10 Mac 2009

Hati-hati guna Facebook, MySpace...

Aku tertarik dengan sehelai surat yang dilayangkan ke ruangan FORUM di Utusan Malaysia hari ini. Sedutan penuh isi surat itu sebagaimana berikut:

"RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.
Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.
Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan.
Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.
Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook. Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna Internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar. Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa? Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.
Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang mempunyai title sebagai professional seperti doktor, peguam, profesor, saintis dan lain-lain, mereka inilah yang dicari-cari.
Pernahkah kita atau mereka fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri? Semua data mengenai aktiviti dimasukkan. Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan. Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu sahaja. Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.
Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini.

MAN MAD
Kuala Lumpur"


Mungkin ada yang akan kata tanggapan sedemikian adalah paranoid, tetapi kalau difikirkan mngkin ada benarnya. Dan aku ingin menambah sedikit. Akhir akhir ini terlalu banyak kegilaan berlaku di alam siber. Daripada kejadian buli yang diuploadkan ke You Tube seperti yang gempar di Sarawak baru-baru ini hinggalah ke hubungan badan yang terlalu intim. Tidak cukup lagikah lelaman sesawang porno yang boleh diakses dengan terlalu mudah dari luar negara maka kita perlu mencipta pusat sehenti sendiri di negara ini. Mual rasanya melihat aksi jijik foto yang menayangkan 98% badan. Tidak kiralah pameran badan tubuh wanita atau lelaki. Semuanya jelas menampakkan kepala hotak masing masing sudah benar benar tidak dapat difungsi dengan sebaiknya. Dan lebih menambah kan lagi keterujaan ialah bila mana pelakunya adalah berbangsa Melayu Islam. Aku bukannya nak berdakwah tetapi kenyataan adalah kenyataan yang perlu ditegakkan.

Kepada mereka terutamanya anak remaja Melayu yang telah dengan rela hatinya membenarkan foto peribadi dalam bentuk kelucahan melampau, 98% bogel,aksi bersama pasangan atau sedang 'senggama sendiri' dirakam kemudiannya dipamerkan di laman sesawang, fikir-fikirkanlah.

Mungkin suatu hari nanti anda akan jadi orang tersohor di negara ini. Orang politik misalannya, atau tiba tiba Allah naikkan posisi anda menjadi ulama misalnya, atau anda sedang dalam usaha meminang anak dara orang lalu bakal bapak mertua anda terlihat pose cantik anda itu, atau paling busuk pun, mungkin anda akan jadi pelakon iklan gula gula batuk, ketika itu, segala bulu-bulu ari ari anda yang pernah bertahun dirakam dan dimuat naik ke internet akan dicari dan jadi perhatian.. lalu akan didedahkan orang..renung-renungkan ..selamat beramal..

masa tu..mana nak letak muka beb..

Tiada ulasan: