Assalamualaykum wbt..salam Ramadhan. Ramadhan Kareem, Ramadhan al Mubarak.
sudah lama tidak mengemaskini laman jurnal peribadi ini. Mohon maaf kepada sahabat yang selalu singgah di sini. dan kerana terlalu lama tidak menulis sesuatu di Pujanggachinta, nizam sahabat saya dari pusat pengajian siswazah UM terus menelefon. Begitu juga Hakim di JB..terima kasih sahabat2ku jingge yang diraikan..Takziah saya hulur buat sahabat saya Zulfahmee, PR MBSA yang sentiasa hebat dengan ideanya, diatas kepergian rakan baiknya -pelajar UIAM- yang lemas di kolam renang UIAM semalam. Terima kasih kepada DikWan yang menemani abang buka puasa di Royale Bintang, terlebih lagi terima kasih kepada Sdr Alisam yang sudi mengundang kami Alhamdulillah murah rezeki Ramadhan ini.Terima kasih kepada Cikmin, Fazli Baby, Azhar, Lya, Ziela,Arifin, Ustaz Shahrom dan semua yang sudi singgah dianjung jurnal saya. Dan terlebih-lebih terima kasih kepada Zulfyan yang sudi meminjamkan laptop untuk saya gunakan malam ini. Saya janji ciksu, Khamis ni kita berbuka sama-sama yaa, di Majlis Scomi Bandar Utama.
Selesai membayar bil Astro Ayahanda, terasa rindu pula untuk menulis..tadi sewaktu mengimbas kotak mel, saya disapa mel dari Ju..sahabat se MKSB , mengirimkan nota panjang tentang tajuk seperti dibawah. Tersenyum sendiri.
Kadang-kadang orang kata ini semua mitos purba, maklumlah pasca neo maskulin dan neo feminin alias neo humaniti menuntut manusia seakan menyimpang demi tuntutan saling memahami..benarkah? atau mungkin juga senarai dibawah adalah pra kelayakan terbaik yang boleh diikuti..Bahan ini bukan untuk didebat dalam kotak fikir. Tapi sebagai rujukan asas..betapa seringkali saya juga terlupa dan terlalai betapa inilah sebenarnya tuntutan yang dibekal kepada kita...dan saya kongsikan bersama anda pembaca budiman...
KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Wallahualam
Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik....
1 ulasan:
Assalamualaikum, salam hormat, maaf saya tumpang lalu di weblog ini...
Gembira melihat anda menggunakan label 'lelaki neomaskulin'.
Apa lagi agaknya kupasan anda tentang lelaki neomaskulin pada masa depan?
Selamat menulis!
-airil-
Catat Ulasan