Aku masih ingat lagi dulu pertengahan 1998, bulan Mei, ketika aku terpaksa menamatkan pengajian di Mafraq gara-gara pitis jatuh sebelum menyambung pengajian di UKM, sedih tidak terkata. Ramai-ramai anak anak buah, kawan-kawan pakat menyewa coaster (bas mini) menghantar aku ke airport Queen Alia.
Aku ingat lagi muka-muka mereka di dalam coaster itu yang sudi meluangkan masa mengirim aku walhal malam sedang larut dan mereka semua ada kelas besoknya. Khayr yang bersusah payah menyediakan bekal makan malam aku, Brahim yang tak berhenti menghibur di dalam coaster sebagai ketua

Juga sahabat-sahabat JINGGE yang tiada di dalam coaster malam itu, seperti Hakim, Haneef (seorang lagi anakku) , Kak Noor,Sudeen, yang sehingga kini kekal berhubung (keep in touch dengan ku)..alhamdulillah.
..dan tengah malam itu, sebelum aku naik flight Royal Jordanian, untuk kali terkahirnya kami semua berpelukan dalam sayu. Dalam ramai ramai yang berpapasan memelukku, aku teramat ingat kata Deris Kak Mona yang menusuki gegendang telinga, katanya, Azman..kau memang seorang yang hebat, kau tabahkan hatimu..."
benarkah begitu Deris?..setelah 14 tahun berlalu..aku tetap ingat momento itu..

Mungkin aku akan rakam secara episod segala fragmen dan momento indah sepanjang tiga tahun bermukim di tanah gersang Hayyu Janubi itu di dalam laman ini satu hari nanti.
Korang ingat lagi tak, 14 tahun lalu, kita kena menapak dari Bab Raisi (gerbang utama), sampailah dewan kuliyah..macam mana la gamaknya 2009 ni, masih menapak lagi kah pelajar2nya, atau pihak Uni dah sediakan pengangkutan.
Kini mereka semua sudah pun berjaya dan ada juga yang sedang meniti jaya. Aku sentiasa doakan kalian dan moga juga akan tetap ingat pada aku. Bukankah Nabi pernah menjanjikan kebahagiaan dan lembayung rahmat buat hamba Tuhan yang saling mengukuhkan Cinta sesama mereka, asal sahaja Cinta itu berlandaskan ikhlas dan kasih yang jujur.

1 ulasan:
nama-nama yang sangat ku kenali.....rindu rasanya ingin bersua dengan kalian....salam sayang...from kawan lama...mafraq urdun..
Catat Ulasan