18 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA

Setiap ahad ketiga bulan jun adalah hari bapa. Mengingati bapa, ayah, abah, papa, babah, abuya, chek, wan,appa, papi,bak,bapak, pak (dan segala macam gelar istimewa dan khusus untuk lelaki yang telah menumpah keringat dan sentiasa melindungi kau, aku dan sesiapa sahaja dibawah lindungannya)adalah terlalu penting.

Mengingati hari ini bukan bererti hari lain aku dan kau tidak perlu mengingatinya, tetapi menjadikan hari yang kebetulan tarikhnya jatuh untuk 2009 ini pada ahad 21 jun menjadikan perwira ini lebih istimewa dan diingati. Bukankah lebih baik mewujudkan satu hari yang khusus untuk mengenang mereka daripada hanya menyebut sahaja tanpa rasa special.dan demi setiap titis darah yang mengalir di dalam pembuluh seluruh jasmani setiap anak adam, kehadiran manusia bergelar ayah adalah amat bermakna sekali.

Mungkin ada antara kita yang ayahnya telah pergi menghadap Ilahi, kenangilah dia dengan mengirim doa, bacaan ayat suci, amal, kasih dan keredhaan dengan kepergiannya..dia tahu anaknya di dunia ini yang sedang menempa jaya tidak pernah lupa dan tidak pernah melupakan segala ilmu yang pernah dia titipkan ..dan bagi yang ayahnya masih lagi sihat, cergas dan aktif, inilah masa terbaik untuk sentiasa berbuat bakti kepadanya. Ayah sebenarnya tidak pernah minta jasanya dibalas atau ditabur Ringgit Malaysia..tapi dia sungguh rela anak yang jauh sentiasa pulang menjenguknya.

Lalu, seringlah pulang menjenguk ayah..kata kelopak mata ayah setiap kali aku bersalam mencium tangannya sebelum memandu pulang ke kota. Dan aku berazam untuk pulang setiap awal bulan ke desa menjenguk ayah. SELAMAT HARI BAPA.

Tiada ulasan: