KALAU sudah bukan hak kita, rezeki yang hampir masuk ke mulut pun boleh hilang. Melepas begitu sahaja. Antara kelakar dan sentap.Elok elok dah minah tu konfem dengan aku nak amik aku jadi emcee kawen dia sabtu ni, alih alih pagi tadi dia call tak jadi pulak. emmmm...
Mulanya beria ia benar. Semalam, keberiaannya itu jelas terpapar di corong HP. Katanya dia memang berhajat untuk dapatkan khidmat aku, lalu dia pasang kaki mencari emcee yang boleh berbahasa Arab; sementelahan bakal suaminya dari Timur Tengah. Lalu untuk meraikan famili bakal mertuanya dia memang perlukan pengacara majlis yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa itu.
Siap suruh adik angkatnya survey, lalu menerusi Romes, aku berbicara dengan adik angkatnya tentang hajat si minah itu dan akhinya aku dilamar. dan aku dengan tidak banyak songeh pun setuju. Setelah berbincang serba sedikit tentang bayaran (bayarannya memang NOT BAD); minah itu pun setuju. Dengan janjinya untuk mengemel segala agenda, aturcara kenduri dan info ringkas biodata bakal mempelai kepadaku malam tadi.
Tetapi jam 8 pagi tadi, dia telefon dengan rasa was was bertanyakan aku...adakah aku bersedia. adakah aku confident untuk mengendalikan acara..ayooooooooooooo..dia yang melamar aku semalam. dia juga yang bersetuju dengan segalanya...dia juga yang memutuskan untuk menerima aku, boleh bertanya demikian. Aku pun bagi taula, aku dah dekat 10 tahun handle majlis sebegini,cuma ini kali pertama aku kendalikan secara berpasangan dengan wartawan TV3 (yang dipilih oleh bapanya) dan ini juga kali pertama aku mengendalikan di dalam bahasa Arab sepenuhnya sementelahan wartawan TV3 itu mengacarakan di dalam BM, tetapi itu bukan masalahnya. Hello..B Arab adalah bahasa ketiga aku...
Siap tanya lagi..so bayaran tu dibayar pendahuluan atau macam mana? aku jawabla, its OK, boleh bayar lepas habis majlis, saya tak berkira sangat.
OK...fine..dia setuju..dengan penuh senyum dia meletakkan HP nya (agaknya la)
Tak sampai 10 minit kemudia, dia call lagi..dan............
katanya, bapanya dah dapat seorang emcee lain yang boleh berbahasa Arab yang sudah dicari oleh wartawan TV3 tadi. katanya lagi, memang dia nakkan aku tapi bapanya dah standby awal awal..(rasa nak mencarut je kann).
Dah kalau bapaknya dah ada standby orang lain, tak payah la susah payah menelepon aku dan membajai harapan..
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
dia pun meratap memohon ampun maaf..beratus kali..aku cakaplah skadar PR..takpela lah cik......., janganla susah hati..it's OK..mungkin kita blh bekerjasama lain kali..(tak kuassssssssssssssser aku)huh!!!
Itu semua antara rahsia Allah yang terlalu misteri. aku tak terkejut cuma sebagai manusia yang penuh kekhilafan, aku agak kecewa juga. namun, aku kena bangun semula dengan penuh kekuatan, bahawasanya pintu rezeki itu ada di mana mana. Cuma aku kena lebih usaha untuk mengetuknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan