NIKMAT hidup pada yang bernyawa; nikmat sihat pada yang terlantar sakit; nikmat mewah pada yang papa,...kontradik.rupanya kata akronim boleh dihubung menjadi ayat antara kedua-duanya. Terlebing derita dipulas migrain selama lebih 14 jam membuat aku celik dalam gelap. Loya tekak terana nak menghambur isi perut, namun puas dijolok tiada yang keluar. Lugar tekak membusuk.Pijar dahi kiri melantun lantun serasa nak ku hantuk kedinding batu. Lemah lesu jasad.
Sebenarnya dah lebih setahun migrain tidak menziarahi kepala aku.Kali terakhir pada pertengahan 2007.-Dua hari selepas aku pulang berbekam di Gombak. Lebam enam tompok bulat berbentuk mangkuk lilin sebesar penumbuk budak kecil kesan dari sedutan darah kotor di belakang aku selepas berbekam menandakan segala penyakit jasmani aku kian surut. Dan esoknya aku terkena migrain lagi untuk kali terakhir.-
Lalu selepas hampir dua tahun, baru inilah kali pertama aku disampuk lagi. Mujur tika itu aku bersama Fyan dan Su. Niat asalnya kami ingin menziarahi jiran yang terbakar tubuhnya gara gara cuba mendapatkan belon berisi gas(...tapi kecuaian menimpa kerana tersilap membuka ikatan belon itu dengan bakaran api lighter..lalu wap panas belon menyambar muka dan badan)
Sebaik dua sahabatku itu berlalu ke wad, sedang aku pening teramat sangat diparkir kereta.. 10 minit berlalu, aku fikir, alang alang sudah sampai di hospital selayang, mengapa tidak menziarahi terus Kak Anisah dan Muaz yang cedera. Aku paksa kaki melangkah ke wad ICU ditingkat 5, kerana niat asal memang hadir ke situ untuk berziarah. Alhamdulillah..dapat juga bertemu kakak malang itu. Tapi Muaz sudah dibenar pulang.
Melecur bibirnya.nampak semakin menggelupas. ada sebotol Vaselin yang dibekal suaminya Amir.Tangan kedua belah berbalut kemas.Kejung. Kata kak Anisah, lagi lama balutan itu, dia terasa macam nak lumpuh lengannya.Kuping kesan kulit mati makin mengering.Lapisan kulit putih bercampur pink mula tumbuh. Aku tenung mukanya lagi, hidungnya OK, cuma bulu keningnya yang cantik tu sudah separuh lesap disapu bakaran api. Hari ni Doktor akan operasi kulit pehanya untuk dibiak sebagai tampalan kulit muka dan lengan. Kasihannya aku tengok perempuan ini.
Aku dan Fyan boleh saksikan betapa Anisah ini begitu redha dengan dugaan yang menimpanya.Mulutnya tak putus putus bertasbih, dan bertakbir.Mulutnya tak putus berkata, dia redho dengan apa yang didatangkan ini.Dia malah berkata, mungkin kita tak sedar, ini sedikit peringatan Allah pada kita. Mungkin juga dahulu kita ada derhaka pada emak, pada ayah atau ada berbuat dosa sesama insan..dan inilah dugaan/cubaan Tuhan untuk mlihat sejauhmana tabahnya kita..hebatnya penerimaan perempuan ini..hati aku berdesis.
Lalu sepulangnya kami..dan kontrak migrain bersambung lagi untuk fasa keseterusya dari petangnya,hingga jam 12 tengahari Sabtu ini. sambil melihat ke dalam ruang yang masih ada..betapa aku perlu dan wajib menghargai apa yang ada disekelilingku..menikmatinya seadanya..sebelum dijemputNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan