku pening teramat sangat diparkir kereta.. 10 minit berlalu, aku fikir, alang alang sudah sampai di hospital selayang, mengapa tidak menziarahi terus Kak Anisah dan Muaz yang cedera. Aku paksa kaki melangkah ke wad ICU ditingkat 5, kerana niat asal memang hadir ke situ untuk berziarah. Alhamdulillah..dapat juga bertemu kakak malang itu. Tapi Muaz sudah dibenar pulang.

Melecur bibirnya.nampak semakin menggelupas. ada sebotol Vaselin yang dibekal suaminya Amir.Tangan kedua belah berbalut kemas.Kejung. Kata kak Anisah, lagi lama balutan itu, dia terasa macam nak lumpuh lengannya.Kuping kesan kulit mati makin mengering.Lapisan kulit putih bercampur pink mula tumbuh. Aku tenung mukanya lagi, hidungnya OK, cuma bulu keningnya yang cantik tu sudah separuh lesap disapu bakaran api. Hari ni Doktor akan operasi kulit pehanya untuk dibiak sebagai tampalan kulit muka dan lengan. Kasihannya aku tengok perempuan ini.

Aku dan Fyan boleh saksikan betapa Anisah ini begitu redha dengan dugaan yang menimpanya.Mulutnya tak putus putus bertasbih, dan bertakbir.Mulutnya tak putus berkata, dia redho dengan apa yang didatangkan ini.Dia malah berkata, mungkin kita tak sedar, ini sedikit peringatan Allah pada kita. Mungkin juga dahulu kita ada derhaka pada emak, pada ayah atau ada berbuat dosa sesama insan..dan inilah dugaan/cubaan Tuhan untuk mlihat sejauhmana tabahnya kita..hebatnya penerimaan perempuan ini..hati aku berdesis.

Lalu sepulangnya kami..dan kontrak migrain bersambung lagi untuk fasa keseterusya dari petangnya,hingga jam 12 tengahari Sabtu ini. sambil melihat ke dalam ruang yang masih ada..betapa aku perlu dan wajib menghargai apa yang ada disekelilingku..menikmatinya seadanya..sebelum dijemputNya.

11 Jun 2009

‘LIFE IS AN OPEN SECRET’


Catatan pengalaman peribadi dalam buku motivasi yang penuh visi

Adakah anda ingin mencapai kejayaan yang luarbiasa? Inginkah anda merasai kepuasan sebenar dalam hidup? Dapat memperbaiki perhubungan antara sesama rakan sekerja, sahabat dan hubungan keluarga? Meningkatkan lagi tahap kesihatan dan kekayaan ? menjadi rakan yang terbaik? Melungsuri angin perubahan dengan penuh bergaya? Menjadi seseorang yang menonjol ditengah-tengah khalayak dengan pesona yang tersendiri? Hidup dengan penuh ketenangan dan harmoni dengan suasana idamana anda? Penuh dengan senyuman dan tawa ria dalam kehidupan? Memahami dan mengerti ajaran Islam sebenar?

Justeru, di dalam siri kedua Life is an Open secret- You, Me and We., diperturunkan petua-petua bernilai untuk mengiringi langkah sepanjang melalui hari-hari yang penuh cabaran. Melangkah keluar daripada daripada zon peribadi, tarik nafas panjang dan pendanglah sekitar anda.Temuilah jawapan kepada semua soalan…tiada rahsia pun.

That’s what Zabrina A. Bakar, the creator of Life is an Open Secret book series invites you to do in her latest book Life is an Open Secret- You, Me and We is the kind of book that would encourage you to change what needed to be changed. Make you want to soar to greater heights. Always makes you think and laugh at the same time. Continuously teases your mind and soul. Silently strengthen your faith. Allow you to understand others better. All those are done in a simple, chatty and conversational style that would inspire anyone who reads it.

And yes. It’s now available for you! Still laden with the same wit, humor and fun in her writing, Zabrina A. Bakar, a masterful life storyteller, has yet again began storytelling 18 stories that would take you on a journey of joy, success, wealth, harmony, happiness and tranquility in life. And this time, she convincingly asked us to take one step outside our own comfort zone and evaluate what’s out there.

“You will be absolutely be delightfully surprised to know that the secrets of success in our lives do not totally lies in us, but others around us has a hand in it too…” says Zabrina A. Bakar , a Malaysian born author, who brands herself as the Life Storyteller and has published her work around the globe.

Life is an Open Secret book series is a motivational and inspirational series written based on the reality of life challenges using the beautiful and ancient art of storytelling. Zabrina A. Bakar tells the stories in Life is an Open Secret with a refreshing approach by inviting her readers to think with her of lessons that they can derive by just observing their surroundings. The language used is simple, easy, straightforward and clear enough that even a young teenager will be able to understand the message she is conveying. She writes stories that aim to tease the readers’ mind with a variety of mind-boggling questions worth thinking and pondering upon. Her stories are to inspire the Life is an Open Secret readers to ultimately reflect and ponder upon their own lives; and perhaps be convinced to improve some parts of their lives to the better. The stories are inspirational, motivational, humorous and wittily crafted that crosses the boundaries of faith, race, gender and age.

Cara pengarang menyentuh minda, hati dan jiwa anda amat menggagumkan. Dalam dunia yang serba kompleks ini, pengarang telah berjaya melakukan satu perkara iaitu meringkaskan dan memberi pengajaran dalam cara yang menarik. ‘Life is an Open Secret’ merupakan satu koleksi kisah-kisah motivasi dan inspirasi yang ditulis dalam nada bersahaja, seolah-olah si penulis sedang berbual dengan si pembaca; ia ringkas tetapi tetap memberi inspirasi kepada sesiapa yang membacanya.

Zabrina membincangkan kisah-kisah kehidupan dalam ‘Life is an Open Secret’ dengan pendekatan unik dan beliau mengajak pembacanya berfikir bersama-sama dengannya tentang pengajaran yang boleh diceduk dengan memerhatikan keadaan sekeliling mereka. Teknik bahasa yang digunakan adalah mudah, senang dan jelas sehingga membolehkan pelajar remaja yang masih di alam persekolahan dapat memahami mesej yang disampaikan dengan mudah.

Sebagai seorang pencerita sebuah kisah hidup, Zabrina menulis tentang isu-isu yang menyentuh kehidupan seseorang itu agar ianya menjadi lebih bermakna. Beliau juga menyentuh tentang hal-hal peribadi seperti nilai kendiri, keyakinan diri hingga ke isu-isu mengenai hal kekeluargaan dan hubungan sesama insan seperti ibu, adik-beradik, dan juga tentang alam pekerjaan dan persekolahan. “Life is an Open Secret’ merupakan buku motivasi untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira asal, budaya, kepercayaan, usia, pekerjaan atau jantina pembaca.

Siri kedua buku Life is an Open Secret ini masih mengekalkan tradisi sebagaimana siri pertamanya iaitu menampilkan 18 sisi kisah kehidupan biasa yang diungkapkan di dalam penceritaan yang penuh luarbiasa, bahkan kadangkala amat meruntun emosi.

Buku yang mengandungi 18 rahsia kehidupan bermula dengan Secret One – Love Your Kin, ke Secret Eighteen – Celebrate Our Differences. Setiap kisah ditulis dari kejadian harian biasa yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja disulami dengan ide-ide, pendapat, ayat-ayat serta kata-kata hikmah yang dipetik dari seluruh dunia menjadikan ‘Life is an Open Secret’ satu buku yang menarik yang bukan sahaja mampu menyentuh hati anda, tetapi meninggalkan kesan di dalam minda serta jiwa pembaca-pembaca.

Kenali Zabrina Abu Bakar.

Zabrina A. Bakar atau lebih dikenali sebagai Sis Zabrina di kalangan sahabat handai dan pengikut setia blognya, telah mula mengumpul dan mencatat pengalaman dan pendapatnya tentang kehidupan yang dilalui dalam buku ‘Life is an Open Secret’ untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada mereka yang memerlukan.

Zabrina telah mula menulis semenjak zaman persekolahannya. Minat beliau untuk menghasilkan bukunya sendiri bermula apabila beliau mula meletakkan ceita-cerita motivasi tulisannya di blog miliknya (www.wisdomthruwords.blogspot.com) sekitar Mac 2006.

Cerita-cerita motivasinya telah berjaya menerima pelbagai maklumbalas yang positif dan memberangsangkan dari pembaca-pembaca blognya dari seluruh dunia. Buat masa kini, blognya telah dilawati oleh pembaca-pembaca daripada 97 negeri di merata dunia. Zabrina juga kini merupakan seorang penulis kolum motivasi di beberapa akhbar and laman web luar negara seperti di Amerika Syarikat, Mesir, Brunei Darussalam dan Kanada.

10 Jun 2009

07 Jun 2009

WARNA

AHAD,7 JUN 2009.. 4 pm.

SAKSIKAN WARNA DI LAMANBudaya, Shah Alam. Diterjermahkan oleh elemen persembahan dari Dewangga Sakti, Kombo Majlis Perbandaran Klang (MPK) nyanyian oleh Fariz (Melisa), Lilis Syafuza & Lilis Syafiza. WARNA juga menampilkan persembahan puisi oleh zulfian Isma Mirza dan Ku'Ars Azman serta tarian komtemporari dari Kumpulan Kesenian Selangor. Jom pakat ramai-ramai ke Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam!

MENJENGUK DESA AKU

pegun...kaku..hilang deria yang selalu pantas menangkap segala hiruk pikuk kota. Bermastautin tiga hari di desa yang telah hampir tiga bulan ditinggalkan..sekurang kurangnya menafaskan kembali ruh segar ke dalam jiwa aku. tapi cukupkah sekadar tiga hari pulang menjenguk ayah dan desa..dibandingkan tiga bulan lalu aku berhempas di kota. Aku akan selalu balik.Janjiku pada diri. Subuh tadi aku balik semula ke kota demi tugas yang menanti disini.

03 Jun 2009

Runtuh..apa sikap kita?

Tanah Ulu Klang runtuh, bangunan di Seksyen 14 runtuh, stadium di Terengganu runtuh...apa lagi selepas ini?

Ada sesuatu yang mengusik minda bila melihat dan membaca berita stadium runtuh di Terengganu.