29 April 2009

AKU TIDAK AKAN BERHENTI...



MAC & APRIL ini terlalu banyak memerah air mataku. Dalam riuh manusia bercerita tentang kemegahan masing-masing meraup gah dunia..aku seakan terasing terpinggir.Ke sudut dunia.Mengapa..kenapa..mungkin tidak mudah untuk meluah rasa dihalaman umum ini. Cukup sekadar aku katakan inilah putaran alam. Tapi aku tidak akan berhenti berlari menuju destini terbaik untuk aku. dan aku mengerti , malah semakin mengerti waktu ini.Tuhan sedang berbicara denganku.Allah sedang melihat aku, adakah aku ini seorang hamba yang tegar mendepani segala kesusahan yang diturunkan. Aku berjanji, sesungguhnya aku tidak akan penat untuk terus berlari mengejar mimpi..kerana aku tahu segala impian itu bermula dengan mimpi. Dan tidak pernah pula bermimpi itu jadi berdosa..kerana setiap realiti yang indah itu harus bermula dengan mimpi yang indah juga..

24 April 2009

Banyakkan Memberi Jika Mahu Banyak Menerima


-dipetik daripada laman sesawang FITRAH POWER.-

Dari Jabir bin’ Abdullah r.a., katanya: “Aku hadir solat ‘Id bersama-sama Rasulullah saw. pada hari ‘Id. Mula-mula beliau solat sebelum berkhutbah tanpa azan dan iqamah. Beliau berkhutbah sambil berdiri dan berpegangan kepada Bilal. Beliau memerintahkan supaya taqwa kepada Allah dan mendorong supaya mentaati-Nya. Selanjutnya beliau memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka. Kemudian beliau berlalu hingga sampai ke tempat kaum wanita.

Beliau memberi pengajaran kepada para wanita, memperingatkan dan menyuruh mereka supaya gemar bersedekah. Sabda beliau, “Bersedekahlah anda semua, kerana sesungguhnya kamulah saya lihat yang terbanyak menjadi kayu neraka.” Mendengar itu, maka berdiri seorang perempuan di antara para wanita yang banyak dengan wajah merah kehitam-hitaman. Dia bertanya; “Kenapa begitu, ya, Rasulullah?” Jawab Rasulullah, “Kerana kamu banyak mengeluh dan suka membangkang kepada suami.” Kerana itu mereka sedekahkan perhiasan mereka, seperti anting-anting dan cincin, yang mereka lemparkan ke kain yang dibentangkan Bilal.
Rujukan: Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0835.

Demikianlah Rasulullah mengajarkan kepada kita agar banyak membantu mereka yang kurang. Banyakkan bersedekah mudah-mudahan hidup akan lebih berkat dan bahagia. Saban hari kita terasa kehidupan kita makin sempit. Ditambah lagi dengan desakan ekonomi yang tidak stabil sudah pasti memberikan lebih banyak himpitan dalam kehidupan seharian. Kurangnya pintu rezeki dari Allah jarang kita nilai tentang kelemahan apa yang telah kita lakukan.

Sebenarnya banyak perkara yang menjadi asbab untuk Allah membuka pintu rezeki kepada kita. Lebih-lebih lagi bersedekah. Jika kita halusi mengapa Allah SWT memberikan kemurahan rezeki kepada mereka yang banyak bersedekah? Maka dari sini adalah asbab yang Allah berikan pada kita bahawa kita perlu banyak memberi kepada orang lain sekiranya kita mahukan balasan dari Allah. Bersedekah sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jika banyak kita membantu orang lain maka sudah pasti Allah akan banyak membantu diri kita.
Baik dari sudut rezeki pendapatan, pelepasan dari cengkaman hutang, kesihatan berpanjangan atau mungkin juga kebahagiaan dalam hidup.

Satu lagi isi penting dari wasiat Rasul ini ialah jangan mengeluh. Mengeluh juga memberikan tanda putus asa dan hilangnya nilai positif dalam diri. Sebagai orang mukmin sikap mengeluh perlu dijauhkan. Jangan sekali-kali meletakkan sesuatu yang negatif dalam diri kerana Allah amat luas rahmatnya dan akan membantu hambaNya.

23 April 2009

seadanya aku

Sudah agak lama aku tidak mendengar sebuah lagu yang begitu indah.begitu merdu didendangkan. Seadanya Aku daripada Nubhan benar-benar mencuri tumpuan tatkala aku memandu pulang malam tadi. Dan diperturunkan sekajang lontaran seni karya terbaru Sharon Paul dan Azalea..Dan lebih menusuk jiwa karya ini bila dialunkan oleh Nubhan. Syabas buat Nubhan kerana berjaya memberikan emosi kepada bingkisan terbaik ini.

SEADANYA AKU
lagu: Sharon Paul
senikata: Azalea

Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang
Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu
oohh

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

13 April 2009

Datuk Nik Aziz, Datuk Siti, Datuk K..



ooohh..I Love these pictures. Sesuatu yang baik itu akan kekal berterusan

10 April 2009

kita kongsi kongsi info

SAYA susuri lelaman blog yang ada, tujuan asalnya untuk mencari info tentang klinik gigi serta rawatan ortodontik. Asalnya ia tercetus dek cemburu bila lihat gigi adik saya yang dah tersusun cantik setelah hampir lima tahun dia memakai braces. Baru baru ini Nor Asmaa datang ke KL untuk membeli laptop sambil menayang gigi barunya yang dahpun dengan rasminya dibuka pendakap gigi, waaaaaaaaaaaahhh, meletups gitu, putih berseriii,,tahniah sis..hehe.

Lalu sepanjang pencarian maklumat, mata menangkap satu entri di blog Dr Waina yang saya percaya seorang Dentist. Kepada Dr Waina, saya mohon izin untuk memaparkan entri itu di blog saya pula. Dengan niat untuk berkongsi ilmu ini dengan pembaca yang mengikuti tulisan saya.
Berikut kenyataan tersebut:

ULAT-ULAT-March 18, 2009 -
Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut sedikit perkongsian. Mohon sebaran. Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya…Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpdKitab “Sabilal Muhtadin” .
Ulat Mulong.


Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.
Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”.Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.

Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan keramenurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.
Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin Mohon sebaran.

08 April 2009

aura BUNGA; tenaga untuk manusia

Percayakah anda kalau saya katakan bunga-bungaan memiliki tenaga yang mampu meningkatkan cas positif dalam diri. Kalau anda ragu, malam ini sebelum tidur isikan sebalang pasu tinggi dengan air dan penuhkan dengan bunga pelbagai jenis seperti orkid, kekwa, mawar, chrysanthemum, melur, tikam seladang atau sebagainya. Letakkan pasu yang sudah digubah indah itu dihujung katil atau di atas almari solek anda. Dan tidurlah dengan nyenyak. Insyaallah, subuh esoknya anda akan bangun dengan hati yang lapang, minda yang tenang, jiwa yang ceria juga fizikal yang bertenaga. Cubalah, anda pasti takkan menyesal.

Bunga-bungaan sebenarnya memiliki aura atau tenaga positif yang sangat tinggi dan ia mampu menyembuhkan penyakit emosi, juga derita jiwa manusia. Perhatikan, di dalam ilmu perdukunan tradisional mesti menggunakan tujuh jenis bunga pelbagai warna untuk menaikkan seri wajah ketika berubat. Dan amalan ini telah dibawa ke era moden. Meskipun spa-spa moden menggunaka peralatan tercanggih dalam pasaran, atau dikemaskan dengan jubin terbaik serta hiasan binaan dalam seperti memasuki sebuah istana ala Eropah, namun amalan tradisi iaitu berendam menggunakan ajnas bungaan tetap menjadi aturan prima.

tiada yang kekal di dunia ini

Takziah untuk keluarga almarhum Irfan Daniel Dato' Kamaruzzaman. al fatihah