Syed Husin Ali Deputy President of Parti KeADILan Rakyat (PKR) and former Secretary of Pena
Language issue, in the past, was given high priority by Pena. But now, I do not hear any significant voice neither from Pena nor Gapena on language issue when subject of Math and Science are taught in English.
A former Secretary of Pena Syed Husin Ali feels the burden awaiting Pena's leadership, now leaded by Datuk Baharudin Zainal or his penname Baha Zain, to bring Malay language back to its position in national education system, which he thinks was tarnished when English is used as the medium of teaching and learning in 2003.
Surely majority of the Malays hope Pena, as national writers association, will push the issue to the limit as it is has been a ball game for general public as well as politicians. There is no excuse for the writers association to avoid the responsibility just because the Ministry did not include them for the roundtable discussion. As the struggle against PPSMI is going to be tougher when certain group of people are taking advantage over the weak leadership of the Malay politicians, Pena must have strength and support from various parties to go against PPSMI.
05 Februari 2009
03 Februari 2009
Oral Seks' & Hukumnya
Soalan
Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.
- Anak Empat -
Jawapan
Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan...
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
19 Muharram 1429 H
28 Januari 2008
dipetik daripada laman sesawang Ustaz Zaharudin (zaharudin.net)

29 Januari 2009
Malaysia mahu iktiraf homoseks?
Apakah maksudnya menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen berkata bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi. Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Sewajarnya beliau lebih peka dan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya. Adakah golongan yang tidak diiktiraf ini telah diiktiraf kedudukanya di Malaysia? Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek Program Amal 'Love and Care' bernilai RM15,000 oleh Central Market Sdn Bhd kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Shuang Fu, Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa serta Rumah Kebajikan Anbu Illam.
Masalah perlakuan hubungan songsang ini adalah satu penyakit yang perlu diubati dan dicegah penularannya di Malaysia. Malaysia yang mempunyai prinsip rukun negaranya - antaranya, kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan.
Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian dan Islam. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics. Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."
Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.Dalam hal ini, perlu kita membetulkan sikap kita kepada perilaku Homoseksual ini. Sikap yang patut kita ambil ialah bukannya menjadikan mereka ini musuh. Tetapi kita perlu menyedarkan bahawa perbuatan mereka itu salah. Inilah sikap yang perlu kita ambil.
Saranan ini telah dinyatakan oleh Amir Syarifudin pengerusi Majlis Ulama Indonesia. Dalam kita menangani permasalahan ini, usah kita mengubah norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia. Dalam kita memperjuangkan hak kesamarataan, usah sehingga ke tahap menghalalkan perkahwinan sesama jenis ini. Usah sehingga nasib negara kita sama menjadi seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.
Akhirnya institusi kekeluargaan menjadi rosak, seterusnya meruntuhkan sistem masyarakat dan sistem insani itu sendiri.Di dalam sebuah buku yang bertajuk Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual ada menyebut tentang bagaimana usaha strategi gerakan golongan ini menyuburkan perbuatan terkutuk ini dalam masyarakat Indonesia dan tidak mustahil gerakan ini menular ke Malaysia.
Buku ini adalah kumpulan artikel di dalam Jurnal Justisia Fakulti Syariah Institut Agama Islam Nasional Semarang edisi 25, Tahun 11, 2004.
Strateginya:
1. Menggembleng tenaga kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang mendapat kembali hak-haknya yang telah dirampas oleh negara.
2. Memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada golongan homoseksual adalah sesuatu yang normal dan menurut fitrah semula jadi; sehingga masyarakat tidak memisahkan darinya, malah sebaliknya masyarakat ikut terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya,
3. Mengkritik dan menulis semula tafsir dalam agama (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kepada kaum homoseksual,
4. Mencadangkan pindaan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan mestilah di antara lelaki dan wanita." (hal. 15)
Secara peribadinya saya berasa gusar apabila Dr Ng menyebut: "Kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain. "Justeru, jika mereka menghadapi sebarang masalah dari aspek kewangan iaitu mempunyai pendapatan kurang RM700 sebulan dan menepati kriteria lain, bantuan akan diberi"
Sekali lagi saya ingin mempersoalkan di sini - adakah golongan ini diiktiraf di Malaysia? Mengapa mereka seolah-olah layak mendapat bantuan seperti sebuah keluarga miskin? Atas kriteria apa yang digunakan sekiranya ia dibenarkan?
"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'."Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: 'Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri". "Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Al-A'raf: 80-84).
Homoseksual bukan fitrah tetapi barah dan penyakit. Sesungguhnya manusia tidak mampu membuat penafsiran sendiri terhadap hukum alam. Manusia tidak dapat lari daripda fitrah rasa bertuhan. Tepuk dada tanyalah hati kecil anda. Adakah anda benar di landasan fitrah.
(Rencana ini ditulis oleh Firdaus Khairi-Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dipetik daripada siaran Malaysiakini.com.

08 Januari 2009
HAPPY NEW YEAR 2009

ASSALAMUALAIKUM WBT..
Salam 2009. selamat tahun baru. semoga tercapai segala yang diazamkan untuk tahun ini. ada enam azam untuk aku kotakan sepanjang tahun ini.
1. Menjadi insan soleh yang sentiasa akur dan redha dengan ketentuan Ilahi.
3. Menjadi anak yang taat.
4. Meningkatkan diri dalam kerjaya. Mengejar peluang-peluang kerjaya yang terbaik untuk diriku.
5. Aku nak selesa dalam hidup.
6. Kebebasan kewangan.
Semoga segala impian ini akan jadi realiti. Ameen.
26 Disember 2008
yang datang yang pergi..yang tinggal..?
Yang datang..yang pergi bukan di dalam pengetahuan kita.
Seorang sahabat baikku kehilangan lebih RM4000 dalam sekelip mata. Komputer riba, kamera digital, beg kulit dan berbotol minyak wangi yang baru dibeli lesap dari miliknya. Puncanya kerana dia terlalu mudah percaya pada seorang hamba Allah yang ingin menumpang bermalam. Kerana kealpaannya ketika meninggalkan rumah tanpa berkunci lalu rakan barunya itu terus mengarau segala harta itu sebaik pagar grill ternganga. Kasihan aku kepadanya...dia terlalu baik.
Pada ku dia insan yang sangat baik, dia sahabat yang terbaik yang aku pernah ada di dunia ini. Tetapi begitu hebat dia diuji. Aku dapat lihat perubahan pada riaknya. Dia tidak lagi mudah sewenangnya keluar rumah kini. Dia juga tidak sewenang mengizinkan sesiapa masuk kerumahnya kini. Dia agak murung pada saat insiden itu berlaku hinggalah beberapa hari kemudiannya. Tetapi kini setelah hampir dua minggu berlalu, dia semakin boleh menerima hakikat, semangatnya telah kembai pulih. Mungkin kerana keajaiban ayat ayat Yaasin yang dibacanya saban malam. Mungkin apa yang berlaku adalah kifarah Tuhan agar hambanya beringat dan selalu beringat.
Dan dua hari lalu, aku bertemu kembali dengan seorang lagi rakan lama yang berpangkat adik. Setelah bersembang panjang, dia luahkan terkilan dihati kerana kerugian RM22ribu dalam masa beberapa minggu. Aduh..lagi sekali aku dihadapkan dengan kes yang hampir serupa. Dia pada pandangan kasar adalah lelaki yang tegas, tak mudah tunduk pada orang, tak mudah percaya pada orang. Tapi yang peliknya dia mudah pula kalah kali ini. Penampilannya sangat warak dan susah untuk diperdaya. Tapi siapa tahu...rupanya kalah juga dia kali ini.
Beberapa hari ini pula aku dikhabarkan dengan berita dua rakan baikku bakal bergelar guru. Nasa bakal memasuki KPLI di Institut Perguruan Raja Melewar dan Su bakal menerima tauliah sebagai guru setelah menunggu hampir enam bulan. Tahniah untuk kalian... dan kepada sahabatku yang tidak bernasib baik itu, aku doakan semoga kalian sabar, kerana hakikat yang ditanggung itu memang pahit namun kerana kalian insan teraniaya, maka Dia akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi...
Yang datang bisa dilihat..yang pergi hilang bagai kabus pagi..yang tinggal...hanyalah peringatan untuk kita..itupun..kalau kita mahu mengingat..semoga kita tidak mudah alpa lagi.

10 Disember 2008
SELAMAT HARI RAYA KORBAN..
Lalu..bila aku tidak pulang beraya, aku gunakan kesempatan ini untuk memantau aktiviti warga KL meraikan hari mulia ini.
Payah juga nak dikata.. mungkin kerana aku dari Kelantan yang gah meraikan hari raya korban sedari usia kanak-kanak, lalu bila melihat kebanyakan warga KL yang acuh tak acuh sahaja menyambut Eid membuatkan aku terfikir, apakah yang sebenarnya yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dilakukan kepada mereka ini. Sana -sini aktiviti berjalan seperti biasa. Yang berniaga masih berniaga. kalau adapun yang bercuti bersantai tanpa sebarang program ziarah yang sepatutnya. Ambil sahaja simbol yang paling mudah. ...Berbaju cantik..sekurang-kurangnya pakailah sehelai baju cantik (tak perlu berbaju baru), untuk meraikan Eid..tapi tidak..hampa juga terasa.
Aku harapkan satu hari nanti warga Malaysia akan menghargai Eidul Adha sama seperti Eidul Fitri. Apa tidaknya, sebulan sebelum Eidul Fitri saban tahun seluruh media menggempakkan ketibaannya. Bukan sahaja pusat beli belah yang gila dan gigih mempromosi barangan bahkan mengkomersilkan Eidul Fitri dengan pelbagai gaya, malahan seluruh media cetak dan elektronik beria-ia benar mencipta situasi gemuruh dengan ketibaan hari raya Fitrah ini. Bukan tidak boleh tetapi biarlah Eidul Adha juga diraikan secara yang serupa. mmm..fikirkanla.
BANYAK juga sms Eidul Adha diterima tahun ini. Daripada sms recycle, sms re-produce (di edit daripada ucapan Eidul Fitri) hinggalah sms yang digubah dengan menarik khusus untuk meraikan Eidul Adha. Walaupun aku gagal pulang ke kampung tahun ini untuk meraikan 10 Zulhijjah dengan famili tersayang, tapi aku memautkan syukur padaNya kerana mengizinkan aku melestarikan niat yang satu iaitu untuk melaksanakan ibadah korban yang julung kalinya ku lakukan seumur hidup. Alhamdulillah.
Lalu..bila aku tidak pulang beraya, aku gunakan kesempatan ini untuk memantau aktiviti warga KL meraikan hari mulia ini.
Payah juga nak dikata.. mungkin kerana aku dari Kelantan yang gah meraikan hari raya korban sedari usia kanak-kanak, lalu bila melihat kebanyakan warga KL yang acuh tak acuh sahaja menyambut Eid membuatkan aku terfikir, apakah yang sebenarnya yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dilakukan kepada mereka ini. Sana -sini aktiviti berjalan seperti biasa. Yang berniaga masih berniaga. kalau adapun yang bercuti bersantai tanpa sebarang program ziarah yang sepatutnya. Ambil sahaja simbol yang paling mudah. ...Berbaju cantik..sekurang-kurangnya pakailah sehelai baju cantik (tak perlu berbaju baru), untuk meraikan Eid..tapi tidak..hampa juga terasa.
Aku harapkan satu hari nanti warga Malaysia akan menghargai Eidul Adha sama seperti Eidul Fitri. Apa tidaknya, sebulan sebelum Eidul Fitri saban tahun seluruh media menggempakkan ketibaannya. Bukan sahaja pusat beli belah yang gila dan gigih mempromosi barangan bahkan mengkomersilkan Eidul Fitri dengan pelbagai gaya, malahan seluruh media cetak dan elektronik beria-ia benar mencipta situasi gemuruh dengan ketibaan hari raya Fitrah ini. Bukan tidak boleh tetapi biarlah Eidul Adha juga diraikan secara yang serupa. mmm..fikirkanla.
Petang raya, seusai ibadah korban di Masjid Abdul Rahman bin Auf dan selesai meraikan tamu- terima kasih ciknuar, asraf, edi dan adam serta kawannya yang sudi berkunjung-aku dan ciksu serta ciknuar beransur ke masjid Sungai Besi untuk mengambil daging korban yang diperuntukkan untuk kami.-Terima kasih Cikgu Amran yang sanggup bersusah payah untuk kami.
Sepulangnya, kami melencong ke Pantai Dalam untuk menziarahi miss Jelita yang mengadakan open house. Heii..ada juga warga KL yang prihatin dengan kehadiran Eidul Adha lalu proaktif menganjurkan rumah terbuka.
SALAM EIDUL ADHA UNTUK SEMUA..semoga setiap amal ibadah, kehidupan dan pengorbanan kita demi mencapai redhaNYA akan mendapat nilaian terbaik disisiNYA.. Ameen.
02 Disember 2008
MANUSIA YANG CEPAT TERLUPA
SIAPA kita untuk memalukan orang?, siapa kita kalau hanya berkata kata kemudiannya ada hati yang terluka, beraninya mereka mencabar ketentuan Tuhan? Bodohnya mereka kerana lancang berkata-kata? Dan siapa kita yang tergamak memutuskan silaturrahim sesama manusia.
Dan untuk apa mereka membuka mulut kalau sekadar terlalu busuk memperkatakan keaiban saudara seagama?.sudah hilang akalkah? sudah tiada modal lainkah, lalu isu aku belum bernikah menjadi topik maha hangat di Balik Pulau 30 November lalu..
mungkin kerana beberapa individu yang jahil dan jahat itu maka aku tidak kan pulang beraya Haji tahun ini. Cukup sekadar bertemu mata di majlis perkahwinan DD lalu. Sia sia sahaja bertemu mata dengan sanak saudara setelah berbulan hilang. Tapi sesekali terfikir juga; yang jadi mangsa ayah dan adikku.
Sepatutnya aku balik kampung. Dan sepatutnya aku balik pun untuk bertemu ayah dan adik dan menziarahi maqam bunda....nantilah aku fikirkan.Kalau bertukar fikiran, mungkin aku pulang...tapi memang aku terluka dan terasa benar dimalukan.
Time-time gitu tringat benar aku pada arwah ibu..teringat juga pada sebuah cerita klasik dari Switzerland...begini lebih kurang..
Little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter,
'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.'
The little girl said, 'No, Dad. You hold my hand.'
'What's the difference?' Asked the puzzled father.
'There's a big difference,' replied the little girl.
'If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.'
In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours... This message is too short......but carries a lot of Feelings..I MISS U AYAH

Langgan:
Catatan (Atom)