26 Disember 2008

yang datang yang pergi..yang tinggal..?

Yang datang..yang pergi bukan di dalam pengetahuan kita.

Seorang sahabat baikku kehilangan lebih RM4000 dalam sekelip mata. Komputer riba, kamera digital, beg kulit dan berbotol minyak wangi yang baru dibeli lesap dari miliknya. Puncanya kerana dia terlalu mudah percaya pada seorang hamba Allah yang ingin menumpang bermalam. Kerana kealpaannya ketika meninggalkan rumah tanpa berkunci lalu rakan barunya itu terus mengarau segala harta itu sebaik pagar grill ternganga. Kasihan aku kepadanya...dia terlalu baik.

Pada ku dia insan yang sangat baik, dia sahabat yang terbaik yang aku pernah ada di dunia ini. Tetapi begitu hebat dia diuji. Aku dapat lihat perubahan pada riaknya. Dia tidak lagi mudah sewenangnya keluar rumah kini. Dia juga tidak sewenang mengizinkan sesiapa masuk kerumahnya kini. Dia agak murung pada saat insiden itu berlaku hinggalah beberapa hari kemudiannya. Tetapi kini setelah hampir dua minggu berlalu, dia semakin boleh menerima hakikat, semangatnya telah kembai pulih. Mungkin kerana keajaiban ayat ayat Yaasin yang dibacanya saban malam. Mungkin apa yang berlaku adalah kifarah Tuhan agar hambanya beringat dan selalu beringat.

Dan dua hari lalu, aku bertemu kembali dengan seorang lagi rakan lama yang berpangkat adik. Setelah bersembang panjang, dia luahkan terkilan dihati kerana kerugian RM22ribu dalam masa beberapa minggu. Aduh..lagi sekali aku dihadapkan dengan kes yang hampir serupa. Dia pada pandangan kasar adalah lelaki yang tegas, tak mudah tunduk pada orang, tak mudah percaya pada orang. Tapi yang peliknya dia mudah pula kalah kali ini. Penampilannya sangat warak dan susah untuk diperdaya. Tapi siapa tahu...rupanya kalah juga dia kali ini.

Beberapa hari ini pula aku dikhabarkan dengan berita dua rakan baikku bakal bergelar guru. Nasa bakal memasuki KPLI di Institut Perguruan Raja Melewar dan Su bakal menerima tauliah sebagai guru setelah menunggu hampir enam bulan. Tahniah untuk kalian... dan kepada sahabatku yang tidak bernasib baik itu, aku doakan semoga kalian sabar, kerana hakikat yang ditanggung itu memang pahit namun kerana kalian insan teraniaya, maka Dia akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi...

Yang datang bisa dilihat..yang pergi hilang bagai kabus pagi..yang tinggal...hanyalah peringatan untuk kita..itupun..kalau kita mahu mengingat..semoga kita tidak mudah alpa lagi.

10 Disember 2008


SELAMAT HARI RAYA KORBAN..


BANYAK
juga sms Eidul Adha diterima tahun ini. Daripada sms recycle, sms re-produce (di edit daripada ucapan Eidul Fitri) hinggalah sms yang digubah dengan menarik khusus untuk meraikan Eidul Adha. Walaupun aku gagal pulang ke kampung tahun ini untuk meraikan 10 Zulhijjah dengan famili tersayang, tapi aku memautkan syukur padaNya kerana mengizinkan aku melestarikan niat yang satu iaitu untuk melaksanakan ibadah korban yang julung kalinya ku lakukan seumur hidup. Alhamdulillah.

Lalu..bila aku tidak pulang beraya, aku gunakan kesempatan ini untuk memantau aktiviti warga KL meraikan hari mulia ini.

Payah juga nak dikata.. mungkin kerana aku dari Kelantan yang gah meraikan hari raya korban sedari usia kanak-kanak, lalu bila melihat kebanyakan warga KL yang acuh tak acuh sahaja menyambut Eid membuatkan aku terfikir, apakah yang sebenarnya yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dilakukan kepada mereka ini. Sana -sini aktiviti berjalan seperti biasa. Yang berniaga masih berniaga. kalau adapun yang bercuti bersantai tanpa sebarang program ziarah yang sepatutnya. Ambil sahaja simbol yang paling mudah. ...Berbaju cantik..sekurang-kurangnya pakailah sehelai baju cantik (tak perlu berbaju baru), untuk meraikan Eid..tapi tidak..hampa juga terasa.

Aku harapkan satu hari nanti warga Malaysia akan menghargai Eidul Adha sama seperti Eidul Fitri. Apa tidaknya, sebulan sebelum Eidul Fitri saban tahun seluruh media menggempakkan ketibaannya. Bukan sahaja pusat beli belah yang gila dan gigih mempromosi barangan bahkan mengkomersilkan Eidul Fitri dengan pelbagai gaya, malahan seluruh media cetak dan elektronik beria-ia benar mencipta situasi gemuruh dengan ketibaan hari raya Fitrah ini. Bukan tidak boleh tetapi biarlah Eidul Adha juga diraikan secara yang serupa. mmm..fikirkanla.

Petang raya, seusai ibadah korban di Masjid Abdul Rahman bin Auf dan selesai meraikan tamu- terima kasih ciknuar, asraf, edi dan adam serta kawannya yang sudi berkunjung-aku dan ciksu serta ciknuar beransur ke masjid Sungai Besi untuk mengambil daging korban yang diperuntukkan untuk kami.-Terima kasih Cikgu Amran yang sanggup bersusah payah untuk kami.


Sepulangnya, kami melencong ke Pantai Dalam untuk menziarahi miss Jelita yang mengadakan open house. Heii..ada juga warga KL yang prihatin dengan kehadiran Eidul Adha lalu proaktif menganjurkan rumah terbuka.


SALAM EIDUL ADHA UNTUK SEMUA..semoga setiap amal ibadah, kehidupan dan pengorbanan kita demi mencapai redhaNYA akan mendapat nilaian terbaik disisiNYA.. Ameen.

02 Disember 2008

MANUSIA YANG CEPAT TERLUPA

SIAPA kita untuk memalukan orang?, siapa kita kalau hanya berkata kata kemudiannya ada hati yang terluka, beraninya mereka mencabar ketentuan Tuhan? Bodohnya mereka kerana lancang berkata-kata? Dan siapa kita yang tergamak memutuskan silaturrahim sesama manusia.

Dan untuk apa mereka membuka mulut kalau sekadar terlalu busuk memperkatakan keaiban saudara seagama?.sudah hilang akalkah? sudah tiada modal lainkah, lalu isu aku belum bernikah menjadi topik maha hangat di Balik Pulau 30 November lalu..

mungkin kerana beberapa individu yang jahil dan jahat itu maka aku tidak kan pulang beraya Haji tahun ini. Cukup sekadar bertemu mata di majlis perkahwinan DD lalu. Sia sia sahaja bertemu mata dengan sanak saudara setelah berbulan hilang. Tapi sesekali terfikir juga; yang jadi mangsa ayah dan adikku.
Sepatutnya aku balik kampung. Dan sepatutnya aku balik pun untuk bertemu ayah dan adik dan menziarahi maqam bunda....nantilah aku fikirkan.Kalau bertukar fikiran, mungkin aku pulang...tapi memang aku terluka dan terasa benar dimalukan.

Time-time gitu tringat benar aku pada arwah ibu..teringat juga pada sebuah cerita klasik dari Switzerland...begini lebih kurang..

Little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter,
'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.'
The little girl said, 'No, Dad. You hold my hand.'
'What's the difference?' Asked the puzzled father.
'There's a big difference,' replied the little girl.
'If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.'
In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours... This message is too short......but carries a lot of Feelings..I MISS U AYAH

27 November 2008

TWILIGHT


MALAM tadi aku dan ciksu menonton TWILIGHT di Cineleisure. Kisah vampire insaf dan gadis kota yang telah kembali ke kampung halamannya lalu ditakdirkan mereka saling jatuh cinta. Mengesankan sekali pembawaan watak keduanya.
Memang, efek yang ditampilkan sangat mempesona. Dengan kerlipan berlian ditubuh Edward bila di suluh suria, dan babak merangkak di batang-batang pokok fir lalu terbang melintasi canyon Hoak laksana kisah Crounching Tiger Hidden Dragon ketika Zhang Zi Yi berlawan pedang dengan Chow Yuen Fatt.
Tetapi yang lebih menyentap nurani ketika Bella berkata kepada Edward, dia sanggup mati untuk sama-sama jadi Pontianak-lalu dengan cara itu mereka boleh immortal bersama-sama. Dan kemudiannya lafaz itu disambut Edward simata oren dengan menyatakan, tidak perlu obses dengan kehendak naluri, sebaliknya yang lebih aula adalah cinta dihati yang perlu dipupuk dan kemudiannya melalui hari tua bersama-sama. Itu sesungguhnya lebih bermakna.
Pastinya, bukan subjek pernyataan teks filem yang perlu diperkatakan. Kerana penulis skrip dan lakon layarnya berdiri di atas jalur pemahaman dan kepercayaan mereka. Sebaliknya sub teks yang lebih mendalam amat wajar menjadi perhatian.
Buat apa mengikut kata hati, kalau kelak hasilnya merana. Ikutlah jalur hidup yang sepatutnya, kerana masa depan sebenarnya lebih indah kalau direncana dengan teliti. Seadanya kita sebagai manusia mampu merencana. Kerana Tuhan lebih mengerti maksud dan tujuan kehidupan ini diciptakan.

TIDUR TERAPI PALING TERBAIK

KELETIHAN sering jadi alasan untuk tidur, menjadi malas, baran, sentap, sensitif tak bertempat, mengantuk yang keterlalulan, gagal berfifitr dengan pantas dan tuntas serta semua cetusan gejala negatif lain. Tapi bagi aku, setelah sedar aku letih dan mula mengaum kerana segala gejala jahat itu, maka layanlah LETIH itu dengan terapi terbaik iaitu TIDUUUUUUUR...semoga jiwa, minda, fizikal dan rohani akan SEGAR sesudah tiga hari mendepani fatrah itu....

BETTER LATE THAN NEVER

25 November 2008

ADA APA DENGAN ISA?

Realiti di Sebalik Dinding Kebal Kamunting.

Isu ISA dan penahanan tanpa bicara bergema lagi. Kali ini yang menariknya tentangan di kalangan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan anggota Barisan Nasional (BN).
Jika 10 tahun lalu ramai aktivis reformis, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti pembangkang mengecam tindakan ISA dikenakan terhadap penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sehingga membawa usaha pihak tertentu mendesak kerajaan supaya akta itu dibubarkan namun, sedikitpun tidak terbekas di sanubari kalangan pemimpin UMNO/ BN.
Namun pada 12 September apabila Tan Hoon Cheng ( wartawan Sin Chew Daily) ditahan kerana laporannya berkenaan kenyataan berbau perkauman oleh Datuk Ahmad Ismail (Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera); isu tulisan jawi/azan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dan Raja Petra (Blogger Malaysia Today) yang dikatakan menghina Islam, pembesar negara mula berani bersuara!
Hakikatnya, kisah wartawan ditahan ISA bukan cerita baru. Cuma nasib yang menimpa Tan Hoon Cheng dijadikan sebagai `kambing hitam’ kepada kerajaan. Datuk Zaid Ibrahim dan Pemangku Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden NUJ (Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia), Norila Mohd Daud sependapat penahanan tiga individu ini tidak selayaknya digunakan ISA!
Malangnya, Zaid dan Norila bercakap mengenai tiga individu itu sahaja tetapi tidak kedengaran lontaran pendapat dalam usaha untuk membebaskan tahanan lain yang kini merengkuk dalam Kem Kamunting atau MANSUHKAN ISA!
Melainkan agak berani Koh Tsu Koon, apabila menggesa kerajaan meminda atau menghapuskan ISA! Apa yang pasti Zaid, Koh dan Norila tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar terhadap tiga individu terbabit. Berbaloikah Zaid Ibrahim yang juga pengamal udang-undang, meletakkan jawatan sedangkan ISA masih mendahului undang-undang sedia ada di negara ini?
Apa perlunya Norila yang masih bertugas di Utusan Melayu itu untuk melaporkan kepada Persekutuan Wartawan Antarabangsa yang berpengkalan di Brussel, Belgium berhubung penahan Tan Hoon Cheng, sedangkan akhbarnya pula melaporkan ISA Masih Relevan! Malah dari segi sejarah kewartawanan beberapa wartawan juga telah ditahan ISA kerana melaporkan peristiwa yang benar tetapi tidak diakui benar oleh kerajaan. NUJ tidak berbuat apa pun kerana ISA bidang kuasa Menteri!
Ironinya, Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Membuktikan bahawa sejarah tidak pernah berbohong, Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernah menyatakan pada tahun 1988.
“Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya.”
Tahun sebelumnya, beliau juga telah menyatakan, “Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat.”
Sebaliknya, pada tahun 2003 apabila menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah ‘undang-undang yang perlu,’ dan mengemukakan argumentasi “Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum.”
Dari luar negara juga ISA turut menerima kecaman yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa “Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat.”

“ISA WAJAR DIKEKAL NAMUN PERLU DIBAIK PULIH”-IBRAHIM ALI

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai ‘keganasan putih’ (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.
Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Antara personaliti berpengaruh yang pernah ditahan ISA adalah tokoh wartawan A.Samad Ismail, tokoh pejuang kemerdekaan; Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Dr. Syed Husin Ali dan penulis terkenal; Said Zahari.
Meskipun kedapatan pihak yang beria ia benar menentang. Namun tidak kurang yang mempertahankan ISA atas alasan yang tersendiri.
Ahli Parlimen Pasir Mas yang mewakili Parti Bebas, Datuk Haji Ibrahim Ali mempunyai pandangan yang tersendiri. Menurut beliau ISA wajar dikekalkan namun perlu diperbaiki.
Ibrahim mempertahankan ISA kerana ia dikatakan berkesan membendung keganasan dan konflik kaum selain mengatasi ancaman dadah.Pun demikian, beliau mengakui ISA sudah menjadi satu undang-undang yang terlalu kontroversi kerana ia sudah dijadikan isu politik.
“Kalau dilihat pada tahap sekarang nampaknya tiada siapa setuju ISA di dalam bentuk sekarang.Cuma ada dua pemikiran, 1: mahu ISA dihapuskan terus. 2: mahu ISA dikekalkan tetapi dipinda, diubahsuai dan tambah baik. Saya memilih yang kedua, iaitu dikekalkan namun diubahsuai mengikut kehendak dan perkembangan semasa serta ditambah baik nilai. Perkara ini telah saya nyatakan sewaktu berucap di Parlimen,”
“Penentangan terhadap ISA dan hasrat mereka agar Akta ini dihapus secara total adalah hujah parti pembangkang. Itu kehendak mereka dan saya tidak terkejut kalau parti pembangkang bertujuan membongkar insiden di dalam ISA untuk menunjuk kezaliman kerajaan Barisan Nasional, bahkan kisah ISA ini tidak sah kalau tidak dijadikan sebagai modal parti pembangkang bertujuan untuk membantai parti kerajaan,”
Ironinya, beliau tidak ambil serius terhadap kritikan tersebut. Malah ujarnya cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan ISA tidak lebih daripada cakap politik kerana Anwar Ibrahim pernah ada di dalam kerajaan sebagai TPM dan Menteri Kewangan dan satu ketika dahulu.
“ ISA telah digunakan melalui ‘operasi lalang’ tahun 1987. 102 orang ditahan termasuk saya, tapi pada waktu itu saya tiada sepatah pun keluar daripada mulut Anwar mengatakan ISA itu zalim dan patut dihapuskan. Kenapa dia tidak bela orang yang ditahan ISA pada waktu itu. Kenapa? Sebab dia adalah TPM,”
“Kini apabila beliau telah dibuang dari UMNO dan duduk di dalam pembangkang, beliau pula bercakap ‘nak hapuskan ISA. Jadi saya tengok khusus di dalam bab ini, Anwar mengamalkan double standard. Tidak konsisten dan tidak ikhlas. Kalau dia ikhlas daripada awal dia menentang ISA. Sepatutnya dia terus menerus dia menentang.”
“Berbeza dengan saya, baik sewaktu di dalam kerajaan dulu mahupun selepas keluar kerajaan saya tetap konsisten terhadap isu ISA. Saya mahu ISA dikekalkan tetapi dipinda supaya ia tidak disalahgunakan.”
Menjelaskan lebih lanjut tentang butiran penambah baikan yang wajar diberikan terhadap ISA, Ibrahim mencadangkan supaya tempoh penyiasatan terhadap tahanan ISA dibuat dalam masa 14 hari. Selepas tempoh tersebut, tahanan hendaklah dibawa ke mahkamah terbuka untuk dibicarakan.
“Saya juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkanJawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara dan dianggotai oleh Peguam Negara serta ahli-ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi tujuan penambahbaikan Akta ISA. Ini kerana ISA ini tujuannya pencegahan, justeru, seandainya kita dapati apabila seseorang itu ada berniat untuk melakukan huru-hara, maka sebelum huru-hara itu berlaku, maka diambil tindakan melalui pencegahan menggunakan ISA.
Dalam pada itu Ibrahim juga mencadangkan supaya ISA turut dikenakan bukan sahaja mereka yang menyebarkan maklumat palsu atau apa juga tindakan yang boleh menggugat ketenteraman negara, bahkan kepada pihak-pihak yang melakukan economic sabotage. Ujarnya, Economic sabotage ini adalah suatu perkara yang juga boleh menggugat keselamatan negara.
“Katakan pihak berkuasa hendak menangkap seorang ketua pengedar dadah tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana tidak ada bukti. Akan tetapi polis tahu bahawa dia ketua pengedar dadah,maka ISA digunakan. Dalam konteks economic sabotage, banyak kes rasuah yang kita dengar, tetapi kita kata tidak ada bukti. Memang sekarang ini rasuah mengikut undang-undang,”
“Rasuah cara bermoral, atas kertas semua lulus, tetapi sebenarnya diatur begitu rupa sehingga terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Apakah orang seumpama ini tidak patutditahan di bawah ISA? Selama 14 hari, kurung masuk dalam lokap, Masuk dalam lokap dua minggu. Seminggu sahaja jentik telinga, jentik hidung, tarik bulu hidung. Dia akan cerita berapa banyak duit dia sudah kebas. Kita minta balik, serah balik, kita simpan dua hari cukup. Tahan lama-lama pun buat apa. Cuma maksud saya, itu cara yang paling baik untuk mendapatkan kembali wang yang dilarikan kononnya oleh pihak-pihak tertentu. Jadi apakah tidak sesuai undang-undang ISA digunakan untuk tujuan ini? Saya percaya majoriti rakyat akan menyokong usul ini,” tegas beliau.

“MANSUHKAN ISA!!!”
Akta Tidak Relevan Dengan Hak Asasi Manusia”- SAARI SUNGIB

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR.
Dalam pada pemerintah konsisten menggunakan ISA, salah seorang bekas tahanannya, Hj. Saari Sungib juga konsisten menunjukkan tentangannya. Kali pertama Saari ditahan di bawah ISA ialah selama 60 hari pada era reformasidan kali kedua pada 10 April 2001selama dua tahun menjelangnya hari yang dikenal sebagai Black 14 bagi pejuang-pejuang keadilan.
Dari raut wajahnya yang tegas itu terpancar kesediaan beliau untuk berkongsi sejalur cerita pahit namun nyata terpasak keyakinan bahawasanya ISA wajib dimansuhkan. Beliau mendefinisikan ISA sebagai zalim kerana Akta itu mempraktikkan kekasaran fizikal dalam tempoh soal siasat kepada satu definisi baru.
“Definisi ini perlu dilihat dari segi hak asasi manusia. Kekasaran fizikal tidak boleh lagi hanya diertikan sebagai dipukul, ditendang, disepak, diterajang, ditumbuk, dibelasah, diseksa, dilebam mata macam Anwar dan sebagainya semasa soal siasat,” ujarnya memulakan bicara.
Saari atau popular sebagai “Abu Urwah” adalah presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang pertama iaitu dari tahun 1990 hingga 1999 berkata, tahanan ISA juga tidak diberikan selipar, selimut, tilam bantal, dipakaikan cermin mata gelap ketika keluar masuk sel, dibiarkan berjalan dalam hujan lebat atau di atas jalan waktu panas terik matahari.
“Penderaan mental, soal siasat terus menerus sehingga waktu malam, mengejutkan tahanan pukul 3.30 pagi, dibiarkan digigit nyamuk, mengisi sel dengan asap rokok dan menafikan hak mengetahui masa. Sesungguhnya semua ini adalah penderaan fizikal juga mental,” ujar beliau yang kini memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun PAS) Kawasan Hulu Kelang, Selangor.
Saari juga percaya ramai lagi aktivis yang telah melalui penderitaan dan trauma yang lebih teruk dan dahsyat di bawah ISA berbanding dengan dirinya, namun sampai hari ini masih ramai yang belum bersedia untuk berkongsi penderitaan dan kesengsaran tersebut secara terbuka.
“Di atas dorongan isteri, anak-anak dan rakan-rakan setia, saya mengambil inisiatif untuk menulis lalu lahirlah tujuh buah buku di dalam siri Suara Dari Kamunting. Saya turut menyampaikan suara hati di dalam Harakahdaily saban minggu sepanjang setahun tentang liku-liku tarbiyyah dari penjara,”
Bagi bapa tujuh anak ini, perjuangannya menyampaikan rasa hati menerusi pengalaman yang pernah ditempuhinya kerana ISA adalah satu jihad.
“ISA adalah zalim kerana menahan dan memenjarakan aktivis tanpa bicara, merampas hak kebebasan aktivis, mencabul hak asasi manusia seorang aktivis, menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka, menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis, memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan, melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka dan memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan,”
“Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Bagaimana ISA menzalimi mangsa? Saari sekali lagi dengan tegasnya mengulang kenyataan, ISA berselindung di sebalik undang-undang.
“Ini dilakukan dengan menahan aktivis selama 60 hari untuk disoal-siasat oleh SB tanpa diberi ruang untuk berhubung dengan peguam atau anggota keluarga. Tindakan memenjarakan aktivis selama 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun atau lebih di Kem Kamunting di atas kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Tindakan pertama dilakukan di bawah Seksyen 73, ISA dan tindakan kedua diambil di bawah Seksyen 8, ISA.
Menjelaskan lebih lanjut apakah yang berlaku semasa tahanan aktivis ditahan selama 60 hari, Saari berkata aktivis akan berdepan dengan sebahagian, kesemua atau lebih daripada perkara-perkara seperti aktivis dibawa ke lokasi rahsia, aktivis dikurung di sebuah sel yang sunyi, kotor lagi menakutkan selain akan terpaksa berdepan dengan polis Cawangan Khas (SB) yang ganas dan buas!
“Tahanan akan disoal-siasat berjam-jam , dihalang tidur, rehat dan melakukan ibadah-ibadah tambahan, dibogelkan, dipaksa melakonkan adegan seks, dipaksa berjalan itik, lompat katak atau berenang di atas lantai yang kering!
“Mereka diludah muka, dipaksa telan air ludah SB atau menghirup air yang dicurahkan di atas lantai, dipukul, diterajang, dibelasah dan diseksa dengan dicucuh badan dengan puntong rokok dan lain-lain. Tahanan turut diliwat dengan sejenis objek atau alat, diancam untuk diliwat oleh SB dipaksa membuat pengakuan dan kerjasama serta menandatangani beberapa dokumen palsu!
Bercerita lebih lanjut tentang realiti yang terpaksa didepani oleh tahanan semasa ditahan di sebalik dinding kebal Kem Tahanan Kamunting, beliau berkata, “ Selain daripada tahanan dipenjara tanpa bicara, mereka turut dituduh dengan tuduhan yang direka-reka, dipaksa hidup seperti orang salah, dipaksa patuh dengan peraturan penjara, dirampas hak untuk membela diri, dikurung sekali lagi bersendirian dalam sel sunyi, dipaksa menjalani program pemulihan aktivis didesak untuk mengaku menyesal, sedar kesalahan yang 'dilakukan' dan insaf serta tidak mahu mengulangi 'kesilapan' silam!
“ Tahanan turut ditekan agar tunduk kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman, didesak agar tidak akan aktif dalam politik atau aktivisme sosial tetapi sebaliknya menumpu dalam membangunkan kerjaya dan keluarga semata-mata! Tahanan turut didesak untuk tidak menentang Umno-BN, dipujuk untuk menyokong Umno-BN seterusnya dipujuk dan didesak untuk menjadi ahli Umno.”
Saari turut memberitahu suatu hakikat yang amat jelik yang masih berleluasa selepas tahanan dibebaskan daripada ISA. Jelasnya, para bekas tahanan dipaksa 'bekerjasama' dan membuat pengakuan di hadapan SB semasa soal-siasat 60 hari, berkelakuan baik dan mematuhi semua peraturan semasa di Kem Kamunting patuh kepada arahan dan mengikuti semua program pemulihan, patuh kepada nasihat dan percaya sepenuhnya dengan apa yang diberitahu serta janji-janji.
SB yang datang setiap tiga bulan menemui aktivis di Kem Kamunting membuat rayuan dan mengaku sudah insaf kepada Lembaga Penasihat semasa berada di Kem Kamunting bagi tujuan agar dibebaskan tunduk dan melutut kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman.
Saari tidak pernah betah duduk diam selepas ‘dilepaskan’. Justeru, beliau turut menyeru bekas tahanan dan rakyat Malaysia yang prihatin untuk turut membantu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menggerak dan menjayakan kempen di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Antara program yang telah, sedang dan akan terus dilakukan oleh GMI ialah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), mengeluarkan kenyataan akhbar, menulis dan menerbitkan buku, menulis dan menyiarkan rencana di dalam media alternatif, menggalakkan isteri dan anak-anak untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan berganding tenaga bersama-sama GMI, menggalakkan isteri ditemubual oleh media antarabangsa dan media alternatif tempatan , menggalakkan isteri dan anak-anak untuk bertemu atau 'ambush' Perdana Menteri dan menteri-menteri tertentu, melancarkan mogok lapar, memberi sokongan untuk isteri, anak-anak dan rakan-rakan serta melancarkan mogok lapar serentak di luar.
Sebagai salah seorang tonggak utama GMI, Saari menitipkan pesanan kepada para aktivis yang berjuang, “ISA bukan untuk keselamatan negara sebaliknya digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik Umno-BN, ISA adalah senjata politik Umno-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka. Justeru, satu-satunya cara untuk berdepan dengan ISA adalah lawan secara politik. Jangan takut kerana takut itulah yang mereka mahukan daripada rakyat!” hujjahnya mengakhiri perbualan.

BENARKAH ISLAM HADHARI RESTUI ISA?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi Abdullah ketika ditanya wartawan mengenai ISA sewaktu sidang media selepas Persidangan Agung Umno tahun lalu menyatakan undang-undang ISA adalah selaras dengan konsep Islam Hadhari.
Katanya lagi, penahanan tanpa bicara mempunyai sebab dan tangkapan dibuat berdasarkan bukti serta terdapat tahanan yang dibebaskan selepas 'kita sudah jadikan mereka orang baik'.
Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan, walaupun mereka tidak didakwa, terdapat isu keselamatan yang diketahui pihak berkuasa, tetapi tidak boleh dibincang dan diadili di mahkamah.
Kenyataan itu disanggah bekas tahanan ISA, Hj. Saari Sungib. Ujarnya, Abdullah gagal memahami konsep yang diperkenalkannya kerana Islam Hadhari menggalakkan amalan keadilan dan kesaksamaan, tetapi tindakan Abdullah adalah bertentangan dengan konsep tersebut.
“Dilihat pada sudut keadilan ini kita lihat Abdullah sendiri tidak memahami konsep Islam Hadhari ini. Untuk menunjukkan keadilan, seseorang itu diadili di mahkamah terbuka, dituduh mesti diberi peluang menjawab tuduhan,”
“Dalam kes ISA ini, bagaimana wujud keadilan kerana yang dituduh tidak diberi peluang perbicaraan. Jadi kenyataannya itu tidak benar dan beliau tidak berlaku adil dan sudah pasti tidak selaras dengan hadhari yang diperkenalkannya itu,” katanya.
Saari menegaskan, mahkamahlah yang akan membuktikan sama ada tuduhan tersebut sahih atau direka. “Kita tidak pernah lihat dalam kes ISA seperti tuduhan dalam kes reformasi yang menyatakan mereka yang dituduh ada menyimpan bom dan bahan letupan lain,”
"Jadi apabila mereka dibebas tidak pernah dibuktikan bahawa apa-apa tuduhan ke atas mereka adalah benar. Nama mereka telah dicemari dengan bukti yang tidak benar. Ini merupakan satu kepalsuan sebab Abdullah menyatakan terdapat bukti dan 'mereka sudah menjadi baik'. akikatnya ia tidak dibuktikan," katanya.
Katanya, tindakan Abdullah terhadap mangsa ISA itu sebenarnya untuk mengurangkan tekanan dari pihak luar. Apabila tekanan tersebut berkurangan, barulah mangsa ISA ini dibebaskan.
Katanya, kerajaan mengambil kesempatan menggunakan undang-undang ini kerana mempunyai kepentingan politik.
"Pihak luar seperti Amerika Syarikat menekan negara mengatakan terdapat pengganas di negara ini. Jadi untuk mengurangkan tekanan, mereka yang tidak dibuktikan bersalah ini ditangkap.
"Setelah mereka ditangkap, bagaimana nasib keluarga mereka? Kita tidak dengar pun yang kerajaan membantu mereka. Jadi ISA ini merupakan satu polisi dan dasar yang tidak selaras dengan Islam," kata beliau.
Katanya lagi, kezaliman kerajaan tidak menggambarkan kerajaan bersifat telus dan adil dalam menjaga keselamatan rakyat. "Sepatutnya keselamatan rakyat menjamin keselamatan negara dan keselamatan negara menjamin keselamatan rakyat Tetapi wujudnya ISA langsung tidak menjamin keselamatan rakyat," katanya.
Saari bertanggapan kenyataan Abdullah itu merupakan kata-kata 'orang yang mempunyai kuasa'. “Dia ada kuasa dia boleh cakap macam tu. Tetapi sewaktu saya, Mohamed Ezam dan Dr Badrul Amin Bahron ditahan, dia yang menandatangani penahanan kami itu. Selepas saya dibebaskan pada 6 September 2002, Mahkamah Persekutaan memutuskan penahanan kami tidak sah, berniat jahat dan bermotif politik. Jadi apa maksud di sebalik kata-katanya itu?”
“Jika Islam Hadhari itu adil, 60 hari selepas penahan dan selepas mempunyai cukup bukti, bebaskan kami. Tetapi apabila tidak sah siasatan 60 hari, Abdullah telah ditipu Polis Cawangan Khas (SB) disebabkan bukti yang pincang,” kata Saari.
Jelas Saari walaupun beliau telah menemui Lembaga Penasihat sebanyak dua kali, pada 2002 Lembaga Penasihat mengesyorkan beliau dan dua lagi rakannya dibebaskan, kerajaan tetap tidak berbuat demikian. “Laporan siasatan terhadap tahanan reformasi telah diserahkan kepada hakim mahkamah sivil sewaktu kes saman kami kepada kerajaan,”
“Tuduhan ke atas kami untuk mengguling kerajaan dengan mengumpul bahan letupan seperti 'Molotov cocktail'. Sepatutnya siasatan itu mestilah dari awal hingga akhir," katanya. Jelasnya Abdullah seharusnya mengetahui peruntukan Seksyen 8 adalah di bawah kuasa menteri, seksyen 73 di bawah kuasa SB, serta seksyen 16 berkaitan pendedahan maklumat.
Kata Saari lagi, hakim sewaktu itu, Tun Ahmad Zaidin Abdullah mengatakan bahawa Seksyen 16 hanya berkuat kuasa dan tertakluk pada Seksyen 8 bukan Seksyen 73. “Tapi Abdullah mengatakan berpuas hati berdasarkan Seksyen 73 dan dia hanya bergantung kepada SB. Jadi, SB yang sudah bermaharajalela,” dakwanya.

KEABSAHAN ISA DI MALAYSIA

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu Akta bagi tujuan melawan anasir anti nasional dan subversif. Akta ISA itu diperbuat di bawah bidang kuasa Perkara 149 Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia 1957 di bawah Perkara 149 menyebut Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan”

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.
(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkai undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

KOPITIAM VS STARBUCK


Antara prestij, taksub jenama dan nilai tempatan.

Satu terma yang kerap menjadi basahan orang-orang Malaysia ialah ‘cakap kedai kopi’ iaitu merujuk kepada gosip yang diperkatakan di kedai kopi. Kerana di kedai kopilah semua golongan dapat bertemu mata dan bertukar cerita sambil memberikan ‘analisis’ spontan; baik isu politik yang sedang hangat, kisah dalam kain personaliti hiburan yang sedang ‘meletup’, ‘respon’ terhadap isu global tanpa perlu penghuraian spesifik atau terlalu ilmiah kerana yang penting, sambil bersidai di kedai kopi dapat menjamu selera dengan sajian tradisional, dapat pula mengeratkan silaturrahim.
Kalau kedai kopi lebih sinonim untuk merujuk kepada industri kecil dan sederhana yang diterajui oleh orang Melayu, kopitiam pula lebih dekat dengan kaum Tionghua. Namun, asimilasi kaum yang telah menghilangkan garis pemisah perkauman di negara ini telah memungkinkan terma kopitiam atau kedai kopi hanya sekadar istilah, sebaliknya antara keduanya saling melengkapi.
Kopitiam atau kopi tiam adalah kedai
kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan ‘kopitiam’ merupakan gabungan perkataan ‘kopi’ dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai.
Dalam erti kata lain, kopitiam bermaksud kedai kopi yang berkonsepkan tradisional Cina sudah lama diusahakan di Malaysia. Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas: beraneka pilihan makanan yang mengandungi
telur separuh masak, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, dan Milo.
Kopitiam boleh dijumpai di merata tempat di Malaysia. Pada zaman dahulu, kopitiam hanya terdapat di kawasan luar bandar. Lazimnya, ia begitu popular di kalangan warga emas yang sering bersarapan dan menghabiskan masa santai mereka sambil membincangkan isu-isu semasa.
Kebelakangan ini munculnya sejenis ‘kopitiam baharu’. Berkonsepkan kafe moden, kopitiam yang terdapat di bandar-bandar menjadi tempat kepada warga kota menghabiskan masa senggang mereka.
Kelarisan kopitiam bergaya lama serta minat masyarakat terhadap tema nostalgia serta kenaikan dalam pendapatan telah mencetuskan kebangkitan jenis pseudo-kopitiam ini. ‘Kopitiam baharu’ ini merupakan kedai
makanan segera yang bukan sahaja menampilkan gaya kopitiam lama dari segi dekor dalamanya, bahkan menggunakan perkakas hidangan seperti pinggan, cawan-piring, sudu garfu yang klasik dan membangkitkan nostalgia, tetapi lazimnya dibina dalam latar yang lebih moden serta bersih seperti pusat beli-belah dan lot-lot tepi rumah kedai.
Trend kopitiam baharu juga dicetuskan setelah terhasilnya fenomena ‘budaya kopi’ oleh rangkaian kedai kopi seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Kopitiam ini menawarkan alternatif yang lebih mudah didapati iaitu budaya kopi boleh dinikmati dengan perisa tempatan dan harga yang lebih berpatutan.
Bagi menawarkan pengalaman kopitiam sejati, kopitiam baharu ini kebanyakannya menawarkan perisa kopi tempatan yang tulen, roti bakar kayu arang yang disajikan bersama mentega dan kaya serta telur separuh masak. Ada yang menawarkan lebih kepelbagaian makanan yang mana sajian khas sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan. Sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata negara.

Sementara itu kafe beraroma barat, Starbucks turut menawarkan pilihan sajian baru kepada rakyat tempatan. Starbucks yang ditubuhkan pada tahun
1971 sebagai peruncit benih kopi, kemudian diambil alih pada tahun 1987 oleh Howard Schultz, telah memperoleh dan membina kedai kopi di seluruh dunia. Selain minuman yang dibuat secara bancuh dan espresso, kedai-kedai Starbucks juga menyajikan teh dan minuman dalam botol pastri dan sandwic sedia untuk dimakan.
Pada masa sekarang, Starbucks telah membuka sebanyak 6,000 cawangan di 30 buah negara seluruh dunia, termasuklah 63 cawangan di
Malaysia. Kedai-kedai Starbucks menyajikan beraneka pilihan kopi yang berubah-ubah setiap minggu agar dapat menyediakan cara yang mudah bagi pelanggannya untuk mencuba pelbagai perisa kopi.
Turut dihidangkan adalah berbagai-bagai jenis minuman panas lain, yang bercirikan
espresso (seperti latte dan cappuccino) dan bukan espresso (seperti minuman coklat panas, tuak epal didih, dan ‘crème’, istilah yang digunakan Starbucks bagi susu didih yang dicampurkan dengan pelbagai perisa sirap).
Di Malaysia, Berjaya Coffee Company (M) Sdn Bhd, anak syarikat Berjaya Group Berhad diberi hak eksklusif pada bulan Mei 1998 untuk mengembangkan seterusnya menguruskan kedai-kedai Starbucks. Starbucks pertama kalinya dibuka di Malaysia di KL Plaza, Kuala Lumpur, pada 17 Disember 1998.
Dalam jangka masa dua tahun kemudiannya sejumlah 17 buah lokasi Starbucks baru dibuka termasuklah lokasi pertama di Johor dan Pulau Pinang. Pada bulan Julai 2004 Berjaya Coffee Company (M) Sdn Bhd diubah nama kepada Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd. Pada waktu ini lokasi Starbucks ke-50 juga dibuka.
Melepak di kafe Starbucks, ada prestijnya. Berbeza dengan kopitiam yang berlokasikan kawasan-kawasan kediaman, Starbucks pula memilih lokasi bisnes di pusat beli belah terkemuka. Justeru, tidak ramai yang punya kesempatan untuk melayan selera di kafe ini, selain menjadi pilihan golongan tertentu, harganya juga turut menjadi perhatian.
Ditinjau daripada pandangan kasar, tiada yang membezakan antara kopitiam dan Starbucks kerana keduanya adalah ‘tempat makan’.
Namun, lebih jauh lagi sebenarnya wujud persoalan lain. Suara Baru mengupas isu ini dengan melihat daripada sudut prestij, permulaan baru era ‘taksub jenama’ yang melanda rakyat Malaysia dan dalam masa yang sama masih wujudkah nilai jati diri anak bangsa terhadap produk tempatan.

Glosari:
Pseudo-kopitiam: penjelmaan ala kopitiam

LUAH DI TEMPAT YANG BETUL

Grafiti Bukan Vandalisme Politik tetapi Merayakan Kebebasan

JANAAN kreativiti pengkarya grafiti di sekitar bandaraya Kuala Lumpur jelas terpapar ketika melintasi beberapa lokasi utama seperti tebing sungai berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni, sekitar bangunan Pasar Seni, antara laluan hentian Bas Kelang dan beberapa lokasi di Bangsar. Seni grafiti juga dilihat menghiasi dinding bangunan Majlis Peguam Malaysia, Leboh Pasar Besar Kuala Lumpur.
Antara keunikan dan keistimewaan teknik ini ialah lukisan yang terhasil akan memaparkan mesej yang jelas sebagaimana dihasratkan oleh pelukis. Banyak premis hiburan berminat mencorakkan dinding di dalam atau luar kedai mereka dengan grafiti. Teknik ini sering digunakan untuk hiasan lanskap di kawasan yang terpilih.
Berdasarkan gabungan warna dan corak yang dipersembahkan, karya grafiti memiliki mesej tersendiri dan mudah difahami oleh mereka yang menatapnya. Teknik grafiti ini juga adalah sebahagian daripada teknik semburan berus angin yang ketika ini populardi kalangan anak muda dengan kebanyakan mereka gemar menggayakannya pada topi keledar dan badan kereta dengan pelbagai corak.
Dalam pada itu banyak juga lokasi di sekitar ibu kota yang menjadi sasaran ‘tangan kreatif’ tidak bertempat. Dan dari sisi nilai setempat menganggap visual tersebut sebagai satu ciri vandalisme memandangkan contengannya dicorak membuta tuli di tempat awam. Mainan warnanya kasar dan sudah pasti diiringi dengan kata-kata yang agak ‘kasar’.
Justeru banyak benar bezanya antara seni grafiti yang ‘halal’ dan grafiti contengan ‘vandalisme’. Namun kedua-duanya bertemu titik persamaan pada prinsip ‘kebebasan meluahkan idea, kreativiti dan perasaan.’ Hal ini diakui oleh seorang non governmental individual (NGI), Hishamuddin Rais.
Menurut beliau, asal namanya seni tidak kira di atas premis apa sekalipun maka seni itu sendiri adalah untuk merayakan kehidupan.
Hishamudin mengimbas jalur sejarah kemunculan mural dan seni lukis. Jelasnya budaya grafiti lahir akibat ledakan zaman industri. “Kalau dahulu bentuk seni lukisan seperti zaman Renaissance hanya untuk gereja dan istana. Ketika itu hanya para bourgeois sahaja yang berpeluang menikmati karya Rembrandt, Picasso dan sebagainya.
“Kemudian apabila muncul zaman industri, lukisan-lukisan ini diletakkan di muzium dan masyarakat menjadi lebih demokratik. Lukisan dapat dinikmati dan dilihat di galeri-galeri,”
“Dan akhir sekali pada pasca moden muncul pelukis-pelukis yang bukan sekadar melukis untuk galeri atau gereja tetapi kembali ke asal usul lukisan-untuk merayakan kehidupan- sama seperti 2000 hingga 3000 tahun lalu di mana lukisan ditemui digua-gua batu,”
“Jadi lukisan yang dilihat di seluruh kota Kuala Lumpur adalah lukisan lukisan seni yang orang masih belum faham. Itu adalah bentuk seni dan bentuk seni baru ini ada hukum, ada syarat untuk memahaminya kerana tiap tiap perkara ini ada syarat dan metodologinya,” tambah beliau.
Tetapi benarkah contengan ini dimanifestasikan sebagai ‘vandalisme’ lantaran rata-rata luapan rasa itu menjurus ke arah pengimejan tidak berpuas hati kepada pemerintah menerusi mesej-mesej tertentu.
“Seni ini adalah untuk merayakan kehidupan. Justeru, saya tidak fikir si pelukis yang membuat grafiti di dinding seperti yang anda katakan sebagai vandalisme itu berfikir, ‘Oh saya hendak hantar mesej berbaur politik yang ‘sekian-sekian ini,”
Bagi Hishamuddin, menghantar mesej ini hanya satu obsesi di Malaysia. “Buat filem mesti ada mesej, penyanyi mesti ada mesej. Kalau nak hantar mesej, hantar sahaja menggunakan SMS, buat apa nak buat ditembok tembok,” ujarnya.
Jelasnya lagi kalau calitan warna yang membentuk perkataan ABU-Anyone But UMNO- seperti mana yang terdapat di sebuah lokasi di Bangsar sebagai political expression, Itu sejujurnya adalah luahan rasa hati si pelukis.
“Anda hanya nampak grafiti grafiti itu sahajalah. Anda tidak nampakkah satu lagi benda seiring dengan grafiti ini iaitu munculnya banyak billboard. Mungkin anda tidak nampak kerana minda anda telah terkongkong bahawa billboard ini yang halal, grafiti ini yang haram, tetapi kedua-duanya adalah art form. Bezanya, seni billboard itu dinaikkan untuk menggoda orang ramai untuk membeli sesuatu produk. Tetapi grafiti ini tidak menjual apa-apa sebaliknya untuk merayakan kehidupan.”
Grafiti beridealisme politik ujarnya, mengambil ruang-ruang di jalan raya bagi mempersembahkan seninya memandangkan kekangan yang dihadapi untuk muncul secara sah di dalam arus perdana.
Hal ini menurut Hishamuddin terjadi kerana negara ini tidak menganut kebebasan bersuara. “Dalam masyarakat transisi ini kita tidak boleh katakan kita menganuti kebebasan bersuara. Justeru masyarakat Malaysia hari ini adalah masyarakat yang belum dewasa,”
“Dek kerana tiada kebebasan media mendorong warga beralih. Dahulu kita bebas tetapi kini tidak lagi apabila UMNO datang memerintah kita. Dahulu sewaktu zaman kesultanan Melayu Melaka, anda boleh berbincang apa sahaja di kampung dan desa. Kini lain, apatah lagi dengan adanya banyak sangat akta, kini kebebasan kita diambil.”
Dalam pada itu timbul persoalan kemungkinan media ekspresi menerusi grafiti ini adalah pengaruh budaya luar.
Menjelaskan perkara ini Hishamuddin berkata, “Ini bukan pengaruh luar. Semua orang obsess dengan pengaruh luar. Apa yang penting di sini ialah bukan kita yang memulakannya. Seharusnya kita jadi pemula. Kenapa kita tidak jadi pemula? kerana kita tidak ada kebebasan. Jadi kerana itu di Eropah mereka jadi pemula, kerana mereka ada kebebasan,” ujarnya sambil menambah tiada ukuran nilai baik atau buruk pada kebebasan berekspresi menerusi grafiti atau mural kerana di dalam hidup ini tiada baik atau buruk.
“Nilai baik atau buruk ini bergantung kepada keadaan hidup ketika itu,” ujar beliau mengakhiri bicara.
Baik grafiti, mural atau contengan semuanya adalah ekspresi pelukis. Namun harus diakui grafiti penuh artistik dan seronok ditatap dengan mainan warna terkawal. Yang penting grafiti dipersembahkan secara tertib dan memenuhi piawai izin pihak berkuasa tempatan berbeza seni ‘grafiti yang di gelar freedom of expression.’ Anda tataplah sendiri.

Box:
Grafiti berasal daripada kalimah Latin iaitu Graphium yang bermaksud ‘melukis atau menulis’ kini menjadi satu lagi luahan seni kreatif anak muda. Teknik lukisan yang berasal daripada barat dan memerlukan kemahiran semburan cat itu dikenal pasti mula memasuki negara ini sejak penghujung 1990-an.

06 November 2008

reminder

KADANG KADANG peringatan dari Tuhan datang dalam pelbagai cara. Seperti yang berlaku pada aku. aku menganggapnya sebagai satu peringatan. mungkin orang lain boleh mengatakannya sebagai "Takdir sedang berbisik..atau Takdir sedang berbicara..atau apa sahaja.." mungkin juga aku yang gagal memahami..peringatan demi peringatan yang datang sebelum ini.

beberapa hari sebelum nya..aku berjaya menyelesaikan banyak benda.banyak perkara.hutang, bil tertunggak..apatah lagi bila menerima cek dari TV3 dan bayaran jadi MC, kemudian pula gaji pun masuk. Tapi satu yang aku baru teringat, aku belum masukkan duit utk ayah di kampung..(ampun ayah)...sikit hari lagi ya.

Ahad 2 November..jam 9.30pagi.sesudah menghantar Adam ke tempat kerjanya..sewaktu melalui LDP, sebelum memasuki tol Penchala ..tiba-tiba enjin WLV wiraku mati.

Aku perlahankan kereta memasuki lorong kecemasan langsung terus membelok ke hentian rehat sebelum plaza Tol. Setelah dicuba start berkali-kali, aku gagal. hipotesis awal,mungkin masalah bateri.

aku memang jahil bab kereta..selama nie tahu naik sahaja, tahu bubuh minyak bila kuning (walaupun termiss dan pernah tersadai menunggu kawan-kawan tolong beli minyak kala tangki kering), tahu bayar instalment bulanan (walaupun kerap juga bank telefon mengingatkan), dan tahu bayar road tax..semata-mata itu..

kalau bab TIMING BELT putus..sumpah aku tidak tahu..dan itulah yang berlaku pagi minggu itu!!!

Ya Allah..di tengah panas terik hari yang sudah meninggi itu..aku menanti pomen, towing trak dan Nasa (sahabat yang menetap di Pelangi Damansara) untuk datang membantu..

aduh..pening kepala sungguh saat itu..

sesudah kereta ditarik trak tunda ke bengkel..RM80 bertukar tangan.

itu baru tunda kereta..(actually bukan tunda, sbb kereta aku dinaikkan ke atas lori trak itu), sehari kemudian aku ke workshop di Kota Damansara bersama Sufian untuk mengambil kereta yang telah siap dibaiki (tukar Timing Belt, Valve dan Minyak hitam) dengan bayaran sebanyak RM550. Fuhh!!!.

Sekejap saja duit hangusssss..

aku akur, mmg lah timing belt tu patutnya dah kena tukar sebelum raya Aidilfitri yang lalu, dan telah diperingatkan oleh Wong Kheik (pomen depan apartmen kami), tapi mengenangkan masih boleh dipandu tanpa gusar, maka aku mendegilkan diri dan inilah musibahnya...kalau tukar sebelum putus, baru RM200..haa ngkau..skrang brapa kena keluar duit..sendirilah tanggung.


DIHUJUNG semuanya cerita lara ini...ada juga keindahan menanti..dan aku doakan keindahan itu..lalu aku perlu lebih berhati-hati berbicara dan perlu lebih berhati-hati mengatur langkah. Agar tidak tersandung lagi kerana Peringatan dari Tuhan sedang berlegar-legar.

20 Oktober 2008

SERUNDING SEDAP..SERUNDING SEDAPP!!!!







Nikmati keenakan SERUNDING hasil air tangan wanita Kelantan sebagai pelengkap sajian makan tengahari atau makan malam, untuk sarapan bersama roti atau dicecah dengan pulut.




dipek segar dengan 250 gm sebungkus
DAGING TEMPATAN-RM13.00
DAGING IMPORT-RM15.00
AYAM-RM15.00
IKAN-RM10.50


Tempahlah sekarang... hubungi 012 354 6727..
lazatnya. Anda pasti teruja

(sekadar mengimbas episod satu Suara Baru)



rencana ini dipetik dari MalaysiaKini
Majalah Politik Terbaru

oleh Muda Mohd Noor Jul 7, 08 2:00pm

Sebuah majalah politik terbaru terbit dalam kehangatan politik negara khususnya tuduh-menuduh antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Politik Umno juga semakin hangat menjelang pemilihan jawatan tertinggi parti dalam perhimpunan agung Disember depan.

Suara Baru diterbitkan oleh Suara Media Sdn Bhd merupakan majalah bulanan berteraskan politik dan isu semasa mula menemui pembaca sejak beberapa hari lalu. Majalah itu menggunakan moto 'kreatif, konstruktif dan kritis' - yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno - mengandungi 84 muka surat dan dijual dengan harga RM6 senaskhah untuk Semenanjung dan RM7 di Sabah dan Sarawak. Wartawan veteran Zainal Epi merupakan ketua editor Suara Baru dan dibantu oleh bekas wartawan Suara Keadilan dan Agenda Daily, Helme Hanafi sebagai editor. Majalah itu mempunyai dua wartawan iaitu Azman Mohd Nawi dan Nurul Faidzah Ab Hadi.

Fokus utama kandungan berita untuk keluaran pertama ialah mengenai penulis blog yang dikatakan boleh menentukan masa depan negara. Beberapa penulis blog terkenal termasuk Ahiruddin Atan, lebih dikenali sebagai Rocky, dan Nuraina A Samad diwawancara untuk terbitan sulung ini. Rocky, bekas editor Malay Mail, yang juga penasihat Kelab Akhbar Nasional mempunyai laman blog sendiri iaitu Rocky's Bru dan blog Nuraina pula 3540 Jalan Sudin. Selain itu, Suara Baru juga memuatkan berita mengenai politik negara khususnya rencana mengenai Anwar, wawancara dengan ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan bekas setiausaha AMK Selangor Mohd Nazmi Rosli.
Zainal dihubungi hari ini berkata, Suara Baru diterbitkan untuk menjadi platform kepada rakyat biasa mengenai isu masyarakat dan politik yang terkini."Isu politik menjadi keutamaan kerana ia boleh membuka minda kepada isu-isu lain," katanya yang pernah bertugas sebagai wartawan The Star dan syarikat televisyen NTV7 sebelum menyertai Suara Baru beberapa bulan lalu.Beliau berkata, jumlah cetakan untuk keluaran pertama 20,000 untuk pasaran di seluruh negara.Katanya, sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan kerana pembaca ingin tahu perkembagan terbaru politik dan isu-isu lain dalam masyarakat.

14 Oktober 2008

13 Oktober 2008

yang BAIK itu pasti berkekalan

Pagi tadi, saya terfikir tentang sesuatu. Sejak akhir akhir ini, apakah yang saya sempat kutip dalam kehidupan?6 oktober lalu..genap 34 tahun usia saya. Dihitung dengan kejayaan rakan-rakan seusia, mereka semua memiliki hampir separuh impian mereka. Mereka; ada yang telah menikah (bahkan ada yang telah menikah kali kedua), ada yang telah beranak pinak, bekerjaya dengan kedudukan selesa, memiliki harta, punya rumah sendiri dan aset. Meski saya sedar, dalam hidup ini, harta dan wang ringgit bukan segalanya, namun hakikatnya, sedikit sebanyak, itu juga alat dan jalan menuju kebahagiaan jiwa dan ketenangan dalam beribadah kepada yang Maha Esa.

yang pasti, saya sentiasa redha pada ketentuanNya dan tidak pernah mengeluh..bak kata L.."jiwa kita harus sentiasa Qanaah (merasa cukup pada apa yang ada) pada Ilahi, baru hati akan tenang,"

tengahari tadi..saya berYM dengan Anna.
dan Anna menawarkan sesuatu yang saya terimpi lewat subuh tadi.
jawatan baru sebagai penterjemah. dengan habuan yang agak selesa.

Rabu ini, saya akan menemui agen yang mencari penjawat jawatan itu..Doa saya tidak pernah putus. saya mohon agar Allah mendengar doa saya itu.insyaAllah.

AIDILFITRI NAN SYAHDU

AIDILFITRI lalu...saya cuba untuk tidak terlalu merancang. kehulu ke hilir seperti raya tahun-tahun sebelumnya..saya cuba berada selama mungkin di rumah.
















Yang paling wajib,..usai solat eidulfitri..saya dan adik ke Maqam Bunda..berteleku, bertafakkur, dan berkomunikasi dengan arwahnya..saya mengepalai adik bertahlil, berzikir dan berdoa,,segalanya untuk dihadiahkan kepada Bunda yang telah pergi meninggalkan kami tanggal 4 Januari 2005 lalu..
hanya itu yang dapat kami hadiahkan kepadanya. Walau kadangkala batin menjerit meminta agar Bunda dihadirkan meskipun hanya dalam mimpi, namun hakikatnya dia telah pergi.Dan doaku selalu dan sepanjang masa, agar kami kan dipertemukan lagi di sana. Amiin.







juadah lebaran
Dan hakikatnya lagi, saya juga masih bujangan. inilah waktu dan kesempatan terbaik bersama insan tersayang. Lalu saya cuba memenuhi waktu yang terhad dengan melestarikan kasih sayang bersama ayah, adik dan ibu baru kami, famili, sanak saudara jauh dan dekat seadanya..dan alhamdulillah, harapan itu dikabulkanNya.



Athira,Asmaa,Hakimi & Akmal








bersama nenda Wan Aminah







12 syawal.. UNTUK kali ke3, saya di ajak makan tengahari. Kali ini di Tarbush Restoran, Bukit Bintang. (kali pertama di PizzaHut OUG tahun lalu dan keduanya di PakLi Kopitiam tiga bulan lalu). Menghabiskan tiga jam di mat'am itu, sangat mengingatkan saya kepada kenangan tahun 1995 hingga 1998 di Mafraq, Jordan.

Tapi bukan itu yang ingin saya titipkan di sini. Saya sangat terkesan dengan ajakan dan masa yang dihabiskan bersama sahabat saya ini.

Hemm..padanya mungkin saya sekadar tempat berkongsi pemikiran, masalah, rasa dan jiwa. Tapi pada saya, dia ada sesuatu yang tiada pada gadis lain. Entahlah...maaf kalau saya mengatakan saya tekesan dengan kehadirannya dalam hidup saya.
Bukannya saya terlalu memujanya, jauh sekali mengagungkannya..tapi pada saya dia ada istimewanya. Pemikirannya; sangat menepati pemikiran saya. L..semoga anda berjaya dalam hidup dan ketemu insan yang cocok dengan jiwa anda..

dan subhanallah.. saya masih bujang..dia juga begitu.....tapi saya semakin sedar saya memerlukan sedikit lagi waktu untuk menyelami kehidupan ini.... terima kasih L.kerana menjemput saya makan tengahari..maqlubah lahm dan nasi daun inab lazat sungguh..terubat rinduku pada Hayyu Dhubbat..




maqlubah kambing...menyelerakan...
salam eidulfitri..

hari ini syawal ke 13..rasa malas memang bermaharajalela..tapi aku akan berusaha memininggirkan malas itu..dan kembali meng'up date' kan blog ini dari semasa ke semasa..insya allah.

Ramadhan lalu..seorang rakan diuji cintanya..benarkah cinta yang dikatakan cinta itu benar hadir?..kadang-kadang kita kerap terkesima kala mengharungi gelombang realiti..pun begitu aku titipkan doa agar dia tidak kecewa lagi...
aku cuba menyelami jiwanya.Memang kami jarang bertemu, tapi aku rasa aku kenal dia. dan aku akan menyenangi dia kerana dia seorang yang tulus dalam berkata-kata.Ramadhan lalu dia sangat akrab dengan masjid...dia berQiyamullai saban malam..itu yang aku kagum.dan Syawal itu dia kejutkan dengan sebuah berita, bahawasanya seorang manusia yang sangat dia sayangi sebagai sahabat sepanjang hayat rupanya gunting dalam lipatan. kasihan aku padanya..kepadanya aku ucapkan moga selalu tabah mendepani hidup..tidak semua yang indah di pandangan itu, indah jua pada rohaninya..buat AR..tabahkan jiwamu mendepani kenyataan ini.

Ramadhan lalu juga aku disapa dengan sebuah realiti...
tentang sebuah penantian yang tak mungkin bertemu titik henti. terima kasih jiwa kerana sabar dan tegar selama ini. Selepas ini aku tidak ingin menanti lagi. Biarkan memory Mafraq, Urdun, Institut Perdagangan Timur, Abdoun, Abdali,dan Hashemi itu hangussss terbakar. Kita memang tidak pernah ditakdirkan untuk bersatu G..Kita memang tidak pernah ditemukan untuk bersatu sebagai janji insan bercinta.mungkin kita ditemukan olehNya hanya untuk bersahabat seperti mahumu...

Ramadhan lalu juga aku diajar oleh Tuhan bahawasanya hidup adalah sebuah universiti alam.dan putarannya adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain..sebagaimana orang lain memanfaatkan kita..aku tidak boleh terlalu angkuh dengan kehendak jiwa dan nafsu kerana kelak aku yang tersungkur...

SEKOLAH RAMADHANIYAH TELAH BERLALU...panjangkah umur kita untuk kembali bertemunya lagi di tahun mendatang?.

25 September 2008

BUKA PUASA DI LE MERIDIEN


meja santapan dan door gift yang menawan,

terima kasih kepada MIMOS yang sudi menjemput kami..

22 September 2008

Sejak ramadhan ini, baru hari nie aku betul betul rasa teruji..tak selesa sungguh. demam lah. DAN hari juga aku perlu submit kan 3 artikel. aduhh..
benarlah kata orang, sakit diturunkan Allah untuk menguji hambaNya..tapi kadang kadang aku rasa tak tahan juga. dengan perit tekak dan hidung berair..mata berair, lemah badan rasanya..
..............pada siapa nak mengadu...mengadulah pada diri sendiri..

19 September 2008

ramadhan ke 19 yang syahdu

hari ini ramadhan ke 19.. sudah 19 hari melalui bulan barakah.alhamdulillah ..dipanjangkan usia sehingga ke saat ini. Semalam, begitu syahdu terasa, walaupun setiap hari setiap petang aku pasti menerima undangan berbuka, semalam aku mengundang diriku hadir ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL..untuk berbuka dan langsung bertarawikh di situ..indah..aman..dan ajaib sekali.

03 September 2008

Ramadhan ini...

Bermula Ramadhan 1429H.

Hari ini hari ketiga puasa. waktu 17.15 kini. tinggal dua jam lagi ke waktu berbuka. beberapa hal yang tidak menjadi lazim tiba tiba datang.bermula semalam, din dan zainal tidak lagi bersama kami. sunyi juga. baru beberapa bula kami di sini. akhirnya....mereka pergi jua.. kuasa Tuhan siapa yang tahu.
Bukannya pergi mati.cuma tidak sebumbung bekerja di sini. di luar, di mana mana boleh bertemu lagi.

tiada rezeki kita bersama di sini. dulupun sekejap cuma di mmp.cuma satu sahaja yang bermain di hati. belum berubah rupanya En.Zepi..

21 Julai 2008

at last keluar juga

kadangkala tidak semua yang kita mahukan itu serupa impian

19 Jun 2008

cerita baru di SUARA BARU, SUARA MEDIA

AKU mula kerja di sini bermula 16 april lalu.Since that aku menunggu lah bila agaknya article ku akan keluar..yang tak brapa sronoknyer,sejak dua bulan lalu juga kami menunggu dan menunggu KDN tak keluar-keluar..iyelah..dengan pelbagai masalah politik melanda negara..dahlah kami buat majalah politik..Maka dengan pelbagai kemelut politik yang melanda negara akhir akhir ini, artikel ku itu terperap dan masih terperap..dibawah ini sedikit story untuk isu pertama ku di dalam SUARA BARU, majalah yang memperjuangkan idealisme Kritis, Konstruktif dan Kreatif..aku doakan semoga sebelum akhir bulan June ini, majalah yang mantap ini akan segera keluar..Ameen.

ADAKAH bloggers PROPAGANDIS?

Jika Himler masih hidup, ketua propaganda zaman Hitler, sudah tentu Jerman tidak akan kalah perang. Himler mungkin akan menggunakan blog untuk tujuan propagandanya. Tanpa blog masa itu pun, beliau berjaya menipu rakyat German.

Pada zaman dunia tanpa batasan, di mana komputer merupakan alat tercanggih pernah di cipta untuk menyatukan serta bertukar-tukar fikiran antara manusia, mengongkong pemikiran rakyat alam satu-satu pemerintahan sudah menjadi sukar.

Dan realitinya ialah di Malaysia di mana keputusan pilihanraya umum ke 12 pada Mac 8 lalu menunjukkan mengongkong media cetak dan elektronik tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada kerajaan.

Bloggers dan blog mereka telah disalahkan sebagai salah satu faktor yan membawa angin perubahan yang di gelar tiupan tsunami. Adakah ini benar atau tidak hanya mereka, iaitu blogers dan pembaca sahaja yang tahu.

Tetapi yang pasti, bloggers bebas menulis apa yang mereka fikirkan wajar untuk diberitahu kepada pembaca, khasnya rakyat Malaysia tentang kepincangan pemimpin dan kerajaan.

Undang-undang seperti defamation, inciting, seditious (kefitnahan, menyemarakkan semangat perkauman, subversif) dan sebagainya agak sukar untuk di tujukan kepada mereka atau blog mereka.

Ini memberi mereka kelebihan, yang di anggap oleh pembaca sebagai lebih berintegriti, lebih kredible dan lebih di percayai dari media arus perdana yang di tuduh tunduk kepada kemahuan pemimpin dalam kerajaan.

Wartawan majalah SUARA mendalami isu ini dengan menemubual beberapa bloggers yang popular yang kebanyakan rakyat percaya mempunyai kredibiliti.



Kak Jad yang banyak membantu







BLOG: BENARKAH MEDIA TRADISIONAL HILANG WIBAWA?- Istilah globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia kelihatan seakan mengecil dari segi perhubungan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Justeru, Internet kini merupakan alat globalisasi yang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menyebarkan maklumat.
Blog pula ialah salah satu media alternatif yang menggunakan jaringan Internet dan semakin popular digunakan, khasnya oleh golongan muda kerana masa dan ruangannya yang tidak terhad seperti media lain.
Penggunaan Internet secara meluas dan memainkan peranan penting dalam kempen pilihan raya umum 2008, menandakan bermulanya era demokrasi digital di negara ini.
Penasihat National Press Club (Kelab Akhbar Nasional), Ahiruddin Attan berkata, bagaimanapun, Internet diabaikan oleh ahli politik sebaliknya ia menjadi alat penting oleh pengkritik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempengaruhi pandangan umum.
Katanya, medium itu menjadi penting akibat hilangnya wibawa media cetak dan elektronik tradisional. “Situasi itu membuatkan kita semua menerima medium digital sebagai media alternatif dan saluran ekspresi serta pemikiran. Bahkan ia juga penting kerana menandakan kemasukan pengundi muda yang jumlahnya begitu besar sehingga membuahkan keputusan pilihan raya yang mengejutkan ini,” katanya.
Ahiruddin yang juga dikenal dengan nama Rocky berkata, golongan pengundi baru itu yang rata-ratanya terpelajar dan memahami konsep kebebasan demokrasi merupakan khalayak yang bebas dalam pemikiran.
Daripada segi sejarah, kerajaan berjaya mengubah kaum Melayu, Cina dan India daripada terkongkong dalam tradisi masing-masing kepada golongan yang terpelajar dan terbuka. “Mereka mula mengemukakan tuntutan-tuntutan dan berharap ia dipenuhi. Sejak 2004, mereka menjangka keadaan akan berubah,” jelasnya.
Rakyat mahukan lebih kebebasan dan ruang. Mereka inilah golongan yang tidak gembira, marah dan Internet menjadi saluran meluahkan rasa itu, kata Rocky sambil menjelaskan pemimpin politik tidak mampu mengawal demokrasi digital yang berkembang pesat dan itulah punca masalah mereka.
“Kehadiran Internet memberi impak besar kepada rakyat. Mereka bebas bersuara dan senario ini menghidupkan demokrasi di negara ini. Cuba bayangkan, dalam satu kawasan pilihan raya, ada tiga blog yang pro kerajaan tetapi wujud 17 blog yang anti kerajaan,” katanya.
Membandingkan media arus perdana dahulu dan kini, Rocky percaya ada perbezaan ketara daripada segi penyiaran bahan-bahan membabitkan parti pembangkang. Bahkan kini sudah ada ruang untuk pembangkang membuat kenyataan. Ini adalah satu perkembangan yang positif, ujar beliau.
Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia. Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan. Malah di seluruh dunia pula, sebanyak 108 juta laman blog yang wujud, dengan 120,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat.
Rocky berkata ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.
“Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari. Kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.
Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.
Perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang semakin mendapat tempat di hati rakyat bagi menyalurkan informasi antaranya agama, pendidikan, undang-undang, politik dan bisnes.



cutey lizardo..

15 Mei 2008


DIA tidak pernah mengecewakan kami. Sejak dia masuk kolej, dia amat menjaga PNGK, dan PNGS nya. Secara emosinya,sejak ibu pergi pada 4 Jan 2005, aku jadi bagaikan ibu kepadanya. Dan ayah sendiri kekadang menjadikan aku perantara untuk berbicara dengannya. Mungkin ayah melihat aku dan dia terlalu akrab, lalu aku pantas bicara apa sahaja dengannya hatta soal jiwa dan perasaan anak-anak gadis seusianya. Lalu bila dia mendapat point point yang mengagumkan seperti itu setiap akhir semester, aku teramat-amat bangga.
BANGGA kerana dari setiap sen yang aku titipkan kepadanya saban bulan, terlahir keputusan demi keputusan cemerlang berkat usahanya dengan seizin Allah. Aku tidak pernah minta agar sen dan RM yang diberi itu dibalas, tidak pernah mengharap setiap pemberian dariku dibalas, kerana itu adalah sebahagian tanggungjawab aku kepadanya, namun aku cuma mengharap yang satu ini...lalu bila dia berjaya dengan keputusan akhir yang tertinggi dengan ANUGERAH DEKAN, aduh..apa lagi yang dapat ku seru..BETAPA BERSYUKURNYA aku..itulah adikku..NOOR ASMAA HJ MOHD NAWI..
I'm so Proud of U sis.. keep up ..ur good work..LUV u..-catatan Abe 'memetik segugus rahmat Ilahi sambil menanti maghrib'

sekuntum doa munajat yang dipetik Ilahi

Petang nie aku terima call dari adik aku dan yang bestnye dia beritahu dia dapat result 3.9 dalam final semester...alhamdulillah.

21 April 2008

the new beginning

alhamdulillah..laluan semakin mudah.denai yang ditebas makin lapang. belukar yang dulu meninggi kini lapang..selapang dadaku yang tidak senak lagi..terima kasih Tuhan

15 April 2008

MUNGKIN
tidak adil untuk kita terus menghukum. tetapi itulah yang kerap berlaku. pada aku semenjak dua tiga menjak nie. sejak aku bergelar freelancer cum permanent. masa yang semakin banyak dihabiskan untuk peribadi, bukannya seperti bulan2 lalu ..aku hectic mengejar deadline dan tugasan. mungkin itu puncanya aku sedikit perasa, sensitif dan peka pada persekitaran. beberapa senario yang tup.tup. terkena batang hidung aku akhir2 ini..aku perasan benda tu bukannya heavy sangat pun, mungkin perasaanku cuma.. namun hati pantas pula bengang, darah pantas pula mendidih, jiwa mula memberontak dan otak mula ligat untuk sentap.!! oh,man!it's not a big deal actually but at some extent I feel like hell.

bila dikenangkan kesensitifan tidak bertempat aku..teringat pula beberapa insiden yang berlaku yang kalau difikirkan balik boleh membuatkan orang rasa nak muntah dengan attitude diva aku yang ala2 berangan.. aku akui dan harus aku akui...aku mohon maaf laa pada sesapa yang terbaca blog nie..setakat yang aku sedar, aku sentap bila teman baikku argue punca aku pindah tempat kerja, kemudian aku sentap bila tetamu kawan yang sama2 join BBQ di PD tempohari sedikit kurang hajar, aku sentap lagi

14 April 2008

SELAMAT KU DOAKAN..

Hei..ada orang nak kawin!!.kad jemputannya bersepah atas meja kawan2 opis nie..tapi pelik kan..dalam banyak2 tetamu yang masuk dalam listnya..kenapa nama aku tak termasuk?
masa dok selisih2 dengannya kat dalam ofis..kat celah2 kubikel pun dia tak mention sikit pun pasal kawinnya..pelik jugak..

kata kak dell ..kau pegila tanya dia minta kad satu..aku kata..SORIIII 15 lori..bagus juga dia tak sudi ajak aku..save duit aku tak payah beli hadiah..agak lucu. jawapan itu.. tapi jauh di sudut hati aku kecik hati sikit la..sebab mamat yang nak kawin tu sebelum ni memang baik dengan aku dan aku rasa aku tak de hal dengannya ..

i got no problem with him..well it's up to him nak jemput siapa pun kan..or may be dia terlupa nak invite abey mey yang sorang nie...walaupun dia tak jemput, or terlupa nak jemput..aku doakan jer la yang terbaik untuknya.."Selamat pengantin baru hafizy dan pasangannya..semoga bahagia, semoga dipanjangkan jodoh ke akhir usia.."

02 April 2008

hari kedua aku di mmp..kembali semula disini setelah lapan bulan meninggalkan rumah kedua ku ini.KKSB menghadiahkan pengalaman yang menarik namun peluang untuk kembali ke sini adalah sesuatu yang indah..seperti kata Kak Intan Zabidin, orang kuat KKSB pada hari terakhir aku di sana, "walau di mana saja kamu berkarya dan berkarier, semuanya sama, yang paling penting nawaitu dan iltizam itu mesti jelas..demi masa depan yang terbaik, buatlah pilihan terbaik untuk dirimu..akak doakan kejayaanmu.." terima kasih Kak Intan.

begitu juga pesan dan titip ingatan dari rerakan yang menyokong seperti Zalmi, Nanie, Lin dara, Lynn Nona, Putri, Achiek, Jemang, Cael, Rafiq, Cik Li remaja, kak Sherry, kak Ani Yezz, Ina Yezz, Faiz, Jojet, Abang Richie, cik Sharom, Mizi, Oda, Wanie,Botak, E suhaidi,Kak Gee, Seda, Ema, kakak-kakak editor, dan sesiapa sahaja yang tidak tersebutkan namanya disini..kalian adalah momen paling manis untukku di suku pertama 2008 ini. terima kasih teramat buat cik Mat bekas editorku di Majalah I yang memberi peluang buat ku menimba ilmu di sana.. ada umur kita kan bertemu dan bekerjasama lagi biarpun didalam jalur dan medium yang berbeza.

terima kasih sekali lagi.

jangan berhenti berjalan, kerana setiap langkah yang dihayun adalah pahatan keazaman dan kini inspirasi
Hanya Di Mercu

Mimpi dan harapan
Cecita yang tinggi menjulang
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

korus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani
Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan
bagaikan duri yang mencengkam
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

21 Mac 2008

good hair day..hahaha

Its good to have a new hair cut....legaa palotak..
no matter how was it look like but i enjoy doing a new hair look..some people said that i look much younger..Ohhh really..ahaks.. but again its not the age that count but how do you present yourself and u carry urself in public..
SALAM MAULIDURRASUL.



23 Januari 2008


TITIS IMAN

petang rabu begini...lagu Ungu..andai ku Tahu begitu mengiang-ngiang di telinga...ku hayati liriknya..pada baris yang aku BOLD kan itu adalah petikan sebuah puisi sufi yang sangat masyhur pada era keemasan sufi di Iraq..dan harus dikatakan Ungu bijak sekali mengadun ritma lembut nada ketuhanan di dalam tempo progresif rocknya..dan aku tidak puas walaupun lima kali lagu ini aku putarkan...

kerdilnya aku disisiMu Tuhan..dengan sebuntil dosa yang dihimpun saban waktu..tapi cuma setitip doa yang dipanjat buat membasuh noda..terhapuskah dosa-dosa yang menimbun itu..ampun kan aku wahai Tuhan yang Maha Pengampun lagi Pengasih...hanya kepadaMu selayaknya aku berserah..


Andai Ku Tahu
by Ungu

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu....

chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu
aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga tak pantas di surga
andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan akumengucap kata taubat padaMu

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni akumenangis ku bertaubat padaMu
ahh...

03 Januari 2008

anak halal..fragmen kebenaran yang digeruni







hidup dan kehidupan..sekadar renungan


Benarlah kata orang..hidup ini ibarat roda. Dunia ini bukan bulat pada fizikal semata-mata, bahkan ia sememangnya bulat dari sudut pengertian. Kalau hari ini kau di atas, jangan terkejut bila esok kau tiba-tiba di bawah. Segalanya hanya pinjamanNya. Dia berhak memberi dan Dia juga berhak menarik kembali apa yang telah dipinjamkan kepada kita. Maka beruntunglah sesiapa yang mengambil pedoman daripada setiap pengajaran yang datang didepan matanya. ..