10 April 2012

cerita dalam hujan





SAYA sangat suka mendengar bunyi hujan. Kalau Kuala Lumpur lama tidak disimbah hujan, saya jadi rindu. Rindu untuk mendengar bunyi desir angin yang sesekali membawa kebasahan ke seluruh beranda pangsapuri saya lalu menyiram bunga-bunga orkid yang bergantungan segar.
Ada orang tidak suka hujan. Katanya hujan merencatkan agendanya. Hujan membantutkan program yang lama dirancang. Katanya lagi, hujan membuatkan segala benda terganggu. Jangan begitu.
Kerana hujan yang turun membawa selaksa rahmat besar untuk umat. Hujan lebat, hujan renyai atau hujan gerimis semuanya kebahagiaan yang sukar digambarkan kerana bersamanya ada himpunan kasih sayang Tuhan Yang Maha Agung.
Hujan turun membersihkan segala asap jelaga debu kotor, melenyapkan gersang tanah, menyuburkan tanaman, mengairkan sarap sampah ke lohong longkang besar lalu seluruh alam sirna dalam kelabu hujan yang lebat. Ketika hujan berhenti, segarnya maya pada. Hijaunya alam terasa.
Lalu apa yang sewajarnya anda dan saya balas kepada himpunan kasih sayang Tuhan yang tidak pernah berhenti menyayangi kita? Maka balaslah dengan menadah tangan kesyukuran kerana DIA masih ingat kepada kita lalu dicurahkan rezeki yang tidak pernah putus untuk kita. Alhamdulillah.

03 Jun 2011

ada yang mengesankan.

kisahnya..bulan lalu menjerihkan ya amat.ada yang mengerti, ada tidak, ada yang sekadar singgah bertanya khabar, ada yang sekadar melihat dengan mata kiri. dan aku melihat apa sahaja yang menimpa ini, mulanya sebagai sesuatu yang sukar untuk dipikul..tapi ada suara hati berkata, baliklah kembali ke dalam diri. kerana ketika ini Tuhan sedang berbicara..seperti yang pernah ditulis oleh Habiburrahman El Syirazi dalam Ayat-ayat Cinta.Kerana Dia tidak tidur dan tidak akan mati. Cuma sesekali Dia menjentik untuk mengingatkan aku agar usah terlalu selesa dan merasa aman dengan nikmat yang dipinjamkan.Lalu hari ini walaupun belum benar2 berakhir jerih yang memeritkan itu, aku cuba bangkit, bangun, bertatih dan berlari semula, kerana hari sebenarnya semakin pendek, umur bukan makin panjang..entah esok lusa giliran aku pula disimpan di liang lahad. Kerana itu, teruslah berlari mengejar mimpi..kerana atas sifat Yang Maha Esa tidak pernah mungkir kepada perjanjian (asal sahaja menjaga muka agar selalu berpaling padanya), maka aku wajib terus berusaha merealitikan mimpi itu.

19 Mei 2011





love to share with everyone here..kalau tiada apa apa program weekend ni jemputlah beramai ramai ke KL sentral memeriahkan majlis, sebagai peserta atau sebagai penonton hokay..

12 Mei 2011

belasungkawa

Salam Takziah untuk abang Nazri Birat - Juru Grafik aku yang aku kasihi- kerana pada semalam beliau telah kehilangan bapa saudaranya yang dikasihi.-wartawan veteran yang dijulang seMalaysia- Encik Aimi Jarr. Aku tidak mengenali Allahyarham Aimi atau nama benarnya Omar @ Abdul Majid secara personal. Tetapi aku selalu melihat beliau berlakon dalam drama mahupun filem, selalunya dibawah arahan Datuk Yusuf Haslam. Pernah jua aku berjabat tangan dengan beliau ketika sidang-sidang prebiu filem. Untuk semua aku lampirkan keratan Harian Metro berkenaan belasungkawa Allahyarham. Semoga Allahyarham Aimi digolongkan bersama hamba-hamba yang dikasihi Allah. Al Fatihah.

11 Mei 2011 : Harian Metro
Belasungkawa Aimi Jarr (1939 - 2011): Perginya Pakar Rujuk Bintang Lama
Oleh RIDZUAN ABDUL RAHMAN

SIAPA tidak kenal dengan pelakon veteran Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abdul Majid Puteh. Anak kelahiran Kampung Petani, Kuala Terengganu, Terengganu pada 25 Julai 1939 ini mula bergiat cergas sebagai pelakon dan menulis skrip sejak 1962. Kariernya sebagai penulis bermula sekitar 1957 apabila berhijrah ke Singapura dan diterima menjadi pemberita pelatih di majalah mingguan Gelanggang Filem terbitan Tan Sri P Ramlee.

Pada 1 Julai 1970, dia berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai penolong editor sebuah majalah filem dan fesyen sebelum menjadi penyunting sebuah akhbar nasional. Dalam seni, karier lakonannya terserlah apabila mewarnai pelbagai drama dan filem terutama terbitan Skop Productions Sdn Bhd antaranya menerusi filem MX3 (2003), Gila-Gila Pengantin (2003), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) dan Gila-Gila Pengantin Remaja (2004).

Sebelum itu, Aimi pernah bergelar kru untuk filem Tiada Esok Bagimu (1979), Detik 12 Malam (1979), Esok Masih Ada (1979), Jejak Bertapak (1981), Dia Ibuku (1981) dan Kabus Tengahari (1982). Pada 1981, Aimi menempa kejayaan besar apabila meraih gelaran Penulis Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia Kedua. Bahkan dia turut aktif membuka peluang kepada bakat baru yang berminat menceburi bidang seni apabila menganjurkan kursus Belajar Berlakon dan Menulis Skrip melalui pos yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Inilah sumbangan besarnya bagi menyemarakkan lagi dunia seni tanah air. Disebabkan hubungan yang rapat dengan P Ramlee, Aimi turut aktif menghasilkan buku berkaitan Seniman Agung ini antaranya P Ramlee - Legenda Yang Terus Hidup, P Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr dan P Ramlee - Insan Pesona Seni. Dia juga turut menghasilkan buku mengenai pelakon lain serta era Kegemilangan Filem Melayu Jalan Ampas menerusi buku Bermulanya Filem Melayu, Jejak Terbilang dan banyak lagi.

Tanggal 10 Mei (semalam), Aimi meninggalkan kita apabila menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Melawati pada jam 8.05 pagi akibat serangan jantung. Keadaan kesihatannya sebelum itu lemah akibat menghidap kencing manis. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Klang Gate Baharu, Taman Melawati selepas Zuhur.

Pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam, menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buatnya. Apatah lagi hubungan mereka seperti adik dan abang kerana terjalin sejak 38 tahun lalu. “Saya kenal dia sejak tahun 1973 dan ketika itu usia saya baru 19 tahun. Kami kenal sejak saya mula bertapak sehinggalah menubuhkan syarikat sendiri. Dia rajin datang ke rumah saya untuk berbual pelbagai perkara.

“Selepas kontrak bekerja tamat, dia jumpa saya dan ambil dia bekerja sekadar untuk duduk sebagai penasihat. “Ini ialah sumbangan khas saya kepadanya sebagai kawan lama dan sebagai teman bicara selain menjadi panel penyunting skrip. “Semalam dia datang pejabat, tapi saya tak sempat berbual dengannya kerana terlalu sibuk. Saya memang nampak keadaannya tak sihat. Tiba-tiba saja pagi tadi anaknya hubungi saya beritahu Aimi sudah tiada.

“Saya reda dengan pemergiannya dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang dirahmati Allah. “Allahyarham pernah juga berkata hayatnya seakan tak lama kerana ada menghidap beberapa jenis penyakit,” katanya. Senada dengan Datuk Yusof, pelakon dan pengarah terkenal Tan Sri Jins Shamsudin turut menganggap beliau kehilangan kawan rapat yang banyak berkongsi suka duka ketika dulu.

“Allahyarham seorang sahabat yang sangat rapat semasa di Singapura bersama P Ramlee. “Kami banyak melalui pengalaman bersama ketika zaman filem Melayu Jalan Ampas. Hubungan itu berterusan apabila kami berhijrah ke Kuala Lumpur. “Saya doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya,” katanya ketika dihubungi. Sementara itu, rakan lama serta bekas majikan Aimi di majalah Pesta, wartawan hiburan tersohor Fauziah Raof berkata, hubungannya dengan Allahyarham seperti adik-beradik.

Katanya, ketika sama-sama bekerja dalam bidang hiburan, Aimi sering memberitahu banyak perkara mengenai P Ramlee. “Saya anggap dia sebagai pakar rujuk dan kamus kerana banyak fakta bintang lama yang diketahuinya. “Aimi akan bercerita mengenai P Ramlee, Saloma dan Ahmad Mahmud. Walaupun saya cuba bergurau, dia tetap ingat fakta berkaitan seseorang artis. Bahkan dia juga banyak buat buku mengenai artis.

“Sepanjang lebih tiga tahun bersama Pesta, saya dapati komitmennya sangat tinggi. Bahkan dia yang banyak ajar wartawan baru dalam kerjaya ini. Allahyarham seorang yang tak lokek ilmu. “Pemergiannya memang satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air,” katanya yang kali terakhir berjumpa Aimi dua bulan lalu. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Hulu Klang selepas solat Zuhur. Beliau meninggalkan balu, Noriah Ishak, 64, dan tiga anak - Norimy, 44, Norlizda, 40, Romy, 34, serta dua cucu.

oppss..

macam mana aku boleh terlupa.huhh..selalu beringat tetapi malam ni boleh terlupa..lain kali aku takkan terlupa lagi.
(sambil senyum kelat...kemudian sumbing dan senyum lebar sampai telinga..)aku menepuk2 kepala ..aduhhh..macam mana la boleh terlupa sangat.
Insya Allah aku takkan terlupa lagi.. (takkan nak kata..sumpah..aku takkan terlupa lagi..)..mana boleh main sumpah2..not me.
aku terlupa bahawasanya ada benda yang tidak sekali2 perlu dilafaz..kerana ia bukan untuk aku.dan aku kena realise dengan waras.OK.aku takkan terlupa lagi.titik.

10 Mei 2011

TAKTIK MENGATASI TABIAT MELENGAH-LENGAHKAN KERJA

Dr. Norman Vincent Peale, seorang menteri yang ternama, penulis yang prolifik (bukunya yang hebat bertajuk "The Power of Pisitive Thinking") serta juga seorang pemidato, mengaku melakukan perlengahan kerja adalah sukar untuk mencapai kejayaan. Berdasarkan kepada pengalamannya sendiri, apabila melibatkan dirinya dalam projek yang kurang menarik, Dr. Peale mula berlengah tetapi kemudiannya terpaksa bekerja dengan tergopoh gapah. Akibatnya, dia telah bekerja hingga ke tahap yang memenatkan dirinya dan gagal memenuhi semua perkara yang dilibatinya. Lima strategi yang dihasilkan oleh Dr. Peale untuk mengatasi tabiat melengah-lengahkan kerja adalah:

1. Pilih satu aspek masalah melengah-lengahkan kerja dan selesaikan masalah tersebut secara eksklusif sehingga masalah tersebut dapat dikawal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menghapuskan perlengahan kerja dalam semua aspek kehidupan, maka anda akan dapati yang matlamat anda adalah terlalu banyak dan tidak terbuat. Sekiranya anda dapat mengawal sebahagian daripada masalah anda, bermakna anda telah bersedia untuk menyelesaikan sebahagian yang lain.

2. Tentukan keutamaan dan tumpukan kepada satu masalah pada satu masa. Ingat bahawa kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertindak balas terhadap semua perkara yang kita perlu lakukan. Disebabkan kita dapat memenuhi semua kehendak dalam masa yang ada, maka adalah penting bagi kita untuk menumpukan usaha pada tugas-tugas berkeutamaan tinggi. Menyelesaikan masalah satu demi satu akan menolong anda untuk menumpukan perhatian dan tenaga anda. Hasilnya anda dapat menyelesaikan masalah dalam jangka masa yang singkat.

3. Tentukan tarikh akhir untuk diri sendiri kerana ia membolehkan anda menumpukan perhatian dan tenaga terhadap tugas-tugas tertentu. Ramai orang yang bekerja bertungkus-lumus dalam keadaan tertekan boleh menghasilkan banyak usaha apabila tarikh akhir semakin hampir. Dalam kebanyakan hal, anda boleh mengatasi perlengahan kerja hanya dengan menentukan tarikh akhir dan berpegang padanya.

4. Jangan cuba mengelakkan diri daripada masalah yang sangat rumit. Tangani masalah yang paling sukar dahulu. Menyelesaikan masalah yang paling sukar dengan berkesan akan melenyapkan rasa takut dan membina keyakinan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang serupa tahap kesukarannya pada masa akan datang.

5. Orang yang ketagih kerja (workaholic) sering mencemuh mereka yang lembab bekerja. Terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk bercuti merupakan satu lambang kebanggaan orang yang ketagih kerja. Namun begitu, orang yang terlalu asyik bekerja jarang-jarang produktif seperti pengurus masa berimpak yang mampu mengimbangkan antara waktu kerja, masa lapang dan perhubungan peribadi.

Produktiviti bergantung kepada apa yang berjaya dilakukan, masa lapang dan rekreasi. Dalam hal ini, mahasiswa perlu memperuntukkan sebahagian daripada masa untuk berekreasi dan membuat perhubungan yang mesra dengan rakan-rakan melalui aktiviti-aktiviti seperti bersukan, berinteraksi secara berhadapan atau melalui internet, berbincang, beribadah dan sebagainya.

Cara hidup yang seimbang memerlukan perhubungan yang bermakna. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan menumpukan masa untuk memupuk dan mengekalkan hubungan. Kualiti perhubungan bergantung kepada beberapa faktor. Masa perlu untuk membina hubungan.

Hubungan dipupuk berdasarkan minat yang sama, saling hormat- menghormati antara satu sama lain. Misalnya hubungan harmoni antara mahasiswa dengan rakan sebilik atau serumah amat penting di dalam menjalani kehidupan seharian seperti bertukar- tukar pendapat, berkongsi masalah dan sebagainya.

24 April 2011

emel yang baik

Assalamualaikum.
Jumaat lepas..saya menerima emel ini dari seorang sahabat jauh.
untuk perkongsian bersama..saya paparkan emel ini tanpa sebarang suntingan pun.semoga saya dan anda dapat memanfaatkan faedahnya.

Fw: Fwd: Renungan Jumaat

From:
Jaimijar Jaimijar
Add to Contacts
To: almady@kbu.edu.my; arwan@salam.uitm.edu.my; azlan@adk.gov.my; eapnd84@gmail.com; suteraclub@gmail.com; wan515@salam.uitm.edu.my; AADK Kuala Muda ; Abe JJ ; Adli Kosim AADK Ng. Kedah ... more


----- Forwarded Message ----
From: aimina aina
To: rosmani talib ; ahmadfairuz8@yahoo.com; farishaidayu_86@yahoo.com; junkfoodnight88@yahoo.com; asmeeza ; asrol ; ASWAD ; Baron Aman ; CT AMY ; EE ; En. Wan Noor Azairi Megat Taib ; ida ali ; Julaida ; Ku Azliza ; SHUZANA ; siti remlah abd. kadir ; Shikin Ahmad ; nordiyana che noordin ; baya ; Nadhira ; rashidi johari ; cempaka wangi ; Diana Saad ; farah ; FIZA ; nenny diana ; nurani dieani ; fidah ; firdaus ; zulfikri ; hasliza hassan ; najihah salleh ; Husna ; Hasrizan ; JJ ; JUZAILAH ; ina kmuda ; Sakina Taib ; nu'on ; Man Sik ; mazhar ; megat ; Najmi Najmi ; toktenunarmy_nilam@yahoo.com; ikin ; nissa_nisha1312@yahoo.co.uk; syaliza ; jamal ; shah ; siti zuriati
Sent: Tuesday, 19 April 2011 10:16:50
Subject: Fw: Fwd: Renungan Jumaat



----- Forwarded Message ----
From: "aminah@adk.gov.my"
To: amyadria
Sent: Tuesday, 19 April 2011 9:38:37
Subject: Fwd: Renungan Jumaat


----- Forwarded Message -----
From: "firdaus"
To: hq@adk.gov.my, warga@adk.gov.my
Sent: Friday, April 8, 2011 12:57:55 PM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: Renungan Jumaat

Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT). Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi


-----------------------------------------
MOHD FIRDAUS BIN MOHD ZAIN
PBAD(UMKK)1
UNIT MEDIA & KOMUNIKASI KORPORAT
ARAS 4, BLOK A, IBU PEJABAT AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
JALAN MAKTAB PERGURUAN ISLAM
43000 KAJANG, SELANGOR

TEL : 03 - 8911 2425
FAKS : 03 - 8926 2150

06 Mac 2011

MASIH..

ASSALAMUALAIKUM WBR..WOWW..Lamanya x update blog..sebab seolah2 saya sendiri sudah dirasuk FB.sama seperti umat lain di dunia hari ni.menganggap FB sbg ultimate (buat mas anie lah)..tp mlm ni utk kesekian kalinya tringat pula dgn pujanggachinta..lalu tringin pula nak kemaskini..takut2 terus tlupa dgn pasword forever..dan SAYA masih ingat akan kata laluan walau sudah berbulan tidak update post.dan saya masih jelas dgn kemesraan berblog.juga masih intim feeling berangan itu..Masih pekat kemanisan mencatat catatan dalam blog..dan..sekadar berkongsi dgn sesiapa jua yg rajin belek blog ni..saya panjangkan emel yg dikutip daripada emel yg dilayangkan oleh sahabat seopis saya baru baru ini.


Saman Ekor : Ketahui Hak Anda
by Aziem Helmi on Tuesday, March 1, 2011 at 1:07pm



Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.


Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.


Putra Mahkota

05 September 2010

ada rasa..mujur masih sempat merasa..


















assalamualaykum.

ada macam-macam rasa hari semalam,kelmarin,kelmarin dulu ..minggu lalu.Rasa manis,masin, tawar.tawar hambar,tawar heber,kelat,rasa bak jadam terlalu pahit..tapi saya sentiasa percaya,bahawasanya semua rasa yang dipinjamkan Maha Esa kepada saya ada nilainya yang unik dan tersendiri.dan alhmadulillah..rasa-rasa yg bagai telah membunuh smua deria rasa yang berselirat dilidah saya tidak lagi memijarkan.kerna saya cuba berselingkuh dengan kemaafan.dan api jahat tidak lagi marak. Mujur juga..dihujung hujung Subuh ini,DIA izinkan saya sempat merasa.Andainya DIA sudah menjemput saya menyusul almarhum Bunda saya, tiadalah lagi kesempatan merasa semua rasa tadi.Izinkan saya berlalu dulu.Kata ombak, berlalu puing pergi tidak mengapa, kerana pasir dan karang sedia menanti.Kata buih,gelombang pergi tak lama, ada badai singgahlah kemari.Kata pula karang, kerana bayu subuh sejuk mencengkam mengiring badai dan angin timur laut maka kita akan selalu bertemu.

30 April 2010

.....

Sedih dan sayu. Aminulrashid pergi jua. Aminulrashid pergi dengan trajis. Ada lubang peluru di belakang kepalanya. Luluh hati keluarga Aminulrashid melihatnya pergi dan lagi luluh hati mereka Aminulrashid dilabel penjenayah oleh polis kita.

Mungkin Aminulrashid lari kerana tiada lesen memandu, dan memandu laju. Balasannya Aminulrashid ditembak mati polis. Aminulrashid ingin merempuh polis. Balasan Aminulrashid ditembak mati polis. Ada parang dalam kereta. Balasannya Aminulrashid ditembak mati polis. Mudahnya Aminulrashid mati ditembak polis.

Macam-macam dakwan polis setelah menembak orang. Dakwaan polis dan saksi terbabit, kawan Aminulrashid jauh bezanya. Langit dengan bumi. Anda bacalah, ada di mana-mana. Kita sangsi dengan polis. Mungkin polis guna falsafah “Sebelum aku kena, lebih baik mereka yang kena” . Agama suruh kita guna akal dan hati, bukannya nafsu.

Kita ragu-ragu dengan macam-macam. Polis, SPR, SPRM dan mahkamah. Memang kita ini teruk dan semakin teruk. Negara dan masyarakat kita juga semakin teruk. Penubuhan Suruhanjaya Polis entah ke mana. Dah cukup kata mereka dengan apa yang ada. Penyiasatan polis yang dibuat, buat kita ragu-ragu. Kita tak mendengar apa-apa. Pemuda mengamuk di Kangar yang ditembak mati salah satunya.

Apa-apapun Aminulrashid dah pergi. Dia pergi begitu. Dia bersama alamnya. Alam kita, kita perbetulkan apa yang tidak betul. Halalkah kita mudahnya menembak mati seseorang. Lihat pada gambarnya, tak sampai hati nak memenggilnya penjenayah. Al-Fatihah buat Aminulrashid....

Alahai...PDRM

28 April 2010

selamat datang abang Richie

kisahnya...abang Richie yang super Glam akan mengunjungi blog aku.

15 April 2010

malam untuk aku...kiranyalah


malam ini..malam aku melayan diri aku sendiri.Tadi balik dari Sunway Pyramid seusai sahaja event KennyRogers..sempat lagi baring2 sampai terlelap.lepas masghrib tadi gi cuci rambut, gunting rambut.dengan kenny cina muslim hair stylo feveret aku di R2 Saloon.malam ini malam untuk aku menyendiri.kenapa ek?..kerana sudah lama aku tidak memberikan waktu kepada diri aku sendiri.Sesekali elok juga memperuntukkan waktu untuk diri..mungkin empat belas jam untuk diri sendiri sudah cukup untuk aku menghimpun aura baru dari terus kalut dan terkejar2 memburu dunia. Indahnya malam di PJ yang semakin hilang seri kerana semakin banyak tanah hijau bertukar jadi tapak rumah huhh!!..esok jumaat..semua orang sudahkah baca surah YaaSiin?..kalu blum baca..silalah baca seberapa segera.ambilla berkat.Ustaz kata:kalu sehari tinggal Quran,dia tinggal kita seminggu..kalu seminggu tinggal, dia tinggal kita sebulan..bayangkan kalu kita tak sentuh pun Holy Quran tu selama 4 tahun..sudah brapa dekadkah dia tinggalkan kita...sekadar berkongsi dengan diri sendiri dan sahabat2 FB juga pengikut blog sekalian yang budiman.

08 Februari 2010

lagi sekali pengacara bodoh membodohkan diri

Malam tadi sempat tengok Raja Lawak Astro Prima. Melihat kebodohan atau kejahilan Johan mengacara rancangan. Pada part akhir sebelum diumum peserta terkeluar, kononnya Johan buat lawak berlakon jadi Cina Mualaf, sebut 'Hayya hayya'..kononnya marahkan penonton yang tidak mengundi; antara dialog tidak cerdiknya ialah"...hayya lu olang (dituju kepada penonton) ..lu olang jangan sedih kalu peseta lu olang terkeluar..hayya..hayya lu olang yg tatak mahu mengundi..hayya-hayya Hayya Alassolah....". Alangkah bengongnya dia menyambung ayatnya dengan seruan azan. Inilah risikonya buat rancangan live.dan alangkah ruginya Malaysia memiliki pengacara yang rendah pendidikan asas agama. Kepada yang terlepas esok lusa prima akan ulang tayang balik..kalau mereka sensitif, akan adalah suntingan. Kalau tak akan lepas begitu sahaja...

20 Januari 2010

PERGI

Saya menerima berita mengejutkan pagi ini. Tuan Haji Abu Bakar Ismail telah pulang ke Rahmatullah pada jam 11.30 mlm td. SMS saya terima dari no.hp nya dikirim oleh anakanda almarhum. Saya tatap dan baca berkali-kali mencari kepastian. Tapi itu hakikatnya. Saya sempat berkhidmat selama hampir 4 tahun di bawah seliaan arwah di MMP Communication dari 2003 hingga 2007. Hj Burn (nickname manja kami pada beliau) adalah seorang konsultan editorial yang sangat kebapaan, marahnya pada kami anak-anak buahnya di ofis kecil itu berseli senyum,jentik kata beliau bersulam kasih sayang, beliau yang interview saya sebelum diterima masuk ke Milenia Muslim, beliau banyak mencurah ilmu editing berita,pemilihan syot foto untuk siaran,teknik mengembangkan cerita dan banyak membantu saya dalam kerjaya sehingga saya mampu berdiri seperti hari ini. Walaupun saya telah berhijrah ke payung penerbitan baru, Hj Bakar tetap menelefon saya sesekali dan kami akan mengeteh bersama berdekatan kediaman beliau di Melawati. Beliaulah yang menebas lalang buat pendakwah Islamic Outreach ABIM pada Mei 2003 hingga membawa kepada suburnya dakwah Islamiah di Pulau Ketam, Kelang Selangor yang mana sejak 25 tahun lalu syiar suci ini telah diabaikan-dan catatan travelog dakwah MMP di Pulau Ketam,telah saya rangkumkan dalam beberapa siri artikel sejak Mei itu hingga tahun2 berikutnya. ALFATIHAH buat almarhum Ayahanda Hj Abu Bakar-semoga ruhmu tenang di sisi Yang Maha Berkuasa.

04 Januari 2010

2010..& CERITA KEDAI KOPI

ASSALAMUALAIKUM WBT.. SELAMAT TAHUN BARU 2010..SALAM KEHARMONIAN..KASIH SAYANG..DAN AKU DOAKAN SEMOGA BARAQAH ILAHI 'KAN SENANTIASA MEMAYUNGI ALAM SELURUH PELUSUK HIDUP KAU DAN AKU WALAU DI UFUK MANA PUN KITA BERDUA BERDIRI..

TAHUN BARU..ALHAMDULILLAH AKU MASIH LAGI DIBERI RUANG, LUANG DAN PELUANG OLEH-NYA UNTUK MENCICIP BAU SEGAR BUANA INI. AKU MASIH LAGI DIIZIN-NYA UNTUK MENULIS DISINI. MENGUNGKAP RASA DARI DADA, BIARPUN SEDIKIT CUMA, KERANA KALAU DIBERI SEMUA APA LAGI YANG TINGGAL UNTUK AKU SIMPAN SEBAGAI RAHASIA HATI SENDIRI...KAN.

MALAM TAHUN BARU AKU TIDAK SAMBUT SEPERTI TAHUN SEBELUMNYA..KALAU DAHULU BERIA BENAR KELUAR KE KOTA..AMBANG 2009 AKU SAMBUT SAMBIL BERSILA DILANTAI KLCC MERAKAM FOTO BUNGA API DENGAN SUFIAN, SUDIN DAN SYAZWAN. AMBANG 2008 DI TENGAH KEMARUK DATARAN MERDEKA, AMBANG 2007 TERSEKAT DI HUTAN BATU BANGSAR DAN LOLONGAN BUDAK GILA MENYEMBUR BUIH TIRUAN DAN SPRINGLER BAK AIR BATU..AMBANG 2006 PUN DI BANGSAR..

TAPI AMBANG 2010..AKU DAN HAUSMET SUFIAN, MENGAMBIL KEPUTUSAN DRASTIK UNTUK TIDAK KELUAR..DIA SENDIRI MENGGULUNG JASADNYA DALAM CADAR YANG BARU DIANGKAT DARI JEMURAN YANG MASIH FRESH DENGAN BAU SOFTLAN ITU..AKU..? HMMMM MULANYA BERCADANG TIDAK MAHU KELUAR, KEMUDIA MAHU KELUAR...TAPI SELESAI MAKAN..BILA PERUT KENYANG..MULALAH MEMBARINGI DIRI..WALAU IZWAN MENGAJAK KELUAR..JOMMM LA KELUAR KATANYA DALAM SMS JAM 11.15PM..TAPI AKU TERLEBIH SELESA MELIHAT PERMAINAN KERJA API (FIRE WORKS KATANYA) DI TIVI..HUH..SEMUA CHANNEL DENGAN TEMPO YANG SAMA..NYANYI, TERHENJUT DI PENTAS..DAN DETIK DUA BELAS MALAM 1 JANUARI 2010..SELURUH APARTMEN KAMI DIHUJAN HUJAN METEOR BUATAN.. DENTUMAN..PALUAN BOM YG DIGEMARI ORANG ORANG SUKA MEMBAZIR..CANTIK PERCIKAN BUTIR2 ZARAH API HALUS..TERPESONA AKU..DAN 20 MINIT BERLALU..AKU DI ANJUNG JENDELA MELIHAT SELURUH BUKIT OVERSEAS UNION GROUP JALAN KLANG LAMA ITU TERANG SEBENTAR BERGANTI SURAM PEKAT TENGAH MALAM..AMBANG 2010 BERLALU..BERGANTI SATU JANUARI YANG AKAN DITEMPUH BERSAMA HARAPAN BARU DAN TERBARU..

Aku CUKUP CUKUP suka lagu ni...malique ..dulunya bersama Joe..tapi dengar dengar nya mereka masih bergabung..(ahh..itu cerita mereka)..tapi bila sesekali mamat berdua ni keluar dengan kerja terbaru, aku cukup cukup adore..

CERITA KEDAI KOPI..mengingatkan aku tatkala aku pernah interbiu dua brothers ni di Seri Kembangan tahun 2004..(kalau tak silap itu ofis Positive Tone)..masa tu mereka keluarkan ALHAMDULILLAH feat Yassin dan Dian Sastro..TOO PHAT memang ada taste.. dan hasil terakhir yang mereka produce sentiasa up to the world standard.

Cerita Kedai Kopi merenjatkan minda aku saat pertama kali cupingku disapa dengan melodinya. Dan tiapkali radio memainkan lagu ini, aku ikut bersenandung. Sementelah aku pun memang pemberahi kopi dan penagih tegar Nescafe. Bila ada pula lagu yang merungkai tabiat melepak dikedai kopi sambil bercerita hal dunia dan bukan bercerita kisah dalam kain orang semata-mata, aku jadi terpesona dan teruja sudah tentu. Aku tidak pasti siapa penulis asal lagu indah ini,mungkin Malique dan Salam sendiri, tapi semestinya penulis lagu ini tahu memanfaatkan setiap baris rhythm dan poetry nya dengan baik. Kerana penulisnya tahu orang orang atas angin nun di Amsterdam sana memang menjana minda bukan semata-mata mengejar glamorama tapi glamour dijana untuk bentang idea dan hulur buah minda. Dreadlocks mereka bukan sekadar ikutan mendiang Bob Marley tapi ada inti yang sentiasa melazimkan diri memerah otak.

Aku hidangkan lirik lagu untuk anda semua..dan aku tuangkan secawan kopi tahniah yang paling pekat untuk Malique dan Salam yang sukses mencipta lirik dan melody ini.

untuk anda semua..inilah dia CERITA KEDAI KOPI.


(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah

29 Disember 2009

Hadaplah dengan Pesona

Lenyapkan dan pendamkan segala duka semalam yang menggusarkan..hadaplah hari ini dengn senyum..walaupun perit, kelat, pahit dan mendebarkan...akuilah dalam hati bahawasanya aku tidak seorang merayap dalam dunia ini..ada Tuhan yang Maha Melihat..Maha Mendengar..Maha Mengatur..Maha Mentadbir maha segalanya ini...dan insyallah,,..hari ni rasa resah itu telah makin berengsot pergi..saya mendapat tenaga..hari ni saya ketemu abang Richie yang baru blk bercuti 30hari rehat lewat rawatan jantung..saya bertemu Naimah, wartawan saya, kedua-duanya penuh aura dan pesona bahagia..dan mereka berdua mencampakkan pesona bahagia dari wajah mereka kepada saya..terima kasih.

Selamat datang kepada En Mohamad Salleh.dari Kluang, Johor yang sudi menziarahi laman saya.