SELAMAT HARI RAYA KORBAN..
Lalu..bila aku tidak pulang beraya, aku gunakan kesempatan ini untuk memantau aktiviti warga KL meraikan hari mulia ini.
Payah juga nak dikata.. mungkin kerana aku dari Kelantan yang gah meraikan hari raya korban sedari usia kanak-kanak, lalu bila melihat kebanyakan warga KL yang acuh tak acuh sahaja menyambut Eid membuatkan aku terfikir, apakah yang sebenarnya yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dilakukan kepada mereka ini. Sana -sini aktiviti berjalan seperti biasa. Yang berniaga masih berniaga. kalau adapun yang bercuti bersantai tanpa sebarang program ziarah yang sepatutnya. Ambil sahaja simbol yang paling mudah. ...Berbaju cantik..sekurang-kurangnya pakailah sehelai baju cantik (tak perlu berbaju baru), untuk meraikan Eid..tapi tidak..hampa juga terasa.
Aku harapkan satu hari nanti warga Malaysia akan menghargai Eidul Adha sama seperti Eidul Fitri. Apa tidaknya, sebulan sebelum Eidul Fitri saban tahun seluruh media menggempakkan ketibaannya. Bukan sahaja pusat beli belah yang gila dan gigih mempromosi barangan bahkan mengkomersilkan Eidul Fitri dengan pelbagai gaya, malahan seluruh media cetak dan elektronik beria-ia benar mencipta situasi gemuruh dengan ketibaan hari raya Fitrah ini. Bukan tidak boleh tetapi biarlah Eidul Adha juga diraikan secara yang serupa. mmm..fikirkanla.
BANYAK juga sms Eidul Adha diterima tahun ini. Daripada sms recycle, sms re-produce (di edit daripada ucapan Eidul Fitri) hinggalah sms yang digubah dengan menarik khusus untuk meraikan Eidul Adha. Walaupun aku gagal pulang ke kampung tahun ini untuk meraikan 10 Zulhijjah dengan famili tersayang, tapi aku memautkan syukur padaNya kerana mengizinkan aku melestarikan niat yang satu iaitu untuk melaksanakan ibadah korban yang julung kalinya ku lakukan seumur hidup. Alhamdulillah.
Lalu..bila aku tidak pulang beraya, aku gunakan kesempatan ini untuk memantau aktiviti warga KL meraikan hari mulia ini.
Payah juga nak dikata.. mungkin kerana aku dari Kelantan yang gah meraikan hari raya korban sedari usia kanak-kanak, lalu bila melihat kebanyakan warga KL yang acuh tak acuh sahaja menyambut Eid membuatkan aku terfikir, apakah yang sebenarnya yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dilakukan kepada mereka ini. Sana -sini aktiviti berjalan seperti biasa. Yang berniaga masih berniaga. kalau adapun yang bercuti bersantai tanpa sebarang program ziarah yang sepatutnya. Ambil sahaja simbol yang paling mudah. ...Berbaju cantik..sekurang-kurangnya pakailah sehelai baju cantik (tak perlu berbaju baru), untuk meraikan Eid..tapi tidak..hampa juga terasa.
Aku harapkan satu hari nanti warga Malaysia akan menghargai Eidul Adha sama seperti Eidul Fitri. Apa tidaknya, sebulan sebelum Eidul Fitri saban tahun seluruh media menggempakkan ketibaannya. Bukan sahaja pusat beli belah yang gila dan gigih mempromosi barangan bahkan mengkomersilkan Eidul Fitri dengan pelbagai gaya, malahan seluruh media cetak dan elektronik beria-ia benar mencipta situasi gemuruh dengan ketibaan hari raya Fitrah ini. Bukan tidak boleh tetapi biarlah Eidul Adha juga diraikan secara yang serupa. mmm..fikirkanla.
Petang raya, seusai ibadah korban di Masjid Abdul Rahman bin Auf dan selesai meraikan tamu- terima kasih ciknuar, asraf, edi dan adam serta kawannya yang sudi berkunjung-aku dan ciksu serta ciknuar beransur ke masjid Sungai Besi untuk mengambil daging korban yang diperuntukkan untuk kami.-Terima kasih Cikgu Amran yang sanggup bersusah payah untuk kami.
Sepulangnya, kami melencong ke Pantai Dalam untuk menziarahi miss Jelita yang mengadakan open house. Heii..ada juga warga KL yang prihatin dengan kehadiran Eidul Adha lalu proaktif menganjurkan rumah terbuka.
SALAM EIDUL ADHA UNTUK SEMUA..semoga setiap amal ibadah, kehidupan dan pengorbanan kita demi mencapai redhaNYA akan mendapat nilaian terbaik disisiNYA.. Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan