SESEORANG telah memberikan aku sebaris ayat indah ini pada penghujung malam tadi..
"derita itu bukan n0ktah kepada bahagia..... dan benci bukan penamat kepada cinta~
menarik untuk direnungkan, membuatkan aku terfikir...dan pause sejenak. Betapa sebenarnya aku masih beruntung kerana menerima berjuta tan kasih sayang dari mereka yang disekitar, keliling, yang mengingati, merindui dan mencintai aku..buktinya..
Buktinya, aku juga tidak pernah berhenti menyayangi, mengasihi, merindui, mengingati mereka yang disekitar, keliling, yang jauh, yang selalu ditelefoni, yang selalu aku tebak SMS sesekali dan yang selalu aku titip nama mereka di dalam doa seusai solat dan sebelum tidurku.

Kerana aku faham bahawasanya, cinta kasih yang tidak bersyarat adalah lebih agung, lalu biarkan aku mencintai insan insan yang aku ingin cintai kerana tidak haram pun untuk mencintai dan tiada syarat pun untuk meletakkan dan menghantar cinta biarpun tiada balasan, kerana bukan sekuman balasan yang diharap.

Cukup sekadar aku katakan inilah putaran alam. Tapi aku tidak akan berhenti berlari menuju destini terbaik untuk aku. dan aku mengerti , malah semakin mengerti waktu ini.Tuhan sedang berbicara denganku.Allah sedang melihat aku, adakah aku ini seorang hamba yang tegar mendepani segala kesusahan yang diturunkan. Aku berjanji, sesungguhnya aku tidak akan penat untuk terus berlari mengejar mimpi..kerana aku tahu segala impian itu bermula dengan mimpi. Dan tidak pernah pula bermimpi itu jadi berdosa..kerana setiap realiti yang indah itu harus bermula dengan mimpi yang indah juga..