27 Mac 2009
“KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMATOleh: Ismail Abu Bakar
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.Mahfumnya::Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim) Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.Mahfumnya:Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim) Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telahkena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkarayang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.Wallahhu’alamSumber: tranungkite.net
26 Mac 2009
19 Mac 2009
anggaplah bukan rezeki kita
KALAU sudah bukan hak kita, rezeki yang hampir masuk ke mulut pun boleh hilang. Melepas begitu sahaja. Antara kelakar dan sentap.Elok elok dah minah tu konfem dengan aku nak amik aku jadi emcee kawen dia sabtu ni, alih alih pagi tadi dia call tak jadi pulak. emmmm...
Mulanya beria ia benar. Semalam, keberiaannya itu jelas terpapar di corong HP. Katanya dia memang berhajat untuk dapatkan khidmat aku, lalu dia pasang kaki mencari emcee yang boleh berbahasa Arab; sementelahan bakal suaminya dari Timur Tengah. Lalu untuk meraikan famili bakal mertuanya dia memang perlukan pengacara majlis yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa itu.
Siap suruh adik angkatnya survey, lalu menerusi Romes, aku berbicara dengan adik angkatnya tentang hajat si minah itu dan akhinya aku dilamar. dan aku dengan tidak banyak songeh pun setuju. Setelah berbincang serba sedikit tentang bayaran (bayarannya memang NOT BAD); minah itu pun setuju. Dengan janjinya untuk mengemel segala agenda, aturcara kenduri dan info ringkas biodata bakal mempelai kepadaku malam tadi.
Tetapi jam 8 pagi tadi, dia telefon dengan rasa was was bertanyakan aku...adakah aku bersedia. adakah aku confident untuk mengendalikan acara..ayooooooooooooo..dia yang melamar aku semalam. dia juga yang bersetuju dengan segalanya...dia juga yang memutuskan untuk menerima aku, boleh bertanya demikian. Aku pun bagi taula, aku dah dekat 10 tahun handle majlis sebegini,cuma ini kali pertama aku kendalikan secara berpasangan dengan wartawan TV3 (yang dipilih oleh bapanya) dan ini juga kali pertama aku mengendalikan di dalam bahasa Arab sepenuhnya sementelahan wartawan TV3 itu mengacarakan di dalam BM, tetapi itu bukan masalahnya. Hello..B Arab adalah bahasa ketiga aku...
Siap tanya lagi..so bayaran tu dibayar pendahuluan atau macam mana? aku jawabla, its OK, boleh bayar lepas habis majlis, saya tak berkira sangat.
OK...fine..dia setuju..dengan penuh senyum dia meletakkan HP nya (agaknya la)
Tak sampai 10 minit kemudia, dia call lagi..dan............
katanya, bapanya dah dapat seorang emcee lain yang boleh berbahasa Arab yang sudah dicari oleh wartawan TV3 tadi. katanya lagi, memang dia nakkan aku tapi bapanya dah standby awal awal..(rasa nak mencarut je kann).
Dah kalau bapaknya dah ada standby orang lain, tak payah la susah payah menelepon aku dan membajai harapan..
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
dia pun meratap memohon ampun maaf..beratus kali..aku cakaplah skadar PR..takpela lah cik......., janganla susah hati..it's OK..mungkin kita blh bekerjasama lain kali..(tak kuassssssssssssssser aku)huh!!!
Itu semua antara rahsia Allah yang terlalu misteri. aku tak terkejut cuma sebagai manusia yang penuh kekhilafan, aku agak kecewa juga. namun, aku kena bangun semula dengan penuh kekuatan, bahawasanya pintu rezeki itu ada di mana mana. Cuma aku kena lebih usaha untuk mengetuknya.

10 Mac 2009
Hati-hati guna Facebook, MySpace...
Aku tertarik dengan sehelai surat yang dilayangkan ke ruangan FORUM di Utusan Malaysia hari ini. Sedutan penuh isi surat itu sebagaimana berikut:
"RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.
Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.
Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan.
Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.
Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook. Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna Internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar. Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa? Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.
Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang mempunyai title sebagai professional seperti doktor, peguam, profesor, saintis dan lain-lain, mereka inilah yang dicari-cari.
Pernahkah kita atau mereka fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri? Semua data mengenai aktiviti dimasukkan. Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan. Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu sahaja. Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.
Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini.
MAN MAD
Kuala Lumpur"
Mungkin ada yang akan kata tanggapan sedemikian adalah paranoid, tetapi kalau difikirkan mngkin ada benarnya. Dan aku ingin menambah sedikit. Akhir akhir ini terlalu banyak kegilaan berlaku di alam siber. Daripada kejadian buli yang diuploadkan ke You Tube seperti yang gempar di Sarawak baru-baru ini hinggalah ke hubungan badan yang terlalu intim. Tidak cukup lagikah lelaman sesawang porno yang boleh diakses dengan terlalu mudah dari luar negara maka kita perlu mencipta pusat sehenti sendiri di negara ini. Mual rasanya melihat aksi jijik foto yang menayangkan 98% badan. Tidak kiralah pameran badan tubuh wanita atau lelaki. Semuanya jelas menampakkan kepala hotak masing masing sudah benar benar tidak dapat difungsi dengan sebaiknya. Dan lebih menambah kan lagi keterujaan ialah bila mana pelakunya adalah berbangsa Melayu Islam. Aku bukannya nak berdakwah tetapi kenyataan adalah kenyataan yang perlu ditegakkan.
Kepada mereka terutamanya anak remaja Melayu yang telah dengan rela hatinya membenarkan foto peribadi dalam bentuk kelucahan melampau, 98% bogel,aksi bersama pasangan atau sedang 'senggama sendiri' dirakam kemudiannya dipamerkan di laman sesawang, fikir-fikirkanlah.
Mungkin suatu hari nanti anda akan jadi orang tersohor di negara ini. Orang politik misalannya, atau tiba tiba Allah naikkan posisi anda menjadi ulama misalnya, atau anda sedang dalam usaha meminang anak dara orang lalu bakal bapak mertua anda terlihat pose cantik anda itu, atau paling busuk pun, mungkin anda akan jadi pelakon iklan gula gula batuk, ketika itu, segala bulu-bulu ari ari anda yang pernah bertahun dirakam dan dimuat naik ke internet akan dicari dan jadi perhatian.. lalu akan didedahkan orang..renung-renungkan ..selamat beramal..
masa tu..mana nak letak muka beb..

25 Februari 2009
Ke Makam Bonda-Usman Awang
kerana rindu yang datang menerjah, kutitipkan puisi indah ini untuk bonda
KE MAKAM BONDA-sasterawan negara Usman Awang
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

23 Februari 2009
MEMBACA KEAGUNGAN SILAM..sebuah notasi puisi yang dilontarkan oleh KUARS ARZMAND & SUFIANISMA MIRZA
SETELAH sekian lamanya..mungkin sejak 18 tahun nan lalu, akhirnya aku dan cik SU naik pentas semula. bukan untuk menyanyi, bukan menari atau jadi MC..tapi kali ini kami sama sama naik stage untuk mendeklemasikan puisi. OwwHHHHHHHHHHH...waw..sungguh mengujakan.
18 tahun lalu, sekitar 1991,waktu itu kami sama sama SPM di MML..kami pernah naik stage, aku wakil daerah Tumpat, cik SU wakil KB. Kami perfom, lupa dah aku dapat nombor berapa. tapi who care's pasal nombor, yang penting kami masuk.
Dan sajak yang lama dulu 'BURUNG BURUNG HITAM' karya Dr.Lim Swee Tin masih kuingat sikit sikit.
Tapi kali ini,sangat mengujakan bila kami dapat sama sama perform sekali lagi. Berkolaborasi lagi. MILLION thanks Fahmy kerna membuka peluang ini. Meski penampilan 'come back' kami ini demi Gaza sempena 'WASILAH CINTA PALESTIN', namun berdirinya kami berdua bersama di pentas terbuka Laman Budaya tepian tasik Bandaraya Shah Alam punya signifikan besar kepada aku.
Aku seronok gila. Rasa macam dirasuk dengan aura yang menakjubkan. Sesudah cikSU mulakan pengenalan tajuk Puisi dan Pengarang, aku bacakan sepotong ayat al Quran, lalu cikSU sambut dengan mafhum ayat...dan pause seketika. Lalu setelah abang Fareez si pemain gtar akustika yang hensem bagaikan Joe Radzwill itu memetik notasi pertama, aku pejamkan mata, terasa bagaikan tenggelam dalam merdu petikan solo itu....
kumulakan puisi dengan "Seluruh dunia mengahambur kutukan dan celaan...." hingga berakhir perenggan pertama lalu disambut oleh cikSU dengan perenggan seterusnya hinggalah habis puisi indah karya Ahmad Shukri Abdullah itu.
Kata Fahmy yang sedang menonton di bawah pentas. Aku bagaikan terpana dalam aura puisi itu.HUH!! biar benar, haha.
Tapi yang pasti aku hilang gementar stage freight berganti semangat kerana puisi itu bercerita tentang bumi GAZA yang kian diratah Zionis dan apa yang MUSLIMIN buat untuk memberhentikan kemelut itu. Hendak menunggu lahir seorang lagi kesatria muslim umpama Tareq bin Ziyad atau Solahuddin al Ayubbi yang entah bilakan tiba? Atau hanya selesa berpeluk tubuh sahaja...AHHHH!!pemimpin Muslim dari dunia Arab mungkin hanya selesa menunggu disuap Yahudi juga.huh..lebih kurang gitulah cerita disebalik puisi itu.
Justeru aku dan CIKSU berkolaborasi untuk kali pertama sepanjang hidup kami. Lalu kami menganggap itu adalah sesuatu yang teramat indah untuk dikenang. Terima kasih kepada teknologi insan yang mencipta kamera digital dan henpon berkamera,haha..dapat juga kami merakam momento manis itu...dan pastinya 2009 tidak sekadar menjanjikan kolaborasi come back seumpama itu sahaja..bahkan 2009 diharap menjadi tahun limpahan rezeqi buat kami insyaALLAH.
kami akan berpuisi lagi selepas ini..nantikan sahaja kolaborasi seterusnya.

Langgan:
Catatan (Atom)