30 Mei 2009

adakah kerajaan Malaysia tersalah membuat perjanjian?

HEBOH satu Malaysia bila bekas ketua Parti Komunis Malaya memohon untuk kembali ke Malaysia. Ada yang menyokong, ramai pula yang sentap..konon orang tua yang pernah mengambil banyak nyawa perajurit negara ini tidak akan pernah layak memijak lagi bumi bertuah ini. Persoalannya, benarkah dia tidak layak, atau hanya sentimen kita yang terlalu 'patriotis' atau kita terlalu ikut-ikutan dengan alasan yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Ironinya, Utusan Malaysia hari ini memuatkan kenyataan peguam Chin Peng tentang hasrat lelaki tua yang kini sedang membilang hari untuk pergi selama-lamanya. Cuma aku pelik, kenapa orang atas beria-ia benar dengan penafian dan tidak peduli dengan perjanjian yang pernah ditandatangani itu. Bagi aku yang kadang-kadang terlupa dengan sejarah..sesungguhnya sejarah tidak pernah menipu..

Chin Peng berhak pulang - Peguam- utusan malaysia

PULAU PINANG 29 Mei - Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Beliau berkata, klausa 3.1 perjanjian itu menggariskan ahli PKM daripada unitnya yang telah meletakkan senjata dan merupakan seorang yang berasal dari Malaysia serta berhajat untuk kembali ke negara ini wajar diberi kebenaran berbuat demikian.

Bukan setakat itu beliau mendakwa, mereka yang memenuhi syarat tersebut telah dijanjikan untuk diberi bantuan bagi memulakan kehidupan baru.

''Selepas perjanjian dimeterai, semua bekas pemimpin PKM termasuk Rashid Mydin dibenarkan pulang namun saya musykil kenapa Chin Peng seorang sahaja tidak dibenarkan pulang,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa, setiap ahli PKM yang pulang ke Malaysia berhak mendapat bantuan RM50,000 dan elaun bulanan serta tanah untuk bercucuk tanam.

''Apa sudah jadi dengan bantuan kewangan yang dijanjikan? Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan meminta mereka menyiasat perkara ini,'' katanya.

Selain itu katanya, sebagai peguam Chin Peng, beliau telah membuat permohonan di mahkamah di sini untuk membenarkan Chin Peng pulang tiga tahun lalu namun permohonan itu ditolak.

''Semua adik-beradik dan anak-anak Chin Peng ada di Malaysia,'' katanya.

Mengenai kekejaman PKM pada masa lalu beliau berkata; ''kalau PKM dituduh bunuh banyak orang, Britain lagi banyak bunuh orang apa lagi Jepun.''

29 Mei 2009

JUMAAT YANG MENYERONOKKAN

Lain macam rasa hari ni. Walaupun tidur sepicing cuma malam tadi. Bila difikir fikir cuma 2 jam aku lelap. Hemm..gara-gara persiapan terakhir proposal event terbaru kami yang sudah dilakar sejak seminggu lalu. Dan proposal itu perlu dipersiapkan untuk dibentangkan pada mesyuarat jam 11 hari ni.

Jam 6 pagi, Alhamdulillah, selesai juga. Terima kasih kepada Sofea Isma Mirza yang bermurah hati meminjamkan laptopnya, gara gara Compaq ku terpaksa dihantar ke klinik untuk servis..virus trojan ntah hapa hapa sudah semakin galak dan bernafsu beranak pinak dalam laptop aku. Trimas juga kepada Noreen n Miss J kerna sudi membuat review sebelum proposal itu di bentang di meja Tuan Besar.

Tengahari sesudah solat Jumaat, baru terasa pening menikam. Menyengatnya dalam otak. Bila difikir fikir rupanya inilah natijah tidak cukup tidur mlm tadi. Justeru, aku kena Qadha tidurku petang nie...adussssssss...terlalu sakitnya memijarrrrrr..huhu..

Tapi aku puas hati, kerna aku sudah lunaskan kerja aku..alah..esok kan cuttttttttttttttttiii 2 hari.
Sempurna
by Andra And The Backbone

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku
ku kanselalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Bridge:
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Chorus:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku
lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh'
au bisikkan dan hapus semua sesalku

Back to bridge
Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..

26 Mei 2009

DALAM SEPIKU YANG PANJANG DAN TIDURMU KUTEMANKAN DOA


KETIKA pagi masih redup...bukan kerana masih pagi, tapi kerana langit rawan menakung pekat kembung akan mencurah hujan bila-bila masa, aku memandu -tidak begitu laju- dari Bukit Jalil ke Melawati..sedang hati amat rawan seperti langit itu..biru pekat menunggu runtuhnya bedungan air hujan, begitu agaknya bedung banjir di penjuru sempit jiwa aku. Gara-gara terlihat seorang lelaki Cina sedang menjamu selera dengan asyik di sebuah restoran di OUG ketika aku singgah tumpang parkir di hadapan kedai itu sebentar tadi untuk ke bank.Dia tiada salah pada aku. Tapi semakin lama aku perhatikan dia, jiwa tersentuh..terkenang arwah ibu. Atau kami semua menjulangnya dengan gelar Cik.Itulah nama pemilik syurga aku dan adik.Jauh menung ku sambil memandu seawal mula perjalanan hingga sampai ke Ofis.

Cik pergi pada 4 Januari 2005 membawa bersama diabetis yang dideritainya selama bertahun-tahun. Kerana diabetis juga Cik terpaksa menanggung luka dalaman lewat ibu jari kakinya yang sebelah kiri terpaksa dipotong. Luka dalaman itu tidak kami nampak kerana Cik pandai sekali menyembunyikan. Tatkala aku sering menelefonnya bertanya khabar atau tatkala aku sering pulang sebulan sekali menziarahinya dan ayah, Cik menzahirkan rianya dan nampak terlalu gembira, terlalu riang dan seakan tidak pernah derita sakit. Walhal kami semua tahu mata Cik tidak lagi terang seperti dia muda dulu dan sewaktu dia belum sakit. Apatah lagi setelah operasi ibu jari kaki, mata kanan Cik pula perlu dioperasi. Sesekali Cik ada mengadu, saraf rasanya dihujung jari serasa hilang. Dia tidak betah berpijak di lantai simen. Gara-gara ibu jari yang sudah tiada menyukarkan tunjang pijakan. Ayah berhabis ribuan ringgit mengubati. Banyak kali juga Hospital menjadi rumah kedua Cik. Tapi Cik selesa di rumah sendiri, dan adik aku yang merawatnya.
Perginya Cik tanpa sakit yang terlalu kuat, dia pergi dengan aman dan tenang dengan ayah dan adik aku disisinya. Kata adik, Cik masih boleh makan dan minum pada hari hari terakhirnya.Tapi aku tiada di sebelahnya. Aku di kota. Bekerja...
Dan dinihari 4 Januari 2005, seminggu selepas tsunami melanda Asia, aku pula dilanda tsunami..yang melara sehingga lebih 5 bulan untuk pulih...malah hingga hari ini aku masih rasa aku sunyi yang terlalu sunyi...sepi..kerana aku dan Cik terlalu erat umpama urat dalam daging.Mungkin kerana aku tiada disebelahnya ketika dia pergi menyambut panggilan Tuhan, membuatkan aku rasa ralat yang panjang dan tidak akan sewenangnya hilang. Mungkin juga kerana Cik pergi tanpa sempat aku berikan rawatan terbaik buatnya buat aku rasa terlalu kesal yang panjang dan tak mudah hilang. Mungkin juga....
Namun, jangan sekali-kali tuduh aku tidak redha dengan kepergiannya. Aku redha. Cuma kelibat lelaki tua itu pantas mengingatkan aku...kepada arwah Cik.
Alfatihah untuk arwah cik, Bondaku Hajjah Siti Julia Zainab bt Abdul Rahman..
Dan belum terlewat untuk aku kalungkan Selamat Hari Ibu untuk IBUKU dan seluruh ibu di dunia.



Tunas itu mula bercambah
Sekian lama tertanam di pelosok gentian
Menjalar robek sinar mentar
Walau halangan datang menerpa
Tunas itu mula berkembang
Kembangnya sekuntum mawar
Bagai si puteri bangkit beradu
Walau saingan menyerang tiba
Si mawar mula mewangi
Semerbak harum menusuk kalbu
Ayuan merah kelopak menawan
Lambaian hijau daunan menenang
Lembut tubuh bersalut duri
Membangkit cemburu iri sang flora
Menzahir gerun takut sang fauna
Hanya si kumbang gagah tiada gentar
Ibu dikaulah mawar itu
Yang kupujai tiap waktu
Yang kurindui wajahmu
Yang kukagumi ketabahanmu
Cekal hati mendidik daku
Sabar murni melayan kerenah anakmu
Tiada kedengaran sepatah keluhan
Tiada kelihatan setitip kemarahan
Kini mawar itu kian layu
Perlahan dimamah arus usia
Gugur sudah si ayu kelopaknya
Hilang sudah lambaian daunannya

Segamit memori ku kenangi
Setulus kasih ku dambai
Potret wajahmu ku tatapi
Sebuah kehilangan yang tiada ganti
khas buat ibu tersayang..

al-fatihah










Much of life can never be explained but only witnessed' - Rachel Naomi Remen, MD ...another wonderful story

NAIROBI (AFP) - A baby hippopotamus that survived the tsunami waves on the Kenyan coast has formed a strong bond with a giant male century-old tortoise in an animal facility in the port city of Mombassa , officials said The hippopotamus, nicknamed Owen and weighing about300 kilograms (650 pounds), was swept down Sabaki River into the Indian Ocean , then forced back to shore when tsunami waves struck the Kenyan coast on December 26, before wildlife rangers rescued him.

'It is incredible. A-less-than- a-year-old hippo has adopted a male tortoise, about a century old, and the tortoise seems to be very happy with being a 'mother',' ecologist Paula Kahumbu, who is in charge of Lafarge Park , told AFP .'After it was swept away and lost its mother, the hippo was traumatized. It had to look for something to be a surrogate mother Fortunately, it landed on the tortoise and established a strong bond. They swim, eat and sleep together,' the ecologist added. 'The hippo follows the tortoise exactly the way it followed its mother..

If somebody approaches the tortoise, the hippo becomes aggressive, as if protecting its biological mother,' Kahumbu added. 'The hippo is a young baby, he was left at a very tender age and by nature, hippos are social animals that like to stay with their mothers for four years,' he explained. 'Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.' This is a real story that shows that our differences don't matter much when we need the comfort of another. We could all learn a lesson from these two creatures , 'Look beyond the differences and find a way to walk the path together.'






Save the Earth... it's the only planet with chocolate.
'Those who bring sunshine into the lives of others, cannot keep it from themselves

21 Mei 2009

MONOLOG dengan jasmani


Sepanjang perjalanan dari rumah ke Inska/Suara Media pagi ni aku monolog sahaja. Kalau ada pemandu lain yang selisih dengan aku atau penunggang motorsikal yang sesekali menoleh kearahku tadi pastinya mereka akan kata aku gila. Bercakap sendiri. HUH!!..mungkin benar. Tapi monolog adalah satu cara untuk aku lepaskan tekanan. Sama juga macam kita berdoa saban waktu seusai solat, atau kala menggendong susah hati, susah jiwa, susah hidup. Bukankah kepada Rabbul Jalil kita panjatkan doa dengan cara bermonolog...

Lalu apa salahnya dengan bicara sendiri kepada diri. Aku rasa dengan cara itu, jiwa akan lebih jujur dengan diri. Hati akan lebih telus dengan diri dan hakikatnya kita takkan bercakap bohong dengan diri sendiri. Dan aku monolog kerana aku rasa terlalu lesu kala bangun tidur, letihnya benar-benar menekan. Bibir terasa kering. Tekak terasa kering. Sendi terlalu lenguh.Mulalah hati membuat spekulasi keracunan makanankah aku? atau apa.

Sebelum mula memandu tadi aku telan dua biji Panadol Extend yang kerap membantu kalau lenguh fizikal. Lalu sepanjang menyusuri DUKE aku bicara dengan diri. Tentang sakitnya badanku. Aku bicara begitu kerana ada seoraang pengamal perubatan Aura Metafizik pernah memberitahu, sering seringlah bicara pada fizikal anda ketika sakit atau ketika emosi sedang terdera, insyaallah seluruh jasmani akan berpakat membantu anda...

Pesanan itu aku cuba praktikkan hari ini, pagi tadi. Alhamdulillah ia begitu membantu. Aku katakan pada tubuhku, aku perlu siapkan tugasan hari ini. Rangka proposal majalah PL ini perlu segera dilunaskan hari ini. Dan kalau boleh ia dilunaskan dengan tertib serta wajar.

14 Mei 2009

petang itu di KLCC

pose depan KLCC..thanks Kak Jay yang sudi memotretkan aku

14 TAHUN LALU YANG INDAH; MEMPESONA DAN PERNAH MEMPERTEMUKAN KITA

HARI ini aku buka blog seorang sahabat lama yang kukenal sewaktu belajar di bumi Urdun hampir empat belas tahun nan lalu. Mohd Khair Amin. Blognya syurahbil-syurahbil.blogspot. Terima kasih kepada Gee -Zarizi- yang bersusah payah mengirimkan adress Khayr. Dan kebetulannya kala aku menziarahi blog Khayr, sahabatku itu sedang bergembira ria meraikan kelahiran babynya yang aku kira anak pertama beliau. Umaieyrah yang comel melengkapkan kebahagiaan Khayr dan Zawjahnya..tahniah sahabatku.


Aku masih ingat lagi dulu pertengahan 1998, bulan Mei, ketika aku terpaksa menamatkan pengajian di Mafraq gara-gara pitis jatuh sebelum menyambung pengajian di UKM, sedih tidak terkata. Ramai-ramai anak anak buah, kawan-kawan pakat menyewa coaster (bas mini) menghantar aku ke airport Queen Alia.

Aku ingat lagi muka-muka mereka di dalam coaster itu yang sudi meluangkan masa mengirim aku walhal malam sedang larut dan mereka semua ada kelas besoknya. Khayr yang bersusah payah menyediakan bekal makan malam aku, Brahim yang tak berhenti menghibur di dalam coaster sebagai ketua pramugari, Ali yang menyabarkan aku, Shima dan Hubbynya (aidil), Deris kak Mona yang sudi turun dari Irbid, Ustaz Farid yang kini hebat sebagai penceramah bersama Zahari di tempat duduk belakang juga hadir, Zarizi yang aku anggap sebagai anakku, Junaidi dengan kupiah putihnya, Adam Madonna, Matt, Sham dan ramai lagi... wajah-wajah kalian kini hadir dan kerap hadir satu persatu di mata. Kalian tetap aku ingat selamanya hayat dikandung badan.

Juga sahabat-sahabat JINGGE yang tiada di dalam coaster malam itu, seperti Hakim, Haneef (seorang lagi anakku) , Kak Noor,Sudeen, yang sehingga kini kekal berhubung (keep in touch dengan ku)..alhamdulillah.

..dan tengah malam itu, sebelum aku naik flight Royal Jordanian, untuk kali terkahirnya kami semua berpelukan dalam sayu. Dalam ramai ramai yang berpapasan memelukku, aku teramat ingat kata Deris Kak Mona yang menusuki gegendang telinga, katanya, Azman..kau memang seorang yang hebat, kau tabahkan hatimu..."

benarkah begitu Deris?..setelah 14 tahun berlalu..aku tetap ingat momento itu..




Mungkin aku akan rakam secara episod segala fragmen dan momento indah sepanjang tiga tahun bermukim di tanah gersang Hayyu Janubi itu di dalam laman ini satu hari nanti.

Korang ingat lagi tak, 14 tahun lalu, kita kena menapak dari Bab Raisi (gerbang utama), sampailah dewan kuliyah..macam mana la gamaknya 2009 ni, masih menapak lagi kah pelajar2nya, atau pihak Uni dah sediakan pengangkutan.


Kini mereka semua sudah pun berjaya dan ada juga yang sedang meniti jaya. Aku sentiasa doakan kalian dan moga juga akan tetap ingat pada aku. Bukankah Nabi pernah menjanjikan kebahagiaan dan lembayung rahmat buat hamba Tuhan yang saling mengukuhkan Cinta sesama mereka, asal sahaja Cinta itu berlandaskan ikhlas dan kasih yang jujur.

06 Mei 2009

perihal airmata

SEORANG teman lama di MKSB, Jue mengirimkan emel yang penuh titipan murni. Dan aku titipkan kajangan bait murni itu di sini untuk bersama memanjangkan barakah dan hikmahnya.
PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.Firman Allah SWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43).
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
Tangis tercela atau terpuji?
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.Tangisan dapat memadamkan api Neraka.
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya:
“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.Air mata taubat Nabi Adam a.s.Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”
Air mata yang tidak dituntut.
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat.
Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:
“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi).
Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak.
Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya.
Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.
Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat.
Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :
1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat. Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;
1. Imam (raja atau penguasa) yang adil.
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah.
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat maksiat, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah).
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan.
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu.
4. Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
Hadis Rasulullah SAW:Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

05 Mei 2009

SATU LAGI KHAZANAH ALAM YANG TIDAK TERNILAI

BERUANG MADU DI TAMAN RUSA

INFORMASI tentang Deerland Park atau Taman Rusa di Lancang, Pahang bukanlah saya dapati menerusi laman web rasmi taman itu memandangkan tiada laman web rasmi Deerland Park yang dibangunkan sebagai rujukan.
Peringkat awalnya beberapa teman yang pernah berkunjung memaklumkan tentang keterujaan mereka. Hasilnya, dengan satu klik entri ‘DEERLAND’ di enjin pencari Google, berjujuk maklumat tidak kira paparan menerusi lelaman web agro tourism, blog persendirian mahu pun pop up di frame emel, kesemuanya tentang Deerland, Lancang.
Namun apa yang lebih menakjubkan bila 90 peratus daripada maklumat itu dipancarkan daripada laman web luar negara, menunjukkan prestij taman safari milik persendirian itu sebenarnya lebih menyerlah di mata orang luar.
Justeru, saya dan jurufoto tidak menunggu lebih lama untuk merasai sendiri pengalaman itu. Lalu, siapa sangka keputusan meninggalkan ibu kota pada satu pagi Sabtu itu sebenarnya menghadiahkan sebuah pengalaman yang unik buat kami.
Perjalanan selama dua jam dari Kuala Lumpur tidak terasa penatnya bila melangkah ke rimba seluas empat hektar milik Abdullah Ahmad Mahmud. Bahang kota cepat benar menghilang berganti tenaga oksigen segar perbukitan Kampung Sokmik, Bukit Rengit, Lancang, Pahang yang melatari kediaman lebih 160 spesis mergastua ini.
Apatah lagi dengan keramahan tuan rumah yang membuatkan kami semakin selesa. Kami dibawa menjenguk dan bermain dengan si Muda; beruang madu tempatan yang menurut Abdullah adalah antara spesis beruang garang dan sukar didekati manusia. Sedang pasangannya Dayang terpaksa dikuarantinkan buat sementara lantaran musim mengawan.
Berbeza Dayang yang seakan tiada ‘mood’ pada pagi itu, Muda sebaliknya sangat ceria ‘melayan’ anak-anak kecil juga pengunjung dari dalam dan luar negara yang ingin bergambar rapat dengannya. Saya sendiri pada mulanya merasa agak cuak, manalah tahun kalau-kalau haiwan berkuku tajam ini berkenan untuk merobek isi perut saya. Namun setelah diyakinkan oleh penjaganya iaitu Zulkifli, saya merapatkan diri dan mengusap-usap belakang Muda.
“Umur Muda lapan tahun dan ia dibela di sini sejak usia bayi. Abdullah mendapatkan Muda daripada komuniti orang asli setelah ibu dan bapa beruang ini telah mati ditembak ketika ia dilahirkan. Dan sejak itulah Abdullah membesarkan Muda bagaikan ahli kelurganya sendiri,” ujar Zulkifli menceritakan.
Nurani haiwan pun pandai membalas budi, hati saya berdetik. Apatah lagi bila mendengar kisah dan pengalaman Abdullah,56, tentang beruang kesayangannya itu.
“Selama di sini, Muda dilayan bagaikan ahli keluarga sendiri. Saya berbicara dengannya seperti berkomunikasi dengan manusia. Saya melayannya makan bahkan menyuapkan ke mulutnya sendiri, dan mungkin itulah rahsia yang mengikat antara kami dan haiwan itu,” jelasnya.
“Seorang profesor veterinar pada mulanya ragu-ragu untuk mendekati Muda kerana khuatir haiwan itu akan bertindak agresif, membuat pengakuan bahawa inilah satu-satunya beruang madu di dunia yang mesra manusia.
“Sedangkan tiada teknik veterinari moden yang pernah didokumenkan dapat memesrakan beruang sebegini. Profesor itu benar-benar teruja dan kagum,” jelas Abdullah.
Tambahnya lagi beliau tidak pernah mengamalkan petua pelik dan khurafat untuk menundukkan haiwan. Sebaliknya Abdullah percaya pada satu prinsip mudah, iaitu keikhlasan hati dan niat untuk berbakti kepada sesama makhluk Tuhan telah menjadikan iltizam dirinya semakin kuat untuk menghayati kehidupan dan menjadikan dirinya erat dengan alam.
Demi melangsungkan survival beruang madu tempatan, Abdullah mencarikan pasangan untuk Muda dan hasilnya lahir pula Hitam sejak tiga tahun yang lalu. Namun fitrah haiwan sememangnya berbeza daripada manusia. Biarpun Hitam adalah benih Muda dan Dayang namun Hitam kini terpaksa diasingkan daripada induknya kerana dikhuatiri akan menimbulkan cemburu bapanya lantaran usia Hitam yang semakin dewasa.

Kunjungan lebih 37,000 pengunjung termasuk 7,000 pelancong luar negara sepanjang 2007, membuktikan Deerland Park memiliki pesonanya tersendiri. Taman ini dibuka secara rasmi kepada pengunjung pada Jun 2006. Deerland Park yang diwujudkan untuk menjadikannya ‘taman dunia haiwan dengan persekitaran alam semula jadi’, memberi kelebihan kepada pengunjung mengenali lebih dekat haiwan dan tumbuhan yang terdapat di situ.

Selain beruang madu tiga beranak tadi, beberapa spesies haiwan lain, burung kasawari, rusa, kancil, landak dan burung yang didatangkan khas dari Indonesia, Taiwan, Australia dan spesies tempatan menyerikan lagi Deerland Park dan berjaya menarik perhatian pengunjung. Bahkan menurut Abdullah, beliau sedang berusaha menambah bilangan spesies haiwan dan tumbuhan untuk dijadikan tarikan utama ke taman berkenaan.
“Saya sudah membelanjakan RM300,000 untuk menyediakan segala fasiliti termasuk membeli pelbagai spesis haiwan bagi membolehkan orang ramai melihat haiwan berkenaan dengan lebih dekat.
“Sehingga kini, kita mempunyai tiga spesis rusa yang dibeli di beberapa negara seperti sika dari Taiwan, timur (Indonesia) dan samba (Malaysia). Kehadiran spesies itu banyak membantu memperkenalkan Deerland Park di seluruh negara dan luar negara, sekali gus meningkatkan sektor pelancongan di Temerloh," katanya.
Abdullah yang berasal dari Bentong, berkata impiannya sekarang untuk menjadikan Deerland Park sebagai `Taman Safari' ala Malaysia walaupun tidak mampu menandingi Zoo Negara tetapi yakin, penambahan lebih banyak spesis mampu menarik pengunjung.
“Pengunjung bukan saja di kalangan rakyat tempatan, malah ramai yang datang dari luar negara kerana mahu melihat keindahan alam semula jadi terutama haiwan yang terdapat di negara ini serta Asia," katanya.
Dalam pada itu, Deerland Park juga turut menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk perkhemahan dan aktiviti merentas hutan yang dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 10.30 pagi hingga 5.30 petang. Setakat ini, taman berkenaan mempunyai enam kakitangan tetap dan lima bekerja secara sambilan. Sejumlah RM7,000 diperuntukkan bagi menguruskan taman berkenaan termasuk gaji dan makanan haiwan bagi tempoh sebulan.
Antara aktiviti yang boleh disertai pengunjung di taman ini ialah memberi makan haiwan. Aktiviti seumpama ini ujar Abdullah adalah satu momen yang unik dan mengasyikkan bila mana pengunjung terutamanya si kecil dapat merasai sendiri belaian fizikal dan sentuhan bibir haiwan berkenaan.
“Memang menjadi hasrat dan impian saya untuk mewujudkan persekitaran kasih sayang, cintakan mergastua dan alam semula jadi antara anak-anak dan keluarga serta flora dan fauna, namun dalam masa yang sama penjaga-penjaga di sini akan mengawasi segala aktiviti tersebut pada sepanjang masa,”
Abdullah juga menerangkan pengunjung akan dibawa melawat taman herba miliknya sebaik selesai mengelilingi taman haiwan yang permai itu. Pengalaman serta pembelajaran ringkas berhubung tumbuhan herba dan perubatan tradisi Melayu itu akan dinikmati sambil menyaksikan tumbesaran pepohonan berkenaan kala melalui titi kayu yang didirikan khas merintangi lokasi tersebut.
“Pihak kami akan menguruskan tempahan daripada sesiapa sahaja yang berminat, sama ada untuk bermalam, berkhemah atau mengadakan kem motivasi di sini. Deerland Park juga berbesar hati untuk mengatur acara makan tengahari iaitu makan nasi di dalam buluh di tebing sungai dan berakit di sungai Pahang. Pelancong juga akan belajar cara-cara menyumpit dan kaedah asas survival hidup di rimba seandainya mereka menyertai aktiviti di sini,” terangnya.

Abdullah telah meletakkan sebuah batu asas yang kukuh di sini dan sebagai seorang pengasas, Abdullah berbangga kerana usaha beliau bersama isteri yang juga seorang pencinta alam telah membuahkan hasilnya. Justeru beliau mengharapkan kepada anak-anaknya untuk meneruskan legasi yang telah dibinanya itu.
Pencinta haiwan yang serba sederhana ini berkata pihaknya turut meminta bantuan Kerajaan Pahang dari segi penempatan haiwan ke Deerland Park. Katanya, kehadiran lebih banyak haiwan akan memberikan lebih tarikan serta memberikan satu pengalaman menarik kepada pengunjung.
“Peringkat awalnya memang sukar untuk mendapatkan permit dan keizinan daripada pihak berkuasa untuk membawa masuk haiwan ke sini, namun atas dasar hubungan baik antara pihak saya dan beberapa orang atasan, usaha ini berjaya juga dilaksanakan.
“Saya sangat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta yang sudi menaja makanan haiwan berikutan kos pengurusannya yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. “Setakat ini, segala kos pengurusan diperoleh daripada jualan tiket dan wang sendiri dan saya lakukan ini atas dasar mahu mengekalkan alam sekitar dan memulihara spesis haiwan daripada pupus,” kata Abdullah lagi.

Sementara itu, seorang pelancong dari Alton Hampshire, England, Alan Rixon, 50, berkata dia teruja apabila diberi peluang bermesra dengan beruang madu yang jinak yang menjadi tarikan utama pengunjung ke Deerland Park. Katanya, haiwan yang terdapat di situ juga dilihat selesa bergerak bebas, berikutan keadaan persekitaran asli yang dilitupi tumbuhan hijau.
Meskipun baru pertama kali mengunjungi ke Deerland Park, namun Rixon kerap berulang alik ke Pulau Pinang atas urusan kerjanya. Bagi beliau, menjadi rutin tahunan untuk membawa keluarganya bercuti dan pilihan utama tentulah taman Safari di serata dunia.
Ujarnya, Safari Malam seperti yang terdapat di Singapura atau di Amerika Syarikat dan Eropah amat berbeza kerana Lanchang menawarkan pengalaman yang lebih alamiah. “Ia satu melalui pengalaman yang sangat semulajadi apabila berpeluang melihat lebih dekat dan menyentuh haiwan yang ditempatkan di situ. Kalau ditempat lain, anda cuma sekadar memandang dari jauh dan haiwan-haiwan itu pula dikurung didalam sangkar besar,” jelasnya.
Pandangan Alan dipersetujui oleh isterinya Caroline. “Jika berpeluang, saya akan kembali ke Deerland Park kerana pengalaman berada di sini memang menakjubkan kerana keadaan alam sekitarnya kekal dan tidak tercemar,” ujar Caroline.
“Sepatutnya, lebih banyak kemudahan seperti ini diwujudkan kerana keadaan cuaca dan alam semula jadi di Malaysia sesuai untuk dijadikan taman safari.”
“Saya gembira sepanjang berada di sini kerana pelbagai spesis haiwan seperti rusa, kancil dan burung kasawari menjadi tarikan utama kepada mereka yang gemarkan haiwan. Saya berharap lebih banyak spesis haiwan ditempatkan di sini kerana persekitarannya bersesuaian dengan habitat semua haiwan," katanya lagi
Deerland Park, bagi Caroline adalah tempat paling sesuai bagi mereka yang cintakan alam. “Di sini integrasi antara manusia dan haiwan terserlah dan kita perlu terus mengekalkan keaslianya,” tambah beliau.


Info DEERLAND PARK:
Lokasi : Kampung Sokmik, Bukit Rengit, Lancang, Pahang
Keluasan : 4 hektar
Memiliki lebih 160 spesis mergastua dari dalam dan luar negara.
Didirikan di atas tanah kerajaan melalui hak milik tanah sementara (TOL) yang dimohon dan diusahakan sejak 1996.
Dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Jumaat. Tiket RM5 dikenakan kepada orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak bagi pengunjung tempatan. Tiket RM10 dikenakan terhadap orang dewasa dan RM5 kanak-kanak bagi pelancong luar negara

Bagaimana ke sana?:
Hanya dua jam memandu dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur. Selepas tol Lanchang, ambil simpang kanan dan Deerland Park hanya 20 minit sahaja di hadapan.


Pix: anak kubung atau nama saintifiknya Suger Gelider.
Pix utk koleksi gambar herba dan bunga-bungaan: (caption: TARIKAN: Telusuri titi kayu yang dibina khas sepanjang taman herba. Anda akan terpesona dengan puluhan spesis tumbuhan asli herba tempatan yang menyimpan seribu satu penawar untuk segala penyakit).

04 Mei 2009

UMNO;BERUBAH ATAU PUNAH

sedutan penuh wawancara Suara Baru siaran Mei, 2009.

UMNO: Berubah atau punah

UMNO pernah kukuh di persada politik negara. Bukan setahun dua wibawanya dipahat malah sudah 63 tahun parti keramat ini menabur jasa baktinya kepada orang Melayu dan umat Islam Malaysia. Namun perkembangan mutakhir ini menunjukkan beberapa signal betapa kredibiliti parti yang pernah menjadi payung emas Melayu seakan semakin hilang daulatnya. Adakah kerana sikap pemimpin yang terlalu elitis atau idealisme perjuangan UMNO sudah obsolet lalu ia tidak lagi relevan dengan kehendak massa. Atau ada sebab lain yang menjadi indikator penolakan khalayak muda.

SUARA BARU menemu bual Pengarah Pusat Pembangunan Insan dan Aplikasi Sains Sosial (Cerdas) yang juga Pensyarah Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar untuk menyelongkar jawapannya.

SB: Mengapa selepas 63 tahun ditubuhkan dan setelah lebih 50 tahun memerintah, orang-orang muda Malaysia semakin menunjukkan penolakan terhadap UMNO?
Saya fikir sebab utama adalah mungkin golongan muda berpendapat mereka lebih boleh identify diri mereka dengan parti-parti yang bukan UMNO. Dalam pada itu perlu juga diperhatikan apakah pandangan, hasrat dan kehendak orang muda didepani dengan baik oleh kerajaan, maknanya isu-isu politik bagi orang muda adalah sedikit berlainan bagi yang senior.
Sebaliknya, ada kajian yang mendapati bahawa kalau pengundi yang pertama kali mengundi, maknanya yang berusia 21 hingga 23 tahun, ada kecenderungan kuat bagi mereka untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional dan salah satu penjelasannya ialah mereka ini adalah lepasan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Maknanya ada kesan usaha usaha kerajaan ke atas mereka untuk membuat mereka faham dengan dasar-dasar kerajaan.

SB: Jadi PLKN berupaya menjadi mekanisme untuk mendekati hati golongan muda?
Benar, ia ada memberi impak. Cuma kita kena faham generasi PLKN ini masih baru. PLKN mula diperkenalkan pada 2004 dan waktu itu mereka berusia 17 dan 18 tahun. Masih muda lagi. Maknanya semakin berumur semakin cenderung kepada kerajaan, iaitu ketika usia mereka 21 hingga 40 tahun.

SB: Sejak 10 tahun kebelakangan ini majoriti rakyat menampakkan penolakan yang ketara terhadap UMNO. Adakah parti ini tiba-tiba tenat dan seolah-olah agenda perjuangannya ditolak oleh generasi hari ini. Atau adakah kerana sikap pemimpin dan dasar perjuangannya yang sudah lapuk?
Sama ada pemimpin atau dasar, saya boleh katakan masalah berpunca daripada pihak parti pemerintah. Ini adalah sangat unik di dalam mana-mana negara sekalipun apabila sesebuah parti itu memerintah untuk satu jangka masa yang panjang. Timbul persepsi bahawa kepimpinan itu tidak lagi membawa hasrat rakyat. Makin lama parti itu memerintah ia akan mencipta jurang yang lebih lebar antara pemerintah dan rakyat. Hal ini turut berlaku di Jepun dan Taiwan. Maknanya selepas 30 dan 40 tahun akan makin nampak kelemahan di pihak pemerintah. Ini simptom yang biasa berlaku kepada mana-mana parti yang memerintah untuk tempoh lama.
Banyak kritikan dilemparkan terhadap dasar. Tetapi bukan kritikan terhadap dasar itu sendiri sebaliknya kritikan terhadap implementasi iaitu bagaimana dasar itu dilaksanakan. Kita juga melihat dari segi persepsi rakyat yang menyaksikan pemimpin terlalu elitis dan tiada ikatan dengan massa.
SB: Bukankah pada masa yang sama pimpinan UMNO selalu diberi publisiti keterlibatan mereka dengan rakyat, mewakili suara rakyat dan digambarkan sebagai ‘down to earth’, lalu kenapa masih juga timbul anasir elitis itu?
Banyak faktor lain yang patut kita perhatikan. Pertama adalah persoalan persepsi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Dengan kewujudan pelbagai media alternatif kini seperti web portal dan blog sesuatu idea itu dapat disalurkan dengan lebih mudah dan cepat.
Katakanlah seorang pemimpin itu digambarkan sebagai seorang yang rapat dengan rakyat tetapi kalau ada satu pihak yang cuba membina persepsi bahawa pemimpin tersebut lebih cenderung kepada pemakaian pakaian berjenama mahal, kereta mewah, rumah besar, kadang-kadang perkara ini yang disensasikan di internet. Rakyat akan cuba bandingkan realiti di depan mata dengan paparan media.
SB: Sepanjang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerintah rakyat melihat beliau menerima kembali beberapa orang pemimpin yang pernah ‘bermasalah’ suatu ketika dahulu. Adakah keadaan ini turut menyumbang kepada merudumnya imej UMNO di mata rakyat?
Saya fikir begitu. Ia memberi kesan terhadap UMNO kerana keyakinan rakyat terlalu tinggi dalam mengharapkan akan adanya perubahan bilamana UMNO mendapat mandat yang besar di PRU11.Tetapi apabila pemimpin lama yang pernah ‘bermasalah’ itu diangkat kembali itu mungkin menjadi salah satu punca keyakinan rakyat makin lama makin terhakis. Jadi rakyat akan mempersoalkan. Kalaulah perubahan dibuat pada 2004 dengan transisi kepimpinan yang lebih ideal peluang itu mungkin ada.
SB: Setelah PRU12, ramai penganalisa politik bercakap tentang politik rentas kaum, ia menjadikan parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC yang ditubuhkan untuk membela kaum masing-masing tidak lagi relevan, apa pandangan Dr?
Mungkin itu salah satu andaian yang dibuat selepas keputusan PRU 12 apabila DAP atau Keadilan sebagai parti yang cuba untuk menonjolkan imej sebagai parti yang merentas kaum boleh menang tetapi saya berpendapat pandangan ini sebagai kurang tepat. Kerana kalau dikaji satu persatu, sebenarnya terdapat satu pola di mana kaum tertentu lebih cenderung untuk mengundi parti yang tertentu.
Kita tengok Pas selalunya sukar untuk menang di konstituensi kawasan pilihan raya yang pengundi Melayu kurang daripada 30 peratus. Penjelasannya ialah politik masih berasaskan kepada kaum dan faktor etnik memang masih memainkan peranan. Katalah apa pun, itulah hakikatnya.
Dan undi Melayu berpecah iaitu UMNO ke Pas. Apatah lagi bila lebih 70% pengundi Cina menyokong DAP dan lebih 85% India menyokong parti pembangkang itulah kesannya.
Kalau kita tengok BN pun ada satu model untuk menyatukan kaum-kaum yang berlainan. Maknanya BN itu turut meliputi kaum Melayu, Cina dan India, dari satu segi ia memang rentas kaum. Cuma dari segi komponennya secara praktikal, UMNO patut menjaga kepentingan Melayu, Cina dijaga oleh MCA.
Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa trend yang terbaru adalah trend politik rentas kaum. Cuma mungkin yang jelas adalah pada PRU 12 adalah masyarakat lebih terbuka dengan isu-isu. Maknanya dalam hal-hal tertentu isu yang dibawa oleh parti-parti politik lebih diberi keutamaan berbanding hak-hak kaum tertentu.
SB: PKR tidak meletakkan batas kaum di dalam menarik sokongan rakyat dan bolehkah dikatakan BN kini sedang meniru model PKR.
Saya fikir selama ini pun BN dilihat sebagai satu parti yang moderate. Tidak ekstrem untuk kaum-kaum tertentu. Walau bagaimanapun imej tersebut mula hilang daripada BN. Apatah lagi bila pemimpin-pemimpin parti-parti komponennya sendiri kerap memainkan isu-isu perkauman di dalam menarik sokongan parti komuniti mereka.
Isu yang pada ramai orang mungkin bimbang adalah seperti keris yang dihunus oleh Datuk Seri Hishamuddin dan sebagainya, lalu bila dimainkan isu-isu seperti itu telah menampakkan bahawa parti-parti dalam BN terlampau perkauman.
Bukan soal meniru Pakatan Rakyat atau sebagainya tetapi BN sepatutnya melihat kembali pada strategi mereka. Maknanya kembali kepada tujuan asal iaitu menjadi satu parti yang boleh mengurangkan tekanan permintaan daripada kaum-kaum lain atau moderating on issue.
SB: Untuk menarik kembali gelombang sokongan terutama daripada kalangan orang muda maka UMNO perlu di remajakan. Pada pandangan Dr apakah perkara utama yang perlu ditekankan oleh pemimpin dan penyokong-penyokongnya?
Untuk membuat pertubuhan ini diterima kembali seperti 60 tahun lalu saya fikir UMNO kena melihat kembali sejarah perjuangan UMNO dan bagaimana parti ini pada tahun-tahun awalnya. Tentang bagaimana idealisme parti dibina dan diterapkan kepada penyokongnya.
Betapa UMNO pada suatu ketika dahulu adalah gerakan massa hingga sampai satu tahap walaupun orang Melayu itu tidak menyertai UMNO tetapi UMNO diterima sebagai parti orang Melayu. Kini UMNO tidak lebih daripada sebagai hanya salah satu daripada parti-parti politik yang ada di Malaysia.
Justeru, yang pertama sekali ialah UMNO perlu mengembalikan idealisme. Profesor Sains Politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh di dalam satu kajiannya berpendapat bahawa, ‘UMNO sudah tiada lagi ideologi di dalam dasar perjuangannya.’
Dan kerana itu, walau orang muda pun masuk UMNO yang dicari hanyalah peluang perniagaan dan kontrak.
Lalu ke mana perginya orang yang masih ada idealisme? Mereka menuju ke parti-parti yang masih yang menunjangkan ideologi dan idealisme di dalam perjuangan. Idealisme perlu dikembalikan dan perlu diberi artikulasi yang lebih jelas.
Apabila disebut tentang meremajakan, maknanya orang muda ni boleh mengenal pasti persekitaran yang mereka inginkan. Seterusnya, elemen elitisme iaitu melihat golongan pemimpin ini terlalu tinggi juga begitu mengambil tempat di dalam UMNO. Hari ini pun begitu ramai pemimpin muda yang mendapat gelaran ‘Datuk’. Keadaan ini merenggangkan lagi hubungan orang muda dengan pemimpin. Jadi perlu ada usaha mengikis budaya elitisme yang sedemikian.
Dalam pada itu salah satu pelajaran yang dapat dikutip daripada PRU 12 lalu juga ialah apabila BN/UMNO kurang faham apakah kehendak rakyat yang sebenarnya. Apa yang UMNO tawarkan sudah tidak lagi menjadi keutamaan rakyat terbanyak. Menawarkan kemudahan infrastruktur misalnya mungkin relevan pada tahun-tahun 70an dan 80an. Tetapi pada 2008, banyak hal-hal infrastruktur sudah diselesaikan.
Dan kerana itu, kalau dilihat kembali keputusan pilihan raya umum lalu di Semenanjung Malaysia, keputusan antara UMNO dan pembangkang cukup rapat, 85-80 dan sekarang 84-81.
Saya fikir UMNO kena faham aspirasi rakyat. Bukannya rakyat mengatakan pembangunan itu tidak penting, tetapi pembangunan sudah turun dari prioriti keperluan rakyat. Mungkin isu-isu rasuah dan salah guna kuasa yang patut diambil berat kerana isu-isu ini yang semakin menarik perhatian rakyat.
SB: Adakah usaha meremajakan UMNO bererti cukup sekadar membawa muka baru ke dalam parti dan kabinet atau perlukan perubahan besar-besaran termasuk dasar-dasar yang berkaitan dengan parti dan kerajaan?
Saya fikir dalam mengundi satu pentadbiran baru perlu ada muka-muka baru yang tidak mempunyai sejarah hitam yang dipersoalkan. Dalam masa yang sama perlu juga dilakukan perubahan besar-besaran namun bukan dasar-dasarnya yang perlu berubah.
Dasar UMNO tidak perlu berubah kerana UMNO memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan kepentingan agama Islam. Takkan itu kita nak ubah. Sebaliknya yang perlu berubah ialah idealisme. Dan perlu difikirkan apakah yang boleh dibuat untuk meningkatkan lagi taraf hidup orang Melayu, bagaimana mengikis persepsi negatif kepada Melayu, fikirkan formula efektif apakah yang perlu dilakukan supaya orang Melayu dengan sukarela menyokong UMNO. Justeru, budaya kepartian yang perlu ditukar, budaya patronage dan mentaliti yang perlu diubah.
SB: Melihat kepada trend hari ini, bolehkah Dr menjangkakan pola pemilihan pemimpin yang akan dilakukan oleh perwakilan UMNO pada pemilihan parti? Apakah ciri-ciri yang dicari oleh perwakilan?
Kemungkinan yang akan berlaku perwakilan UMNO akan mengundi pemimpin yang bersih kerana terlalu banyak kali isu rasuah dan politik wang diketengahkan. Sudah nampak ada usaha untuk pembanterasan gejala ini, jadi perwakilan akan memberikan sokongan jitu kepada usaha-usaha membanteras politik wang. Ada kemungkinan bahawa pemimpin yang bersih pada persepsi perwakilan akan dipilih.
Saya juga melihat perwakilan akan menilai pemimpin yang sesuai untuk bekerjasama dengan kepimpinan yang baru di bawah Datuk Seri Najib dan akan turut membuat keputusan sama ada mengekalkan ataupun menolak pemimpin lama yang mungkin dikaitkan dengan kepimpinan sebelum ini.
Para perwakilan juga mungkin akan memilih pemimpin yang boleh memberi tekanan dan kekangan yang berkesan kepada parti-parti pembangkang sebab cabaran UMNO selepas ini cukup besar kerana pembangkang sudah mula mengumpul kekuatannya. Di samping itu ada juga faktor lain seperti faktor kenegerian, pemimpin berjawatan dan sebagainya.
SB: Pada pandangan Dr, mana yang lebih penting untuk diutamakan oleh pemimpin baru yang menerajui UMNO dan sekali gus kerajaan, menstabilkan krisis politik atau krisis ekonomi?
Krisis ekonomi perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana ia adalah isu yang memberi kesan kepada semua orang. Kalaulah pentadbiran yang baru berjaya mengurangkan kesan-kesan ekoran krisis dan berjaya menghadapi krisis ekonomi dengan baik, mungkin rakyat akan menyokong BN kembali sebab kalau kita melihat pola pengundian selagi mana kerajaan BN itu boleh memberi peluang-peluang ekonomi kepada rakyat selagi itulah rakyat akan menyokong BN.
Maknanya wujud kaitan antara legitimasi kerajaan dan legitimasi parti dengan peningkatan ekonomi. Dengan menyelesaikan krisis ekonomi akan mengembalikan keyakinan dan kestabilan politik. Akan mengembalikan sokongan rakyat kepada parti.
Berbanding dengan menyelesaikan dahulu krisis politik. Krisis politik lebih abstrak, ia lebih menjurus kepada keyakinan. Menjurus kepada macam brainwashing untuk sokong sesuatu parti. Ia di tahap persepsi dan idea. Tapi impak krisis ekonomi ini lain kerana semua orang menerima kesannya.

dan sebenarnya rasa itu maha indah


SESEORANG telah memberikan aku sebaris ayat indah ini pada penghujung malam tadi..

"derita itu bukan n0ktah kepada bahagia..... dan benci bukan penamat kepada cinta~

menarik untuk direnungkan, membuatkan aku terfikir...dan pause sejenak. Betapa sebenarnya aku masih beruntung kerana menerima berjuta tan kasih sayang dari mereka yang disekitar, keliling, yang mengingati, merindui dan mencintai aku..buktinya..

Buktinya, aku juga tidak pernah berhenti menyayangi, mengasihi, merindui, mengingati mereka yang disekitar, keliling, yang jauh, yang selalu ditelefoni, yang selalu aku tebak SMS sesekali dan yang selalu aku titip nama mereka di dalam doa seusai solat dan sebelum tidurku.

Kerana aku faham bahawasanya, cinta kasih yang tidak bersyarat adalah lebih agung, lalu biarkan aku mencintai insan insan yang aku ingin cintai kerana tidak haram pun untuk mencintai dan tiada syarat pun untuk meletakkan dan menghantar cinta biarpun tiada balasan, kerana bukan sekuman balasan yang diharap.